22.7.22

SATU : PERATURAN AM SUPERBZS2022

 

1.    NAMA

Pertandingan atau acara ini dinamakan Sukan Dalaman Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Pejabat Projek Zon Selatan (SUPERBZS) 2022

 

2.    PENGELOLA

2.1 Sukan SUPERBZS ini dikelolakan oleh Biro Sukan Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan (KKS PPZS) dengan kerjasama dari semua ahli kelab yang berpayung di bawah KKS PPZS.

2.2 Bagi maksud pengelolaan, KKS PPZS bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti sukan kepada mana-mana ahli KKS PPZS atau satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh KKS PPZS atau Ahli Biro Sukan sebagai Jawatankuasa Pengelola merangkap jawatankuasa teknikal.

2.3 Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pengelola menerangkan secara lengkap dan jelas peraturan pertandingan SUPERBZS kepada badan/persatuan sukan/orang perseorangan yang terlibat dalam pengelolaan SUPERBZS kecuali ia tidak diperlukan.

 

3.    SUKAN DIPERTANDINGKAN

3.1 Sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut

a) Congkak (individu; liga 1 pusingan; kalah mati)

b) Dam Haji (individu; liga 1 pusingan; kalah mati)

c) E-Sports (individu; liga 1 pusingan; kalah mati)

d) Karom (berpasukan, round robbin)

e) Ping Pong (berpasukan, round robbin)

f) Boling Tenpin (2 games, 1 team 4 orang)

 

4.    KELAYAKAN

4.1 Semua ahli KKS PPZS layak menyertai Sukan SUPERBZS.

 

5.    PENDAFTARAN

5.1 Setiap pasukan dimestikan menyerahkan borang pendaftaran/borang pengesahan peserta (A – Form), kepada Ketua Penyelaras atau Urusetia bagi acara berkenaan yang telah ditandatangani pengurus pasukan masing-masing / ketua pasukan.

5.2 Hanya pemain yang berdaftar di dalam borang pengesahan atlit mengikut permainan sahaja layak mengambil bahagian.

5.3 Semua pemain hendaklah mendaftarkan nama pemain termasuk seorang pemain simpanan untuk acara berikut sahaja :-

a.    Congkak (1 orang, tidak kira jantina) selain dari pemain congkak dinamakan

b.    Dam Haji (1 orang, tidak kira jantina) selain dari pemain dam haji dinamakan

c.    Karom (1 lelaki, 1 perempuan), selain dari pemain karom dinamakan

d.    Pingpong (1 lelaki, 1 perempuan), selain dari pemain ping pong dinamakan

e.    Boling Tenpin (1 lelaki, 1 perempuan), selain dari pemain boling tenpin dinamakan

 

5.4 Nama pemain simpanan tidak dibenarkan berulang 2 kali dalam kejohanan tahun ini walaupun dalam acara berbeza.

5.5 Jika pemain yang didaftarkan tidak boleh turut serta atau tidak dapat hadir atas sebab urusan kerja hakiki atau apa jua tugas yang lebih utama atau arahan pegawai yang tidak dapat dielakkan atau dengan alasan yang munasabah maka hendaklah digantikan dengan pemain simpanan yang dinamakan.

5.6 Jika pemain simpanan yang dinamakan juga tidak dapat hadir atas urusan seperti di para 5.6 maka pasukan/individu yang mewakili kumpulan itu atas persetujuan kedua-dua pasukan permainan itu ditangguhkan pada satu waktu yang dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.
        5.7 Perlawanan hanya boleh ditangguhkan atas persetujuan kedua-dua pasukan. Jika perlawanan pada masa yang baharu juga tidak dapat dipenuhi, perlawanan akan dikira kemenangan berdasarkan pasukan yang hadir dan kemenangan diberikan kepada pihak lawan dengan kiraan 2-0. Jika kedua-dua individu/ pasukan tidak dapat hadir juga, perlawanan pada tarikh penangguhan kedua perlu dibuat atas persetujuan kedua-dua pasukan.

5.8 Sebarang pertukaran pemain selepas tarikh tutup pendaftaran individu/ peserta akan dikenakan denda seperti berikut:

5.8.1 Selepas tarikh tutup pendaftaran individu akan dikenakan sebanyak RM10

5.8.2 Sehari sebelum tarikh akhir pertukaran iaitu pertukaran pemain yang mengalami kecederaan akan dikenakan denda sebanyak RM20 dengan disertakan pengesahan perubatan dari pihak Pusat Kesihatan Universiti/Hospital Kerajaan/ Klinik Kerajaan.

5.8.3 Tarikh akhir pertukaran pemain bagi perkara 4.3.2 adalah dua hari sebelum taklimat oleh Ketua Penyelaras Sukan atau tarikh yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola.

5.8.4 Semua bayaran denda hendaklah dibuat secara tunai kepada Bendahari Kehormat KKS.

 

 

6.    BILANGAN PESERTA

Bilangan peserta adalah mengikut peraturan permainan sukan berkenaan.

 

7.    REFERI KEHORMAT/KETUA PENGADIL

7.1 Pengadil bertauliah TIDAK disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap-tiap permainan atas faktor kos dan ini hanya sukan dalaman yang lebih kepada keseronokan dan ukhuwah fillah.

7.2 Ketua Pengadil atau Pengadil yang bertauliah TIDAK disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi semua permainan yang dipertandingkan. Walau bagaimanapun, pemutus adalah Ketua Penyelaras SUPERBZS dan mempunyai kuasa veto

7.3 Pengadil dilantik di kalangan peserta yang tidak bermain dari kumpulan berbeza atau berdasakan consent judgement bagi pasukan yang bertanding atau mana-mana pendekatan yang bersesuaian asalkan tiada pertikaian yang mengakibatkan pertelagahan atau ketidakpuasan hati;

7.4 Segala keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.

7.5 Jika tidak berpuas hati tiada medan atau borang bantahan disediakan. Simpan di dalam hati.

 

8.    PAKAIAN

8.1 Setiap pemain/pasukan hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam undang-undang permainan berkenaan.

8.2 Peserta wanita dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keperluan permainan.

 

9.    PERALATAN

9.1 Semua jenis peralatan permainan akan ditetapkan oleh Biro Sukan KKS PPZS dan hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.2 Semua peralatan dan venue pertandingan akan disediakan dan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

9.3 Pengelola SUPERBZS hendaklah memaklumkan kepada Jawatakuasa KKS PPZS jenis-jenis kemudahan yang digunakan semasa kejohanan.

 

10. SISTEM PERTANDINGAN

10.1 Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya kesemua acara mempunyai penyertaan mengikut kumpulan. Sistem pertandingan akan dijalankan secara Liga dan/atau Kalah Mati bagi cara individu. Manakala bagi acara berpasukan ia akan dijalankan secara round robbin. Bagi acara boling berdasarkan jumlah jatuhan pin tertinggi sebanyak 2 games bagi setiap pasukan. 

10.2 Penarikan diri tidak dibenarkan kerana setiap pasukan telah ada atau ditetapkan pemain simpanan. Seboleh upaya permainan diteruskan.

10.3 Undian kumpulan dan jadual pertandingan:

Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUPERBZS dan susunan jadual pertandingan akan dibuat mengikut format yang ditetapkan.

 

11. KELEWATAN

11.1 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada meja urusetia permainan sebelum masa perlawanan bermula.

11.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Sila patuhi. Kecuali pada hari kejadian sebenar memang tidak boleh dilaksanakan disebabkan blackout, kebakaran, bencana dan seumpamanya.

11.3 Hukuman kepada pasukan yang lewat mengikut jadual yang telah ditetapkan akan mengikut peraturan permainan spesifik berkenaan (jika ada).

 

12. PENANGGUHAN

12.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian kecuali ketiga-tiga pasukan bersetuju untuk menagguhkan permainan tersebut maka kuasa budi bicara tertakluk kepada Ketua Penyelaras SUPERBZS

12.2 Ketua Penyelaras SUPERBZS mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta-merta.

12.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan semula perlawanan yang ditangguhkan itu.

 

13. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

13.1 Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya.

13.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.


 14. BANTAHAN

14.1 Setiap pasukan yang ingin membuat bantahan hendaklah mengemukakan secara bertulis beserta bayaran RM300.00 kepada BENDAHARI Kelab Sukan Kebajikan (KKS) PPZS 2022 dan dikemukakan kepada YDP KKS.

            14.2 Jawatankuasa Bantahan akan dipengerusikan oleh YDP KKS / Timbalan YDP KKS, diurusetiakan oleh Pengerusi Biro Sukan KKS yang terdiri daripada ahli-ahlinya iaitu (2 perwakilan setiap kumpulan) untuk mendengar bantahan dan membuat keputusan yang dipersetujui oleh setiap ahli jawatankuasa


15. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN

15.1 Semua pemain tertakluk kepada masa yang telah diperuntukkan sebagaimana diberi pelepasan oleh pengarah

15.2 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang ditetapkan TIDAK DIBENARKAN selepas taklimat oleh Ketua Penyelaras.

15.3 Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi melainkan jika ada dinyatakan berlainan dalam pertandingan permainan tertentu.

15.4 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pertandingan SUPERBZS dan keputusannya adalah muktamad.

 

 

TAMAT






No comments: