15.5.07

sebatang kara

Satu malam. Aku ke gerai hendak makan kerana perutku terasa lapar. Lalu, aku mengajak kawan aku keluar sekali untuk makan dengan menghantar SMS kepadanya. Sekurang-kurangnya ada teman untuk bicara sambil makan. Baru seronok. Baru selera!

Malam itu. Teman aku tiada. Dia kata dia demam sebab main hujan. Aku makan keseorangan. Alahai! bodohnya rasa makan sorang-sorang. Orang keliling semua tengok aku makan sendirian. Aku peduli apa! Walau terasa bodoh, aku yang bayar! bukan aku mintak duit mereka. Alahai! kalau aku bungkus sekalipun tetap aku makan sorang-sorang juga. Sungguh sepi hidup ini tanpa teman kan? Percayalah! Bilalah hidup sebatang kara akan berakhir. *sob* *seb* *sob* *seb*. Tak perlu aku menangis. Ha ha ha...!

No comments: