4.1.10

Berkuatkuasa empat haribulan sila isi buku log


Tahun 2010 mempersembahkan, penampilan baru my superhero! Jeng jeng jeng...

Sejak gua masuk jabatan J, badan gua mula membesar bagai dipam-pam. Mengelembung sana. Mengelembung sini.. Ini semua nafsu yang perlu gua tahan. Kalau tidak dikawal, boleh hanyut gua. Bukan setakat hanyut, silap-silap boleh tenggelam. Itu perkara yang ketujuh. Perkara pertama gua nak cakap kat sini, my superhero dah mula mengenali superheronya idolanya yang sebenar. Setiap malam, ada di sampingnya. Lupakan itu!

Satu hari, gua khusyuk buat kerja dalam bilik berkaca gua. Yang sifatnya telus. Dalam jabatan J, gua perhati mereka semua sibuk ke sana ke mari. Gua pun jadi panik. Kenapa mereka sibuk nak mampos! Apa urusan yang mereka buat? Banyak soalan bermain di kepala gua. Kejap ke sana. Kejap ke sini. Bawa fail. Lalu, gua pun terpanggil untuk sibukkan. Gua ambil bingkai, gua gantung kat dinding. Panik gua makin menjadi-jadi bila orang yang sama lalu-lalang melintasi bilik gua. Kemudian. Gua ambil sekeping kertas A4, gua tulis "JANGAN PURA-PURA BUAT-BUAT SIBUK DENGAN MUNDAR-MANDIR DI HADAPAN BILIK INI SAMBIL MEMBAWA FAIL"

Gua simpan. Tunggu masa je gua nak tampal. Gua pun ada takut-takut jugak nak tampal. Mesej yang gua nak sampaikan kat sini, sesibuk mana pun kita. Jangan lupa hubungi keluarga tersayang. Apa khabar mereka? Semoga 2010 menjanjikan sesuatu yang WOW!


.

No comments: