14.5.07

Susul (2)

Sudahnya, pada 10 Mei 2007, aku menerima panggilan dari adik di Johor Bahru menyatakan ada surat dari KHEDN yang menyatakan agar pemohon dapat menghadirkan pada 10 Mei 2007 jam 10 pagi berjumpa dengan pegawai dinamakan. Pap! Adik aku telefon jam 10 malam. Aduh! Lagipun ibu (pemohon) tiada selama empat hari kerana menghadiri majlis konvo adik di Kota Bahru.

Pada 11 Mei 2007, aku menelefon En. Hanif dan menyatakan bahawa pemohon tidak dapat hadir. Jadi, aku membuat temujanji dengan En, Hanif untuk mewakilkan ibu bagi menghadiri berjumpa dengan En. Hanif.

Pada 14 Mei 2007, aku ke pejabat En. Hanif. Jam 10 pagi aku tiba di biliknya.

Tok! (daun pintu diketuk berkali-kali, memberi salam.).

Asslamualaikum. Encik Hanif. Saya Saifuddin anak kepada pemohon, yang telefon encik sebentar tadi.

Oh ya. W'salam. Silakan duduk. (sambil tersenyum)

Aku duduk. Encik Hanif duduk.

Awak tahu apa tujuan saya panggil ke mari?

Adakah pasal mengenai status permohonan saya?

Rasa-rasa awak macamana keputusan tu? Di sini, ada dua je keputusan samada awak lulus atau ditolak.

Saya mengharapkan sesuatu yang positiflah kiranya. Dah lama saya menunggu ini ibarat satu anugerah yang tertinggi dari pihak Kerajaan Malaysia. Saya benar-benar berharap agar inilah saat yang saya nantikan. (dada berdegup kencang)

(Perempuan masuk membawa surat diserahkan kepada En. Hanif.)

Awak anak angkat pemohon kan?

Ishk. Saya anak kandungnya. Apa pula anak angkat! (sedikit terkejut dan gubra)

Oh sorry, saya ingat permohonan perkara 15(b). Ermm.. Saya silap.

En. Hanif seingat saya permohonan perkara 15 (2) menggunakan borang B. Ya, saya pasti.

Ibu saya tak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya mewakilkannya. Lagipun ini untuk saya juga. Tak salahkan En. Hanif?

Errm, takde masalah. Jadi, inilah surat keputusan dari kerajaan. Memang positif. Permohonan ini diluluskan.

Alhamdulillah, sekian lama saya menunggu. Bersyukur saya. Terima kasih! Say gembira hari ini mendengar berita ini.

Saya di pihak kementerian ingin mengucapkan tahniah. Sebenarnya, kami panggil pada 10 Mei 2007 tempohari untuk meraikan ini. Adalah buat ceremony sikit untuk mereka yang berjaya. Tapi, mungkin surat lambat atau tak dapat hadir. Tak dapatlah. So, kita berjumpa sini saja. Saya harap, awak tidak menyalah gunakan status ini dan dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Saya memang sudah bertekad ke arah itu En. Hanif. Sebagai warganegara yang saya dapat ini saya rasa ianya amat bernilai dan saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Eloklah kalau begitu. Awak asal mana ye?

Saya lahir di Riau, asal Bawean. Sebut boyan. Keturunan boyan. Boyan pun boyanlah janji rock! Hahaha.

Jauh juga Riau dengan kepulauan bawean tu.

Jauh tak jauh la. Keluarga saya jenis orang merantau. Saya anak perantauan. Biasa hidup susah. Survival. Dari pulau melompat ke pulau terus ke Singapura terus ke K. Lumpur turun ke Johor Bahru. Bukan jalan haram. Jalan sah! (aku bergurau...)

Saya lihat, masyarakat Boyan ni kukuh juga. Mereka lebih hebat jika dibandingkan dengan orang tempatan dari segi ekonomi, pendidikan dan agama. Saya akui. Sedang mereka berstatus PR begitu hebat, apatah lagi diberi hak keistimewaan warganegara sudah tentunya luar biasa hebat! Begitu juga Kemboja. Kita bukan sebarangan bagi status ini. Kita ada control dan selected. So, awak terpilih setelah ditapis. Bukan senang.

Lalu aku menceritakan sedikit latar belakang dan pengalaman hidup selama bergelar PR. Payah dan getirnya hanya Tuhan saja yang tahu. Cerita ini pernah disiarkan dalam entri yang bertajuk bukan kupinta (ada lima siri) dan mak, pengorbananmu tetap kusanjung. Ada lagi kisah menyayat hati yang aku tak siarkan di sini.

Aku rasa warganegara lebih berharga dan aku bertekad perlu menyumbang bakti mengharumkan nama negara. Mungkin kau tak rasa. Sebab kau lahir-lahir sudah sediakala mendapat status warganegara. Aku dah merasanya. Aku dah melaluinya membuatkan aku lebih menghargainya. Aku harap kau juga perlu menghargainya...

Terima kasih Kerajaan Malaysia dan Pak Lah! Aku menadah tangan tanda syukur.

Bersalaman meninggalkan bilik En. Hanif kerana ada urusan seterusnya yang perlu diselesaikan.


Aku membelek dan membaca berkali-kali surat itu.

Puan,

PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA DI BAWAH PERKARA 15(2) PERLEMBAGAAN BAGI : SAIFUDDIN BIN MARSUK

Adalah saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah meluluskan permohonan puan seperti di atas.

2. Kementerian ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas penganugerahan ini dan berharap ianya dihargai dengan anak puan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan menabur bakti kepada negara kita.

3. Puan diminta menghubungi pihak Pendaftar Besar Warganegara untuk tindakan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

TAN SRI DATO' SERI ASEH BIN HAJI CHE MAT
Ketua Setiausaha
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

s.k Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara,
Aras 1, Lot 2G5, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA

1 comment:

Unknown said...

Tahniah Attoch,

terharu saya baca surat di bawah... pe pun tahniah.. :)