28.5.07

Kancing kutangnya

Cerita ini separa fiksyen.


Di suatu kawasan pedalaman. Texas. Seorang penternak berjaya. Memiliki ladang ternak yang luas, telah meninggal dunia. Meninggalkan seorang balu masih muda dan cantik, namanya Maria Fenado. Kulitnya putih mulus. Bibirnya merekah. Maria membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam blognya untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji lumayan dan sebuah bilik di rumahnya. Memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian, ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Maria terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Maria memilih si gay, bernama John Duan untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John Duan telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak. Gembiralah si Maria ni tadi, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..."

Bergembiralah John Duan pada suatu malam minggu, pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, John Duan tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John Duan pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Maria sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Maria. John Duan dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.


"Sekarang, buka kasut but ku." John Duan buat, perlahan sekali.

"Buka, stokinku.." Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirtku." Dia buat juga.

"Sekarang buka sarung kutangku. "Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh. Membuka kancing kutang itu.

"Sekarang, buka seluar katukku..." Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya. Kemudian, Maria memandang John Duan,




"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot!"

No comments: