1.9.09

Istana Hungga Machester (Part II)

“Arggh.., kalau gitu! Serupa juga kita bawak ke Musyawarah Tertinggi Peringkat Dewa. Kerana ia juga dipengerusikan oleh Datuk kepada Dato’ Bandar dan sebahagian ahlinya ada di sini. Tujuan kita mahu elak karenah musyawarah yang bertalu-talu yang amalan itu yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Malah sahaya sendiri khuatir ia menjadi semakin lambat dan lembap kerana satu kerja pula untuk menentukan tarikh musyawarah yang satu lagi. Bukan satu perkara mudah nak menetap tarikh. Tak semudah menetap tarikh bulan puasa.”

Belum sempat Dato’ Bentara Luar menyambung. Ketua Mafia memotong. ”Bukey gapo-gapo. Lo ni, penubuhey Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi sudah dimuktamadkey di bawah Kerajaan Langit. Kito kena ikut Kerajaan Langit untuk menterjemahkey dasar ini. Dok gitu? Jadi, gapo fungsi Jawatakuasa Kecil ini kalu takdok kije lagu tu.” Hujah Ketua Mafia semakin yakin.

Datuk Dato’ Bandar pun bertitah. Adapun kini kita telah ada Musyawarah Peringkat Dewa yang perlu bersidang dua puluh kali dalam sepurnama. Maka, ia akan menjadi lebih cepat lagi efektif. Cumanya, untuk mempercepatkan norma masa, kelulusan pentadbiran sangat diperlukan. Manakala, fungsi Jawankuasa Kecil Mangku Bumi masih kabur. Tapi, boleh juga ia bertindak sebagai kuasa melulus. Datuk Dato’ Bandar meneruskan hujah. Baik, kalau begitu, untuk sementara kita menerima pakai cadangan ini.”

”Maksud Datuk Dato’ Bandar?” Tanya Dato’ Bentara Luar

”Maksudnya kelulusan reban sebijik perlu dibawa ke Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi la.””Sahaya kurang bersetuju Datuk Dato’ Bandar. Ia tiada bezanya kalau masuk juga Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi. Jadi, musyawarah kali ini hamba bersetuju dengan syarat.”

”Tak apa. Buat masa ni, kita pegang pada ketetapan bahawa ia perlu dibawa ke Jawankuasa Kecil Mangku Bumi. Oleh sebab masa dah suntuk, musyawarah ditangguhkan. Kita jumpa akan datang. Tunggu...”


.

No comments: