25.7.22

ENAM : ACARA PING PONG BERPASUKAN SUPERBZS2022

 




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PING PONG BERPASUKAN

1.0   PERATURAN AM

1.1          Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang Undang INTERNATIONAL TABLE TENNIS FEDERATION (ITTF) yang berkuatkuasa serta diterima pakai oleh PERSATUAN PING PONG MALAYSIA (TTAM) dan peraturan peraturan lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur;

1.2          Selain daripada peraturan di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini;

1.3          Mematuhi Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUPERBZS2022;

1.4          Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah MUKTAMAD.

 

2.0   PERALATAN DAN GELANGGANG

2.1          Meja Ping Pong : Mengikut piawaian antarabangsa yang mempunyai ukuran (Panjang = 274 cm, Lebar = 152.5 cm, Ketinggian jaring = 15.25 cm dan Tinggi permukaan permainan dari lantai = 76 cm)

2.2          Raket : Boleh sebarang saiz, bentuk/berat; Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk memukul bola; Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk memukul bola; Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau merah, bergantung pada warna getah di permukaan sebelahnya; Disediakan oleh penganjur jika pemain tiada raket

2.3          Getah Pada Raket Ping Pong : Permukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun kembung. Getah yang digunakan mesti mempunyai logo Persatuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF).

2.4          Bola Ping Pong : Bola mempunyai diameter 40mm; Berwarna putih atau oren boleh digunakan dalam permainan.

 

3.0   PERATURAN PERMAINAN

3.1          Satu permainan ping pong dipertandingkan dengan menggunakan sistem 21 mata.

3.2          Setelah 5 mata, pemain atau pasangan pemain yang menerima servis akan bertukar menjadi pemain atau pasangan pemain yang melakukan servis dan seterusnya sehingga tamat permainan.

3.3          Setiap permainan akan dimenangi oleh pemain atau pasangan pemain yang mula-mula mendapat 21 mata; atau

3.4          Jika kedua-dua pemain atau pasangan pemain mendapat 20 mata (disebut “deuce”) di mana permainan akan dimenangi oleh pemenang yang mula-mula mendapat 2 mata yang mendahului pihak lawannya, contoh: 22-20, 25-23. (di mana susunan melakukan servis dan menerima servis hendaklah sama tetapi setiap pemain hendaklah melakukan servis untuk 1 mata bergilir-gilir).

3.5          Pertukaran tempat dilakukan selepas tamat satu permainan. Pemain yang mula menerima servis dalam permainan pertama akan memulakan servis dalam permainan kedua.

3.6          Dalam pertandingan set penentuan, apabila sampai pada mata yang ke 11, pemain perlu bertukar tempat

 

4.0   PERMULAAN PERTANDINGAN

4.1          Sebelum mula bertanding dalam sesuatu permainan, pengadil dikehendaki melakukan undian (toss coin) untuk menentukan pemain yang mana satu akan memulakan servis. Terdapat tiga pilihan bagi pemenang undian:

4.1.1    hak memilih untuk memulakan servis; atau

4.1.2    membenarkan pihak lawannya memulakan servis; atau

4.1.3    melakukan pemilihan tempat.

4.2          Jika pemenang undian melakukan pemilihan tempat, pihak lawannya ada pilihan sama ada hendak memulakan servis atau memilih pihak lawannya memulakan servis dahulu. DAN Jika pemenang undian memilih untuk memulakan servis, pihak lawannya hanya boleh melakukan pemilihan tempat untuk memulakan permainan.

 

5.0   SERVIS ASAS SUKAN PING PONG

5.1          Pemain yang melakukan servis wajib berdiri di belakang hujung meja ping pong.

5.2          Bola diletakkan di atas tapak tangan yang terbuka di atas permukaan permainan meja dan melambungkan bola itu menegak ke atas dan pastikan lambungan itu adalah di atas permukaan meja dan di belakang hujung meja.

5.3          Semasa bola itu menurun, pemain perlu memukul bola itu dengan raket dan pastikan bola melantun di atas bahagian meja sendiri sebelum melepasi kebahagian atas meja lawan.

5.4          Jika bola servis itu menyentuh jaring dan masih dilantun di atas meja lawan, let akan dipanggil dan servis perlu diulangkan semula.

5.5          Jika bola servis itu menyentuh jaring dan bola itu tidak dilantun di atas meja lawan, maka pemain yang melakukan servis akan hilang satu mata.

 

6.0   PEMBERIAN SATU MATA

6.1          Seseorang pemain akan kehilangan satu mata kecuali apabila rally itu adalah satu sekiranya:

6.1.1         Pemain gagal melakukan servis yang baik.

6.1.2         Pemain gagal melakukan hantaran balik yang baik.

6.1.3         Pemain memukul bola itu dua kali berturut-turut.

6.1.4         Pemain atau apa-apa yang dipakai atau dibawanya tersentuh bola.

6.1.5         Pemain menggerakkan permukaan meja semasa bola itu dalam permainan.

6.1.6         Pemain menyentuh permukaan permainan dengan tangan semasa bola itu dalam permainan.

6.1.7         Pemain berkelakuan buruk walaupun selepas diberi amaran oleh pengadil.

 

7.0   LET

7.1          Rally itu dikatakan “Let” sekiranya:

7.1.1         Bola servis menyentuh jaring semasa melepasinya.

7.1.2         Apabila pemain yang menerima servis belum bersedia ataupun pasangannya dalam acara bergu

 

8.0   WAKTU REHAT & TIME OUT

8.1          Waktu rehat di antara setiap game adalah 1 minit.

8.2          Pemain perlu meletakkan raket di atas meja pertandingan, kecuali dibenarkan oleh pengadil.

8.3          Setiap pemain atau pasangan boleh meminta SATU kali time out yang diperuntukan 1 minit semasa permainan dijalankan.

8.4          Pemain yang ingin meminta time out cuma menunjukkan satut anda ‘T’ dengan tangannya.

8.5          Permainan akan disambung semula apabila pemain yang meminta time out sudah bersedia atau pun masa 1 minit sudah tamat.

8.5.1         Beregu Lelaki Terbuka

8.5.2         Beregu Perempuan Terbuka

8.5.3         Beregu Campuran (L&P) Terbuka

 

9.0   FORMAT DAN SYARAT PENYERTAAN

9.1          Pertandingan dijalankan secara Round Robbin mengikut kategori yang dipertandingkan.

9.2          Setiap pasukan dibahagikan kepada 3 kategori,

9.3          Pemain yang datang lewat 15 minit dari masa ditetapkan akan dikira kalah.

9.4          Seorang pemain utama hanya dibenarkan menyertai satu kategori sahaja.

9.5      Setiap pasukan mempunyai seorang pemain simpanan lelaki dan seorang pemain simpanan wanita. Pemain simpanan akan digunakan dalam mana-mana kategori bagi menggantikan pemain simpanan yang enar-benar mempunyai kekangan untuk bermain.

 

Bergu Lelaki

PASUKAN

1

2

3

MATA

KEDUDUKAN

1

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

Bergu Wanita

PASUKAN

1

2

3

MATA

KEDUDUKAN

1

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

Bergu Campuran

PASUKAN

1

2

3

MATA

KEDUDUKAN

1

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

 

10.0           BANTAHAN

 

10.1           Pihak penganjur berhak untuk menentukan kaedah dan susunatur pertandingan berdasarkan keadaan dari masa ke semasa dan segala keputusan yang dibuat adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.

 

11.0           YURAN PENYERTAAN

Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan.

 

12.0           TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

12.1.1      Semua borang penyertaan (Borang A) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan sebelum atau pada 29 Julai 2022 (Jumaat), sebelum jam 11.00 pagi

 

Biro Sukan

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan

(u.p. Encik Saiful Amir bin Rosli, No. Tel: 06-234 5353 sambungan 173 atau Encik Mohammad Fariz Zulhelmi Bin Mohd Fadhil, No. Tel : 06-234 5353 sambungan 127)

Ketua Penyelaras : Saifuddin (Pengerusi Biro Sukan)


No comments: