26.12.09

Bunga telur

Satu hari gua pergi ke rumah pengantin. Pengantin perempuan sepejabat. Lelakinya bukan. Majlis di rumah lelaki. Oleh sebab memenuhi jemputan dan tak mahu kecewakan pengantin. Gua pergi. Bukan susah sangat pun, bawa diri dan bawa mulut je.

Seusai gua makan. Makanan yang enak-enak. Gua rasa nak angkat kaki dulu, sebelum hujan datang menyapa. Gua pun menuju ke pintu depan rumah pengantin dengan awek gua. Mencari-cari mak dan bapak pengantin. Awek gua pun salam dengan mak pengantin. Awek gua memang berpengalaman menduga mak pengantin. Indikatornya mudah dia kata, kalau sandang beg besar tu mak pengantinlah. Nak isi duit salam kaut. Kemudian, gua pun tanya mak pengantin. Mana bapak pengantinnya?

Diam.

Mak pengantin pun jawab. Ada kat kubur. Dah arwah...

Diam.

Alahai, gua tak berniat nak mengusik dan menyentuh jiwa mak pengantin dengan soalan gua. Sumpah gua tak tahu! Mata mak pengantin mula berkaca. Gua terus meminta maaf. Lalu ucap terima kasih. Mak pengantin bagi bunga telur. Aku ambil dengan ikhlas, lalu bagi pada dua puteriku. Bunga aku ambil. Telur bagi mereka. Lagipun, buat apa aku simpan telur banyak-banyak.


.

No comments: