3.9.09

Skrip Frinjan : Satu

(((((( Mengumumkan ketibaan ))))))))))))

Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj. Kundang Halia bin Jerangau, Timbalan Tulis-Menulis Kerajaan Langit Bahagian Anti Pembangunan merangkap Pengarah Unit Pola Perancang Ekologi dan Ekonomikal

DIF MENGAMBIL TEMPAT

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj. Kundang Halia bin Jerangau, Timbalan Setiausaha Kerajaan Langit bahagian Anti Pembangunan merangkap Pengarah Unit Pola Perancang Ekologi dan Ekonomikal

Yang Berusaha En. Georgio Armani Hussin wakil Ketua Penolong Tulis Menulis Bahagian Kerajaan Berdaulat, Pejabat Tulis-Menulis Kerajaan Langit;

Yang Amat Berusaha Tuan Hj. Ghaffar Melankolia al-Attas Pengarah Jabatan Paling Bagus Di Dunia;

Yang Berusaha Wakil-wakil Penghulu yang ganas dan Penghuluwati yang seksi;

Waki-wakill NGO dan rakyat jelata sekalian;

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Assalamualaikum w.b.t & salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah. S.W.T kerana kita dianugerahkan dengan hati yang masih tidak lalai untuk terus beribadat dan beramal soleh kepadaNya. Dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dalam Majlis Pecah Tanah sekaligus Perasmian Majlis Pecah Buah Dara yang julung-julung kali diadakan di planet kita ini iaitu Bumi.

Bagi memberkati Majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Hj. Bilalatunnaimun Kalibun bin Jim, tukang sapu di Emporium Billion untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

BACAAN DOA

Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.

Yang Amat Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis Pecah Tanah manjadi satu tren sejak kebelakangan ini dan semakin menjadi-jadi terutamanya ketika musim cuti sekolah, ia telah bermula sejak zaman Cannibal di Mindanao, Filipina lama dulu. Beralih ke Revolusi Perindustrian pun rancak berlaku. Setelah lebih bertahun-tahun pelaksanaannya ia telah menyumbang dengan jayanya ke arah memecahkan bentuk muka bumi di planet kita berbanding planet yang lain. Walau bagaimanapun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dibuat. Ruang yang saya maksudkan adalah tujuh lapisan udara yang melindungi bumi. Justeru, tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengenalpasti langkah-langkah ke depan dan ke belakang serta cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan ini serta menyeragamkan pelaksanaannya di seluruh planet-planet yang ada.

Di samping itu, melalui sesi masuk bengkel nanti juga diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya. Melalui percambahan buah pemikiran dan pendapat di dalam sesi masuk bengkel nanti adalah diharapkan dapat mengeluarkan buah pala, buah dadu, buah tangan dan buah keras. Jangan sesekali tayang buah dada. Haram hukumnya. Ia menjadi cadangan terbaik dalam menangani pelbagai isu dan masalah yang berkaitan kelulusan cadangan pemajuan di Pihak Tak Berkuasa di Bumi Kerjaan Langit dapat dirumuskan. Merdeka!


Yang Amat Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj. Kundang Halia bin Jerangau, Timbalan Setiausaha Kerajaan Langit Bahagian Anti Pembangunan merangkap Pengarah Unit Pola Perancang Ekologi dan Ekonomikal untuk menyampaikan amanat beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Pecah Buah Dara bagi seluruh Pihak Tak Berkuasa di Bumi Kerjaan Langit. Majlis dengan segala dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.


.

No comments: