7.1.10

Kata kunci

Gua memang jenis yang lambat mesra. Lambat serasi. Baik orang mahupun haiwan ternakan mahupun benda di sekitar. Tapi, bila gua dah serasi korang akan jadi girang. Memang korang akan rasa. Bak kata Dato' kehadiran kita perlu dirasai. Balik kepada serasi tadi.

Masuk hari ini, dah hampir 21 hari, gua tiap-tiap malam melayan hero dan heroin di rumah. Nampak, ada perubahan. Mereka dah kenal siapa ayah mereka. Haha! Maknanya, dah masuk 14 hari bekerja di pejabat yang sejuk macam kutub utara. Pada hari pertama aku datang, waktu solat Zohor ke Asar ke gua turun di tingkat bawah untuk solat berjemaah. Sehinggalah pada minggu berikutnya, gua nak cuba solat di surau comel pejabat.

Gua nak berwuduk. Gua pun pergi tandas. Mahu ambil wuduk takkan dalam jamban. Gua nampak ada kepala paip kat luar. Gua pulas. Air tak keluar. Akhirnya gua gunakan pili jamban. Damn! Ada satu hari, masa gua sedang memerut, kedengaran bunyi air paip mencurah dari luar. Maknanya paip kat luar boleh guna bai! Gua pun terfikir. Macamana mereka guna boleh keluar air. Aku pulas tak keluar air. Shit!

Dan. Pada hari semalam. Hari yang ketigabelas. Gua masuk tandas. Gua pandang cermin. Gua cermin diri gua. Afsal ramai orang kata muka gua ada iras-iras Rosyam Noor. Gua redha. Dalam masa yang sama gua terpandang paip kunci di atas. Wo! Gua kata. Paip ini yang kawal air keluar paip bawah. Woho! Yeay! Baru gua dapat. Kini, baru gua dapat belajar sesuatu. Ada dua perkara gua belajar. Satu, cermin diri. Dua, satu benda tak semesti satu jalan kunci penyelesaian. Yes! Gua dah dapat kata kunci pejabat.

2 comments:

ezzati said...

tahniah..

AiE bAhRi said...

Sama la kita. jenis lambat mesra.Ambil masa untuk sesuaikan diri dan keadaan.

Congrates!