25.7.22

TUJUH : ACARA BOLING TENPIN SUPERBZS2022

 





SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLING TENPIN

 

1.0          UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1.1          Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dan World Tenpin Bowling Association (WTBA).

1.2          Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang -Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3          Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

1.3.1      Semua peraturan am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM PERTANDINGAN BOWLING KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN, PLANMalaysia Pejabat Projek Zon Selatan.

1.3.2      Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada peraturan World Tenpin Bowling Association (WTBA).

 

1.4          Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Tenpin Boling PERTANDINGAN BOWLING KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN, PLANMalaysia Pejabat Projek Zon Selatan adalah muktamad.

 

4.0          PENDAFTARAN PASUKAN

4.1          Setiap pasukan boleh menghantar maksimum 3 pasukan sahaja.

 

5.0          SUSUNAN PEMAIN

5.1          Susunan pemain adalah terletak kepada budi bicara pengurus pasukan masing-masing dan hendaklah didaftarkan apabila diminta urusetia bagi menyelaras tempahan tempat.

5.2          Pasukan lain tidak dibenarkan melakukan sebarang bantahan terhadap susunan pemain yang ditentukan oleh pengurus pasukan masing-masing.

5.3           Nama pemain yang didaftarkan akan dikunci apabila urusetia memohonnya dan untuk tujuan pendaftaran tempahan bagi melancarkan perjalanan acara.

 

6.0          CARA PERMAINAN (STYLE OF PLAY)

Tiap-tiap satu permainan (game) akan dilangsungkan di atas sepasang lorong. Individu atau pasukan akan mengikut susunannya bermain satu frame pada satu lorong dan frame yang berikutnya pada lorong yang di sebelahnya. Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan itu tamat.

 

7.0          ACARA PASUKAN BEREMPAT

7.1           Pertandingan akan dijalankan secara kumpulan campuran terdiri daripada EMPAT (4) peserta dalam satu kumpulan. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN menyusun semua peserta terdiri daripada lelaki atau semua peserta terdiri daripada wanita. Kemungkinan susunan adalah seperti berikut:

                 i.             Tiga (3) lelaki, seorang (1) wanita.

                 ii.            Tiga (3) Wanita, seorang (1) lelaki.

                 iii.           Dua (2) lelaki dan dua (2) wanita.

 

7.2           Setiap pasukan wajib menyediakan dua (2) pemain simpanan sahaja yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita.

 

7.3          Setiap pemain diwajibkan bermain sebanyak DUA (2) games sehingga tamat.

 

8.0          PERUBAHAN DALAM SUSUNAN PERMAINAN

8.1          Peserta-peserta empat sepasukan mesti bermain mengikut susunan yang didaftarkan dalam permainan (game) yang pertama.

8.2          Sekiranya ada didapati pasukan yang menukar peserta semasa pertukaran susunan pemain, pasukan tersebut akan hilang kelayakan bertanding tanpa apa-apa amaran lagi.

 

9.0          MENARIK DIRI DARI PERTANDINGAN (WALK-OVER)

9.1          Sekiranya permainan telah dimulakan dan terdapat pemain lain yang datang lewat, pemain tersebut dibolehkan bermain dengan syarat pemain-pemain lain belum menghabiskan frame yang ke-2. Frame pertama, bagi pemain ini akan diberi skor kosong.

9.3          Pasukan atau peserta individu hanya dibenarkan menarik diri atau berhenti permainan pada pertengahan sesuatu acara jika salah seorang pesertanya telah cedera atau dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan untuk menamatkan pertandingan. Tiada pemain gantian dibenarkan dan markah hanya dikira sehingga permainan (game) terakhirnya atau skor 50 sahaja yang mana lebih tinggi.

 

10.0        GANGGUAN PERMAINAN

10.1       Penyelaras pertandingan atau staf teknikal pusat boling mempunyai kuasa muktamad bagi memberi arahan supaya permainan yang terganggu disambung pada sebarang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin.

10.2       Permainan (game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku.

 

11.0       BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

11.1       Bila seseorang peserta bermain dalam lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu akan dianggap sebagai ‘bola mati’ (Dead Ball) dan peserta tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

11.2       Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas peserta kemudian membaling bolanya, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan peserta tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.

 

12.0       WAKTU MELAPOR DIRI

12.1       Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu acara bermula. Peserta yang lewat akan hilang kelayakan dalam acara tersebut.

 

13.0       MEMPERLAHANKAN PERMAINAN (SLOW BOWLING)

13.1        Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hal dan peraturannya seperti berikut:-

13.1.1   Mereka berhak untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap peserta yang berada di atas lorong sebelah kirinya.

13.1.2   Mereka harus memberi laluan kepada peserta yang berada di atas lorong sebelah kanannya.

13.1.3   Semua peserta harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu.

13.1.4    Sekiranya didapati ada peserta yang tidak mematuhi peraturan 13.1.3 di atas, dia akan diberikan amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan yang pertama (tiada penalti), dan kad kuning atas kesalahan yang kedua (tiada penalti). Untuk kesalahan yang ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, peserta tersebut akan diberikan kad merah dan sifar (0) mata untuk frame tersebut.

 

14.0       KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

14.1       Sekiranya berlaku sebarang ’black out’ dalam TV monitor di mana skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka peserta-peserta yang berkenaan dikehendaki bermain semula nama tersebut. Akan tetapi, jika skor telah dicatatkan maka ia akan bersambung dari frame mana ia berhenti sebelum ini.

14.2       Game-game yang mana skornya telah direkodkan akan dikekalkan.

14.3       Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu ’black out’ seumpana ini.

 

15.0       PAKAIAN

15.1       Semua peserta dibenarkan memakai T-Shirt Berkolar atau Round Neck

15.2       Semua peserta hendaklah memakai seluar panjang sahaja (Long Slack).

 

16.0       LARANGAN

16.1        Peserta-peserta adalah dilarang dari merokok, memakan atau meminum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan berlangsung.

16.2       Sekiranya didapati terdapat peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan diarahkan supaya berhenti dari pertandingan ini. 

16.3            Peserta hendaklah peka untuk balingannya dan tidak membalingkan untuk peserta lain atau membalingkan bagi mewakili dirinya.

 

17.0       PENENTUAN PEMENANG

17.1       Penentuan pingat bagi acara ini ditentukan oleh jumlah jatuhan pin terkumpul yang tertinggi. Sekiranya terdapat jumlah jatuhan pin yang sama dalam mana-mana kumpulan, jumlah jatuhan pin game terakhir akan menentukan pemenang. Pemenang tempat pertama hingga ketiga bagi setiap kumpulan akan dikira berdasarkan jumlah jatuhan pin kumpulan itu secara kumulatif.

17.2           Oleh sebab jatuhan poin dibuat secara kumulatif maka perkara 7.1 tidak terpakai dan terpulang kepada susunan kumpulan berkenaan.

 

18.0       YURAN PENYERTAAN

18.1       Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM10.00. Tertakluk kepada sebarang perubahan dan persetujuan. Ini bermakna satu kumpulan dikenakan RM120 dan hendaklah diserahkan kepada urusetia apabila diminta.

 

19.0        TARIKH TUTUP PERMOHONAN

19.1        Semua borang penyertaan (Borang A) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan sebelum atau pada 29 Julai 2022 (Jumaat), sebelum Jam 11.00 pagi

Biro Sukan

Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Projek Zon Selatan

(u.p. Encik Kahirul Anuar / Encik Nasriq)

 

Ketua Penyelaras : Saifuddin (Pengerusi Biro Sukan)

 






No comments: