24.7.22

LIMA : ACARA KAROM BERPASUKAN SUPERBZS2022

 





SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN KAROM BERPASUKAN

 

1.0         PERATURAN AM

 

1.1  Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Karom Malaysia (KAROMAS).

1.2    Jika timbul perselisihan penafsiran, undang-undang semasa akan digunapakai.

1.3    Sebarang kejadian dan perselisihan akan diputuskan berdasarkan kepada:

1.3.1 Sebarang kejadian perkara-perkara bukan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

1.3.2  Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berasaskan kepada undang-undang Persatuan Karom Malaysia (KAROMAS).

1.4   Selain daripada peraturan di atas, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran acara ini.

1.5   Mematuhi Peraturan Am Sukan Dalaman Perancangan Bandar dan Desa Malaysia Pejabat Projek Zon Selatan (SUPERBZS) 2022

1.6  Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan  adalah MUKTAMAD.

 

2.0       PERALATAN; BOARD / PAPAN KAROM, BUAH DAN STRIKER

 

2.1     Ukuran papan karom yang digunapakai adalah 29’ x 29”.

2.2     Permukaan papan karom bukan daripada jenis yang berkilat.

2.3     9 Biji buah putih, 9 biji buah hitam dan 1 biji buah merah.

2.4  Semasa permainan, sekiranya terdapat buah yang terpelanting keluar, buah tersebut mestilah diletakkan di bulatan merah tengah. Jika terdapat buah lain di tengah bulatan merah, buah yang terpelanting mestilah diletakkan di atas buah yang sedia ada.

2.5  Cara meletakkan buah yang terpelanting tersebut hendaklah dilakukan oleh Pengadil bertugas.

2.6     Buah karom keluar dan meniti di atas bingkai lalu jatuh semula ke dalam permukaan board dikira masih dalam permainan.

2.7     Sekiranya buah itu masuk ke dalam poket ia masih dikira dalam permainan.

2.8     Striker tidak boleh diletakkan benda bagi menambah berat timbangan kecuali sebagai tanda dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengadil/Penganjur Pertandingan.

2.9     Ukuran Striker mesti boleh masuk ke empat-empat poket melalui permukaan board.

2.10   Pemain dibenarkan menggunakan striker sendiri perlu dipersetujui oleh pengadil dan pasukan lawan.

2.11   Ujian STRIKER tidak dibenarkan semasa permaianan sedang berlangsung.

 

3.0          MEMBUAT PUKULAN

 

3.1  Hanya pergelangan tangan dibenarkan berada di atas bingkai tetapi tidak memasuki permukaan board.

3.2     Siku atau badan tidak boleh melebihi UFUK ketika membuat pukulan.

3.3    Bila menggunakan bulatan UFUK (FULL MOON) pemain mestilah menutupi bulatan penuh (FULL MOON) dan tidak menyentuhi garisan anak panah (ARROW)

3.5     Kerusi tempat duduk tidak boleh dialihkan semasa membuat pukulan.

3.6  Pemain diberi had masa selama 30 saat untuk membuat pukulan jika melebihi masa tersebut pemain akan kehilangan giliran.

3.7  Cara bermain dinamakan “SABOTAJ” atau mematikan buah lawan secara terus dan sebaliknya

 

5.0       HAL STRIKER

 

5.1    Jika Striker masuk poket sedangkan buah pemain masih maksima Sembilan (9) biji maka tiada denda dikenakan.

5.2    Denda dua (2) biji dan giliran masih diteruskan sekiranya memasukkan buah dan striker serentak ke dalam poket kecuali buah yang terakhir. Jika ia berlaku pada buah terakhir maka kemenangan diberikan. Kelebihan akan diberikan kepada pemain yang membuat pukulan.

5.3       Denda satu (1) biji dan hilang giliran jika memukul buah yang sedia ada MATI dengan tiada “connection”.

5.4    Buah denda hendaklah diletakkan oleh pihak lawan atau pengadil dalam ruang bulan merah tetapi tidak di tengah bulatan merah. Jarak meletak buah DENDA adalah sekadar tidak menyentuhi buah lain yang sedia ada di ruang tengah.

5.5       Ketika pemain membuat pukulan didapati STRIKER nya terlepas tetapi tidak melebihi DUA (2) GARISAN UFUK ia diberi peluang sekali lagi ulangan untuk gilirannya.

 

6.0      PELAKSANAAN PERMAINAN

 

6.1     Cara permainan adalah dengan hanya memasukkan kesemua buah putih (9 biji) dan buah hitam (9 biji) bagi pasukan masing-masing. Buah MERAH akan dikeluarkan sebaik selepas pecah buah dibuat.

6.2    Pasukan yang mana terdahulu habis memasukkan kesemua buah (9 biji) bagi pasukannya akan dikira sebagai Pemenang perlawanan.

6.3    Pengunaan Powder karom dibenarkan semasa perlawanan dijalankan dengan persetujuan pihak lawan.

6.4     Pemain tidak dibenarkan meniup buah semasa permainan sedang berlangsung.

6.5  Pemain tidak dibenarkan menukarkan buah kecuali buah itu terpelanting keluar dari permukaan board.

6.6   Buah atau Set yang ada di dalam permainan tidak boleh disentuh atau diubah daripada tempat asal kecuali Pengadil sahaja yang berhak membuat begitu atas sebab-sebab tertentu.

6.7   Jawatankuasa Pertandingan berhak menentukan dan meminda sebarang SYARAT/UNDANG-UNDANG/PERATURAN KAROM, maka keputusan akan dirujuk kepada Jemaah Pengadil yang mana keputusan adalah MUKTAMAD.

 

7.0      HAD MASA PERMAINAN

 

7.1       Tiada had masa pada setiap set bagi semua acara.

7.2    Buah merah akan dikeluarkan oleh Pengadil selepas pecahan pertama dimulakan bagi setiap permainan.

7.3     Mana-mana pemain yang memasukkan buah karom ke dalam poket dan habis dahulu dikira sebagai pemenang.

7.4   Permainan dilangsungkan dalam best of 2 set. Pemain akan bermain 2 set. Jika seri, pusingan tie break dilakukan untuk menentukan pemenang.

 

8.0      DISIPLIN PARA PEMAIN

 

8.1  Pemain adalah dilarang makan, minum dan merokok semasa perlawanan sedang berlangsung.

8.2       Pemain tidak dibenarkan menganggu pihak lawan semasa membuat pukulan.

8.3   Pemain tidak dibenarkan berdiri/meninggalkan tempat duduknya semasa pihak lawan sedang membuat pukulan, begitu juga pemain sendiri tidak dibenarkan berbuat demikian dalam bentuk apa jua keadaan dan tujuan tanpa kebenaran Pengadil.

8.4      Pemain mestilah mengikut arahan Pengadil.

8.5   Pemain dilarang berbincang semasa lawan membuat pukulan bagi acara bergu tanpa keizinan Pengadil.

8.6      Tunjuk ajar dari penyokong adalah dilarang.

8.7   DENDA akan dikenakan kepada pemain-pemain yang melakukan setiap kesalahan. Kesalahan Pertama Amaran dan kesalahan kedua adalah DENDA satu (1) biji buah ditambah dan begitulah seterusnya.

 

9.0         FORMAT DAN SYARAT PENYERTAAN

 

9.1     Pertandingan untuk kejohanan ini ada acara bergu bagi setiap kategori yang dijalankan secara Round Robbin.

9.2     Setiap pasukan dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu :

-          Beregu Lelaki Terbuka

-          Beregu Perempuan Terbuka

-          Beregu Campuran (L&P) Terbuka

9.3       Markah kumulatif akan dicampurkan bagi setiap kategori untuk menentukan juara pasukan.

9.4       Setiap pasukan perlu mendaftarkan 2 orang pemain simpanan, iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

 

 

10.0      JADUAL PERTANDINGAN DAN KEPUTUSAN

10.1  Undian atau melalui persefahaman kumpulan lain akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUPERBZS jika diperlukan. Susunan jadual pertandingan akan dibuat mengikut format yang ditetapkan bagi setiap kategori.

10.2    Keputusan akan dikira berdasarkan pungutan mata yang diperolehi oleh setiap pasukan.

 

Bergu Lelaki

PASUKAN

1

2

3

MATA

KEDUDUKAN

1

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

Bergu Wanita

PASUKAN

1

2

3

MATA

KEDUDUKAN

1

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

Bergu Campuran

PASUKAN

1

2

3

MATA

KEDUDUKAN

1

 

 

 

 

 

2

 

 

 

 

 

3

 

 

 

 

 

 

 

11.0        BANTAHAN

 

11.1 Pihak penganjur berhak untuk menentukan kaedah dan susunatur pertandingan berdasarkan keadaan dari masa ke semasa dan segala keputusan yang dibuat adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.

 

 

12.0     YURAN PENYERTAAN

 

Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan.

 

 

13.0           TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

13.1   Semua borang penyertaan (Borang A) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan sebelum atau pada 29 Julai 2022 (Jumaat), sebelum jam 11.00 pagi

 

Biro Sukan

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan

(u.p. Encik Shamsur bin Othman, No. Tel: 06-234 5353 sambungan 148 atau Encik Khirul Anuar bin Abu Bakar, No. Tel : 06-234 5353 sambungan 155)

 

Ketua Penyelaras : Saifuddin (Pengerusi Biro Sukan)

 


No comments: