23.7.22

DUA : ACARA CONGKAK SUPERBZS2022

 



SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
CONGKAK

 

1.       PENGANJURAN DAN PENGELOLAAN

1.1     Kejohanan ini dianjurkan dan dikelolakan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) di bawah sayap Biro Sukan KKS PPZS.

 

2.       ALATAN DAN GELANGGANG

2.1     Papan congkak yang mengandungi sekampung, tujuh (7) rumah anak serta satu (1) rumah ibu.

 

3.       UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

3.1     Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan tiga (3) orang pemain. Pasukan juga dibenarkan mendaftar seorang (1) pemain simpanan sama ada lelaki atau wanita;

3.2     Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang pendaftaran (Borang A) yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola;

3.3     Hanya peserta berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian;

3.4     Kelayakan pemain (peserta) adalah seperti dalam Peraturan Am;

3.5     Sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit sebelum bermulanya perlawanan tiap-tiap pasukan hendaklah hadir ke tempat pertandingan;

3.6     Peserta yang sedang bermain dilarang meninggalkan permainan tanpa izin pengadil perlawanan;

3.7     Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan dalam undang-undang kejohanan ini terdapat sebarang kekeliruan dan masalah, maka keputusan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah dikira MUKTAMAD;

3.8     Pemain akan diundi untuk duduk di dalam kumpulan A, B dan C yang mewakili setiap kontinjen.

 

4.       PERATURAN DAN CARA PERMAINAN

4.1     Dua (2) orang peserta berhadapan

4.1.1         Dua (2) orang peserta berhadapan.

4.1.2         Permainan dijalankan dalam tiga (3) papan serentak dan pemenang akan di tentukan berdasarkan bilangan papan yang dimenangi secara best of 2.

4.1.3         Setelah diberi aba-aba:

4.1.3.1        Mula permainan dengan mengambil semua cakak dari mana-mana rumah anak di kampung sendiri;kemudian

4.1.3.2        Menapak dari kanan ke kiri;lalu

4.1.3.3        Masukkan cakak satu demi satu butir, ke dalam tiap rumah; dengan

4.1.3.4        Mengelilingi kampung rumah papan congkak; dalam

4.1.3.5        Keadaan tangan genggam terngadah;ikut

4.1.3.6        Giliran jalan/menapak

4.1.4         Boleh memintas, langkau atau layar adalah ditegah. Apabila tiap tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu (1) butir cakak; tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.

4.1.5         Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu, sebelum mengambil cakak kembali menapak.

4.1.6         Peserta mati giliran jalan/menapak ialah jika cakak akhir masuk ke mana-mana rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.

4.1.7         Jika naik rumah maka peserta hidup, boleh meneruskan jalan semula.

4.1.8         Hanya boleh tikam setelah melalui kampung lawan. Tikam layar adalah ditegah.

4.1.9         Setiap sentuhan cakak mesti dimulakan jalan. Masa diberikan hanya lima (5)saat untuk berfikir memulakan jalan.

4.1.10     Tiada rumah terbakar di dalam pertandingan.

 

4.2     Penentuan Kemenangan

4.2.1         Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan cakak di rumah anak) tiap papan. (Ditentukan pemenang adalah cakak terakhir di masukan ke rumah).

4.2.2         Menang dua (2)papan.

4.2.3         Pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan serupa, atau dibuang gelanggang.

 

4.3     Format Pertandingan:

4.3.1         Susunan format pertandingan adalah seperti berikut:

§  ROUND ROBBIN 1

KUMPULAN A

PASUKAN

1A

2A

3A

MATA

KEDUDUKAN

1A

 

 

 

 

 

2A

 

 

 

 

 

3A

 

 

 

 

 

 

KUMPULAN B

PASUKAN

1B

2B

3B

MATA

KEDUDUKAN

1B

 

 

 

 

 

2B

 

 

 

 

 

3B

 

 

 

 

 

 

KUMPULAN C

PASUKAN

1C

2C

3C

MATA

KEDUDUKAN

1C

 

 

 

 

 

2C

 

 

 

 

 

3C

 

 

 

 

 

 

§  ROUND ROBBIN 2

PASUKAN

Johan A

Johan B

Johan C

MATA

KEDUDUKAN

Johan A

 

 

 

 

 

Johan B

 

 

 

 

 

Johan C

 

 

 

 

 

 

 

5.       PENILAIAN PERMAINAN DAN PEMBERIAN MATA

5.1     Permainan mengikut pola ‘Menang Tapak’;

5.2     ‘Pemain Menang’ ialah yang menang dua papan (2 set);

 

6.       CARA PERTANDINGAN

6.1     Kejohanan ini adalah di antara individu mewakili pasukan.

6.2     Semua individu yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan A, B dan C. Individu akan diundi untuk menentukan kumpulan mereka.

6.3     Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga kumpulan round robbin. Semua permainan hendaklah dijalankan sehingga tamat.

6.4     Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya secara round robbin. Pemenang temapt pertama hingga ketiga ditentukan dalam kumpulan ini.

 

7.       HUKUMAN DAN LARANGAN

7.1     Satu Kesalahan:

7.1.1         Mendepani aba-aba menapak jalan serampak;

7.1.2         Bermain dengan genggam terlungkup;

7.1.3         Tidak masukkan cakak ke rumah ibu atau rumah anak;

7.1.4         Sentuhan cakak yang tidak berjalan/menapak;

7.1.5         Dikira berfikir lebih lima (5)saat;

7.1.6         Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak yang baharu;

7.1.7         Masukkan cakak di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

 

7.2     Pemain-pemain yang diberi Amaran Buang Gelanggang:

7.2.1         Penggunaan kad hijau, kuning dan merah akan digunakan sepanjang kejohanan:-

a) Mana-mana pemain yang melanggar atau melakukan kesalahan seperti di 7.1 akan menerima kad hijau bagi kesalahan pertama, kad kuning bagi kesalahan kedua dan kad merah bagi kesalahan ketiga.

b) Pemain yang menerima kad merah akan dibuang gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan permainan bagi perlawanan/set tersebut sahaja dan pihak lawan akan diisytiharkan pemenang set tersebut.

c) Perlawanan set seterusnya akan diteruskan. Jika pemain menerima sekali lagi kad merah, permainan akan ditamatkan dan pihak lawan akan diisytiharkan pemenang dalam perlawanan mereka berdua.

8.       WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN

8.1     Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di di dalam jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan atau Ketua Penyelaras.

 

9.       PENGADIL

9.1     Jawatankuasa Pengelola akan melantik para Pengadil / Pegawai Pertandingan yang berkelayakan setelah berunding dengan Pegawai Teknikal yang bertauliah dan tertakluk kepada Peraturan Am SUPERBZS2022 di bawah perkara 7.

9.2     Laporan perlawanan akan dibuat oleh pengadil di dalam borang yang disediakan selepas perlawanan dijalankan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

 

10.   DISIPLIN PASUKAN

10.1  Setiap pengurus pasukan dan jurulatih adalah bertanggungjawab menjaga disiplin para pemain. Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin yang menyebabkan kelancaran perlawanan terganggu, tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pasukan tersebut berpandukan kepada laporan pegawai perlawanan dan pengadil perlawanan.

10.2  Lain-lain adalah sebagaimana terkandung di dalam Peraturan Am.

 

11.   PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN / MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

11.1  Sebagaimana terkandung di dalam Peraturan Am SUPERBZS2022

 

12.   JADUALPERLAWANAN

12.1  Jawatankuasa Pengelola akan menetapkan jadual perlawanan mana-mana pasukan tidak dibenarkan meminda mana-mana jadual perlawanan.

 

13.   YURAN PENYERTAAN

13.1  TIADA yuran penyertaan dikenakan kepada semua peserta.

 

14.   TARIKH TUTUP PERMOHONAN

14.1  Semua borang penyertaan (Borang A) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan sebelum atau pada 29 Julai 2022 (Jumaat), sebelum Jam 11.00 pagi

Urusetia : Biro Sukan

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan

(u.p. Encik Abdullah / Puan Norahanis)

 

Ketua Penyelaras : Saifuddin (Pengerusi Biro Sukan)






No comments: