Ramadhan tanpamu menjadikan ruang kosong tanpa diisi.
Selamat hari bapa yang mahu kulontarkan, walau tidak dapat disampaikan dengan berhadapan namun ada caranya untuk mengisi ruang sepi kekosongan walaupun tiada siapa mahu mendengar barangkali
imej bapa masih aku simpan dalam memori
suara bapa masih aku simpan dalam hati
fail bapa masih aku simpan dalam sanubari
aplikasi bapa masih aku simpan dalam diri
gejet bapa masih aku guna sehingga kini
salinan lembut bapa masih aku manfaatkan
salinan keras bapa masih ada dalam simpanan
Bapa telah tiada kini
perginya tak akan kembali
hanya aku sahaja di sini
berteman jasa budi sendiri
bapa kau lambang perjuanganku
sesungguhnya kau inspirasiku
Terpancar kebanggaan dirautmu
Dalam senyummu megah
Melihat kejayaanku dicapai
Bilaku kegagalan merundum
Tak kau biarkan sahaja
Aku terus kecewa melara
Dengan kata azimat murni
Engkau nyalakan semangat tinggi
Restu dan doa kau iringkan sekali
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu besar
rendang dan teduh berbuah seperti bapa dahulu
dalam hariku mohon kepada Yang Satu
ampun segala kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
Ketika berjauhan di kala ini
Masihku rasa hangat kasihmu bapa tersayang
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Mengisi impian hidupku
Selamat Hari Bapa.
al-Fatihah buat Hj. Marsuk@Maskur bin Atmom.
.
2 comments:
Sayu je baca..
Selamat Hari Bapa.. Al-Fatihah...
atie,
jgn sayu-sayu
Post a Comment