23.7.22

TIGA : ACARA DAM HAJI SUPERBZS2022


 


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DAM HAJI

 

1.0   FORMAT DAN SYARAT PERTANDINGAN

1.1       Semua keputusan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad;

1.2       Format pertandingan ialah secara KALAH MATI;

1.3       Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 3 orang pemain tidak mengira jatina untuk menyertai pertandingan ini;

1.4       Papan permainan akan dibahagikan menjadi 12 X 12 petak segi empat sama, dengan warna petak yang berselang-seli gelap dan cerah;

1.5       Keputusan permainan bergantung penuh terhadap pemikiran dan kemahiran setiap pemain itu sendiri;

1.6       Setiap perlawanan dijalankan mengikut jadual yang disediakan oleh penganjur dan akan dijalankan di lokasi yang akan ditentukan kemudian; dan

1.7       Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di tempat pertandingan sebelum perlawanan dimulakan. Jika pemain yang didaftarkan tidak dapat hadir, hendaklah digantikan dengan pemain gentian. Jika pemain gentian juga gagal menghadirkan diri maka kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di tempat pertandingan selepas sepuluh 10 minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

 

2.0   CARA BERMAIN

2.1     Terdapat dua pemain sahaja untuk setiap papan dan permainan boleh bermula mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu atau ditentukan pengadil. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat;

2.2     Setiap buah dam hanya boleh bergerak secara pepenjuru sama ada kiri atau kanan dari satu petak ke petak yang lain sekiranya petak tersebut kosong (tidak mempunyai buah dam yang lain);

2.3     Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah sendiri ada buah lawan dan di belakangnya kosong, maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah lawan tersebut;

2.4     Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi;

2.5     Sekiranya mana-mana buah dam pemain berjaya sampai ke hujung papan lawan, ia dikatakan "naik haji";

2.6     Buah haji ini biasanya dibezakan dari buah biasa dengan meletakkan satu lagi buah diatasnya (disusun dua tingkat). Keistimewaan buah haji ialah ia boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki.

2.7     Cara makan buah haji sama dengan buah biasa. Bezanya, buah haji boleh bergerak banyak langkah, dan oleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerak ke belakang;

2.8     Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan pihak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan;

2.9     Sekiranya ada perancangan, pemain menggerakkan buah untuk di makan oleh pihak lawan, pihak lawan di wajibkan untuk memakan buah tersebut;

2.10  Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan mana-mana buah yang dikehendaki;

2.11  Sekiranya pihak lawan mempunyai pilihan, dan pihak lawan memakan salah satu buah dari pihak lawan, buah yang tertinggal tidak boleh dirampas oleh pihak lawan, kerana pihak lawan sudah memakan salah satu buah tersebut;

2.12  Wajib makan 2 atau 3 buah dam sekaligus, jika tidak maka buah tersebut dikeluarkan dari permainan;

2.13  Haji harus diutamakan untuk makan lebih dahulu dibanding buah dam, apabila tidak makan lebih dahulu maka buah haji tersebut boleh dikeluarkan dari permainan;

2.14  Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana-mana buah dam pemain maka buah dam pihak lawan boleh dirampas oleh pemain;

2.15  Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar atau makan balik buah dam yang dimakan; dan

2.16  Masa berfikir satu-satu pergerakan adalah dihadkan selama 15 saat (maksima).

 

3.0   PERMAINAN TAMAT

3.1     Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah;

3.2     Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Permainan dikira seri;

3.3     Seorang pemain yang menyerah kalah kerana dirasakan memang kalah; dan

3.4     Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat.

 

4.0   PEMBERIAN MATA DAN PENENTU KEMENANGAN

4.1     Kemenangan ditentukan mengikut sistem mata yang diperolehi oleh pemain-pemain tersebut. Peserta akan dimasukkan dalam setiap kumpulan (3 kumpulan). Pemain akan lawan secara round robbin dalam setiap kumpulan bagi menentukan Johan setiap kumpulan.

4.2     Johan setiap kumpulan akan dikelompokkan dalam 1 kumpulan untuk pusingan berikutnya bagi melawan sesama mereka untuk menentukan tempat pertama hingga ketiga.

4.3     Setiap set hendaklah ditentukan pemenang. Pemenang dikira best of 2. Setiap game berlau secara 2 set. Jika seri kedudukan 1-1 pusingan, tie break dilaksanakan bagi menetukan pemenang.

4.4     Bagi satu-satu set perlawanan yang tiada kesudahan untuk satu-satu pusingan yang mana disebabkan kedudukan buah dam pemain dan dam lawan tidak dapat menewaskan antara satu sama lain dalam tempoh yang ditetapkan, maka keputusan ditentukan adalah mengikut bilangan buah yang tinggal. Semakin banyak buah yang tinggal berbanding lawan dikira kalah. Jika sama banyak, satu (1) mata akan diberikan pada buah Aji dan dua (2) mata pada buah yang tidak Aji. Mata terbanyak dikira kalah. Jika buah sama banyak dan mata juga sama dalam penentuan ini, buah yang paling jauh melepasi pihak lawan dikira pemenang.

5.0   JADUAL PERTANDINGAN DAN KEPUTUSAN

5.1     Undian atau melalui persefahaman kumpulan lain akan dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUPERBZS jika diperlukan. Susunan jadual pertandingan akan dibuat mengikut format yang ditetapkan bagi setiap kategori;

5.2     Keputusan akan dikira berdasarkan pungutan mata yang diperolehi oleh setiap pasukan.

 

§  ROUND ROBBIN 1

KUMPULAN A

PASUKAN

1A

2A

3A

MATA

KEDUDUKAN

1A

 

 

 

 

 

2A

 

 

 

 

 

3A

 

 

 

 

 

 

KUMPULAN B

PASUKAN

1B

2B

3B

MATA

KEDUDUKAN

1B

 

 

 

 

 

2B

 

 

 

 

 

3B

 

 

 

 

 

 

KUMPULAN C

PASUKAN

1C

2C

3C

MATA

KEDUDUKAN

1C

 

 

 

 

 

2C

 

 

 

 

 

3C

 

 

 

 

 

 

§  ROUND ROBBIN 2

PASUKAN

Johan A

Johan B

Johan C

MATA

KEDUDUKAN

Johan A

 

 

 

 

 

Johan B

 

 

 

 

 

Johan C

 

 

 

 

 

 

 

6.0   BANTAHAN

 

6.1   Pihak penganjur berhak untuk menentukan kaedah dan susunatur pertandingan berdasarkan keadaan dari masa ke semasa dan segala keputusan yang dibuat adalah muktamad. Sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil tidak akan dilayan.

 

7.0   YURAN PENYERTAAN

Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan.

8.0   TARIKH TUTUP PERMOHONAN

8.1  Semua borang penyertaan (Borang A) yang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan sebelum atau pada 29 Julai 2022 (Jumaat), sebelum jam 11.00 pagi

 

Kepada : Biro Sukan

Kelab Kebajikan dan Sukan Projek Zon Selatan

(u.p. Encik Shahrizaila bin Mahmud)

 

Ketua Penyelaras : Saifuddin (Pengerusi Biro Sukan)






No comments: