Dalam aku berjalan-jalan menuju ke kedai makan. Aku terserempak dengan sekumpulan orang yang turun dari pejabatnya. Sebenarnya, bukan ini yang aku mahu cerita.
Semasa pulang dari kerja. Ada benda yang terbayang-bayang di kepala. Aku terlupa sesuatu ka untuk dibawa pulang? Atau aku tertinggal sesuatu di pejabat. Setibanya aku di rumah. Ops! Sebenarnya, bukan ini yang aku mahu cerita.
Dalam satu mesyuarat ringkas. Aku duduk bersebelahan dengan tuan pengerusi. Maklumlah senang sikit aku nak bagitau tuan pengerusi jika terdapat sebarang apa-apa yang boleh dicatatkan. "Eh, kau jemput semua ke untuk hadir?" dia. "Mana ada aku jemput, sektor yang penting saja aku jemput." Pap! Habis apsal tu ramai yang datang. Woi! Itu bukanlah. Orang lain. Aduh! Kau salah tengok kerana kau tersalah masuk bilik mesyaurat! Sebenarnya, bukan ini yang aku mahu cerita.
Begini. "Ibu, ibu. Ayah mana?" kata Fiqah. "Ibu, ibu ayah mana?" dia kata lagi. Diam. "Ibu, ibu. Ayah mana?" kata dia lagi. Itulah dia kata sepanjang berulang kali sepanjang ayahnya tiada. Fiqah, ayah akan menjenguk dan mengambil kalian semua untuk pulang. Tunggu ye kepulangan ayah. Patutlah ayah rindu benar dengan kalian di sana. Ayah dipanggil untuk pulang dan kalian akan menerima panggilan pulang. Sebenarnya, inilah yang aku mahu sampaikan.
No comments:
Post a Comment