6.1.10

Polamesi

Gua tak mahu entri di blog ini mati. Konsistensi itu perlu dalam segala hal. Tapi, ada beberapa perkara lu kena buang konsistensi itu. Contohnya, kalau lu tak pernah cukup solat. Lu tak bolehlah konsisten untuk tidak menyukupkan solat itu. Berdosa beb! Boleh masuk neraka! Silap-silap lu mati pun liang lahad tak mau terima. Buang konsistensi, masuk anjakan paradigma dalam kes ini. Itu gua baru bawakan contoh syurga dan neraka. Belum gua bawakan contoh kabanyakan hari ini pemaju suka merekabentuk banyak jalan mati di taman-taman perumahan, di kawasan industri dan di kawasan perkedaian. Ada pula planner yang meluluskannya pun suka sangat tengok jalan mati. Matilanak!

Lu tak payah mendesak gua untuk terus menulis. Gua sendiri ada motivasi diri untuk desak diri gua sendiri. Pada malam hari yang sunyi untuk gua dapatkan ide. Desakan ini yang membuatkan gua berjuang untuknya. Maklumlah, awal-awal bulan ni. Belanja anak-anak sekolah membuatkan gua terdesak dan sedikit sesak. Tapi gua percaya ulat dalam batu pun boleh hidup. Masalahnya, gua bukan ulat!

Hijaunya daun itu, cukupnya klorofil dan cahaya yang diterimanya. Tapi, sesungguhnya gua masih hijau di sini. Belum cukup masak untuk dipetik dan dipulas pada bila-bila masa. Hijau yang gua maksudkan di sini bukan hijau mentah. Pantang! kalau lu cakap lu new comer. Take a challenge bro! Kan gua dah spekong. Back to the point. Lu ambil itu tugas. Lu duduk, lu fikir apa nak buat. Lu jangan lihat apa yang lu usahakan. Tetapi lihatlah apa yang lu belum selesaikan. Sama-samalah kita selesaikan.


.

No comments: