11.1.10

Kucar-kacir

Satu pagi. Semua tiada lagi. Aku masuk pejabat. Perut rasa memulas. Lalu ke tandas. Masuk tandas. Pergi menunaikan qada' hajat. Ada dua pilihan. Satu duduk. Satu cangkung. Aku pilih yang mencangkung. Dalam aku hampir siap. Sedang membuka pili. Mahu beristinjak. Ada orang. Sebelah tandas. Keluar. Kedengaran pintu tandas. Kemudian, kedengaran pintu utama bilik air dibuka. Aku sedang mengacukan paip. Bagi tujuan pembersihan istinjak.

Tap! Suis luar ditutup. Aku dalam kegelapan. Umpama orang buta. Damn! Macamana aku nak... Tak nampak apa!!! Orang itu menutup suis lampu. Shit! WTF. Dalam keadaan gelam aku menyelesaikan qada' hajat. Arggghh!!! Henpon plak tertinggal rumah. Kalau tidak boleh juga guna cahaya henpon. Aku rasa macam orang buta. Baru aku merasai nikmat mata. Beginilah keadaan orang buta. Aku cuba mensyukuri.

Setelah aku keluar, terpandang notis "SILA PASTIKAN SUIS DITUTUP SETELAH KELUAR DARI TANDAS".

.

1 comment:

Mak Su said...

oohhh. sangt patuh pada arahan kaedahnya