22.9.09

Istana Hungga Machester (Part VII)

Musyawarah Peringkat Dewa diteruskan lagi dengan sedikit lancar. Sedikit terganggu. Seterusnya perkara-perkara berbangkit dibincangkan di mana terdapat pemohon yang membina reban terkilan akibat anjakan keperluan di bahagian depan dan tepi sepertimana yang diminta oleh perwakilan dari Parsi. Anjakan ini melibatakan anjakan dua puluh depa dari rezab jalan berliku. Pemohon merayu untuk dipertimbangkan kepada sepuluh depa.

”Untuk hal ini saya serahkan kepada Dato’ Gunasama.” Dato’ Bentara Luar.

”Tuan pengerusi, bahawasanya pemohon ingin dipertimbangkan agar kelulusan lukisan pelan rebannya boleh dikurangkan anjakan daripada dua puluh kepada sepuluh. Jadi, musyawarah perlu membincangkan perkara ini.” Tegas Dato’ Gunasama.

”Kita, perwakilan dari Parsi akan tetap dengan syarat yang diberikan kerana kita berpegang kepada dasar dan konsisten dengan keputusan. Dikhuatiri nanti, sekiranya kita tidak konsisten, esok lusa akan datang, pemilik-pemilik reban ayam yang lain juga turut merayu dengan menggunakan saluran yang sama.”

Dato Bentara Luar meencelah. “Sahaya rasa, ada betulnya hujah Perwakilan Parsi. Lagi pula, sebagai badan yang mempunyai kuasa eksekutif di bumi. Apalah kiranya kita menolak dan kekal dengan keputusan yang lama.”

”Hoh! Ana rasa, tak wajar kita tolak. Sekurang-kurangnya bila dah dibawa ke sini ia perlu dipertimbangkan. Barulah betul. Jika tidak, bakpe kita bawa masuk musyawarah?”

”Kita perlu bawa masuk. Inilah saluran yang sesuai untuk diperbincangkan. Kalau kita tak bawa masuk. Tiada seorang individu yang berkaliber dan berani untuk buat keputusan.”

”Kita, perwakilan dari Parsi akan tetap dengan syarat yang diberikan kerana kita berpegang kepada dasar dan konsisten dengan keputusan. Dikhuatiri nanti, sekiranya kita tidak konsisten, esok lusa akan datang, pemilik-pemilik raban ayam yang lain juga turut merayu dengan menggunakan saluran yang sama.”Perwakilan Parsi ulang suara. Konsisten dengan skripnya.

”Kalu tokseh dengar cakap saya. Tokseh wat la musyawarah.”

”Bukan gitu Tn Hj. Mafia."... Dato, Bentara Luar cuba menenangkan keadaan. "Musyawarah itu perlu sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat seratus lima puluh sembilan “Dan bermusyawarahlah denga mereka, dan apabila kamu telah berazam (dengan sesuatgu keputusan) maka hendaklah kamu betawakkal kepada Allah. Juga dalam surah As syura ayat yang ke tiga puluh lapan berbunyi : “Mereka yang mematuhi seruan Tuhan mereka dan menegakkan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyuarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Terkulat-kulat Ketua Mafia mendengar hujah tersebut.


.

No comments: