14.5.07

Susul (3)

"Kak, tolong cuci negatif gambar ukuran passport ni.." aku

"Mana? Zu, ni boleh cuci lagi ke?" gadis gempal itu yang pipinya tebal

"Eh, tak boleh dah ni..Negatif lama!" gadis kurus itu yang pinggangnya slim

"Kenapa plak?" aku

"Out of date dah. Dah tak ensem bang! Lebih bagus buat baru..." gadis kurus itu yang pinggangnya slim.


"Okeylah, ukuran passport. Bape minit boleh siap?" aku

"10 minit je." gadis gempal itu yang pipinya tebal.

10 minit selepas.

"Dah siap gambar saya?" aku

"Dah bang! Baru tambah sikit ensem." gadis kurus itu yang pinggangnya slim.

"Sikit je. Hehe. Berapa hinggit?"

"RM12 je bang!" gadis kurus itu yang pinggangnya slim.

"Terima kasih ye." aku

"Sama..." gadis kurus itu yang pinggangnya slim dan gadis gempal itu yang pipinya tebal jawab serentak

"Ensem jugak aku ni" aku memuji diri sendiri di dalam hati untuk menyedapkan hati sendiri.
Kita patut puji kejadian Tuhan. Dan kita harus puji juga yang jaga kaunter dengan senyum dan melayan pelanggan dengan ceria.

No comments: