7.9.09

Istana Hungga Machester (Part III)

Kali ini, musyawarah di Balairong Tarbiah Istana Hungga Machester lebih Islamik. Ia dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah. Ibu segala surah dalam kitab al-Quran. Antara lain maksud yang terkandung di dalamnya dari ayat enam hingga tujuh yang berbunyi, 'Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat ke atas mereka itu, bukan jalan orang yang Engkau murkai atas mereka itu dan bukan jalan orang-orang yang sesat.'
Macam selalu-selalu Datuk Dato’ Bandar memulakan bicarawara.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia. Terima kasih kepada yang hadir. Sepatutya musyawarah berlaku semalam. Ditunda pada hari ini. Kita pergi kepada agenda seterusnya. Mengesah minit Musyawarah Jawatankuasa Peringkat Dewa kali ke enam puluh yang telah bersidang pada sepurnama lepas.”

Diam seketika Balairong Tarbiah Istana Hungga Machester.

“Baik. Ada sape nak cadang mengesah.?”

”Ana cadey.” Ketua Mafia bersuara.

”Saya bangkan! Errr.. Sokon!” Timbalan Ketua Mafia sambil mengangkat tangan.

”Okey terima kasih. Kita gi hal-hal lain..” Dato’ Bandar cuba memintas bicara untuk menyatakan hasratnya.

”Musyawarah lepas, kita peroleh undi percaya bahawa kelulusan lukisan pelan reban-reban sebijik-sebijik perlu dibawa kepada Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi. Patik ingin musyawarah mempertimbangkan semula agar keputusan itu diubah supaya ia hanya melibatkan kelulusan pentadbiran.” Sebutir-butir kata dilontar.

Sementelahan Dato’ Bandar berucap. Datuk Dato’ bandar menjadi pendengar yang setia.

Dato’ Bentara Luar pula membaca doa dengan mulut terkumat-kamit yang berbunyi begini : “Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zat-Nya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui.”

Sejurus selesai Dato’ Bentara Luar melafazkannya. Ia menghembuskannya.

Ketua Mafia bersuara, ”Oh, mana boleh lagu tu. Ana ghoyak doh key. Jawatankuasa Mangku Bumi ini dari Kerajaan Langit. Kito semua perlu patuh. Patuh tanda setia. Bukey soal gapo-gapo”

”Gapo dia fungsi Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi?" Datuk Dato’ Bandar bersuara garau.



.

No comments: