9.1.08

K-eight & Kate


K-8
Salam pembuka bicara.
Sebenarnya, dah tulis kelmarin. Nak pos hari ini kononnya. Fail corrupted. Hilang. Ini taip teks yang baru.

Okey, keseluruhan karya membuatkan pembaca menyukainya. Ada menceritakan gaulan perasaan lucu, lucah, seram, panik, sedih, suspen d an gembira. Baik punya! Pembaca pasti akan terus menelusuri helaian demi helaian. Puas... Ahhh! Dan berbaloi pula jika membelinya. Lebih bagus beli banyak-banyak bagi satu keluarga baca.

Ya, K-8 merupakan kisah seputar blok rumah pangsa kos rendah. Menjadi subjek dan sasaran kepada naratif dalam karya Sindiket Soljah kali ini yang hanya dibarisi Naga, Jigo, Mat Jan, OP, Samurai dan Tok Rimau. Syabas! Mana yang lain. Amir Mukhriz, Buku Nota dan Spyz kalau kalian ada lagi best kan kan kan.... Ptuih! Hak hak..

Ok teruskan.
Pembaca boleh menangkap keseluruhan cerita secara kasar, persembahan buku ini. Di sebalik kulit bukunya juga ada maskud. Prolog yang ringkas dan padat tapi mengena. Kan hidup ini satu pengulangan. Apa yang berlaku di K-8? Ada aktiviti mengecat blok ke? Teruskan… (ulang-ulang). Aku syak, ini cerita yang mengikuti perkembangan semasa.

Dimulai dengan tajuk Nyamuk Uncle Nyamuk. Sesuai dengan plot mukadimah. En. Naga memang menampakkan penulisannya yang bersahaja. Ada satu frasa diulang-ulang sebanyak 5-6 kali, sangat berkesan dan mengujakan pembaca. Hidup ini kan satu pengulangan. Nampak kesinambungan dari prolog. Walaupun pembaca merasakan nyanyuk yang dibuat itu melampau tapi nampak realistik dan memang berlaku dalam dunia sebenar. Ya, bukan mitos. Betul-betul berlaku. Lebih dari itu pun ada. Asyik-asyik salah rumah. Asyik-asyik salah rumah. “Alamak! Salah rumah lagi?” Dia bersungut sambil menggaru-garu celah juburnya yang tak gatal.” Hahaha, pembaca pasti tertawa dengan ayat ini. En. Naga Berjaya menggarap watak dengan unsur-unsur komedi dan kena dengan suasana persekitaran. Contohnya ayat. “Di luar, suara Romlah terpekik-pekik, “Siapa kebas coli aku, hahhh? Tak guna punya budak-budak bujang!!! Kau curi, erk?” Mantap dude! Pembaca tentu boleh membuat andaian si Romlah ini barangkali dari Johor atau pernah tinggal lama di Johor. Haha. Atau tiada kaitan langsung! Adakah uncle nyanyuk satu-satunya saksi untuk kes pembunuhan di K-8? Jika ya, bolehkah dia diterima menjadi saksi? Apakah syarat-syarat menjadi saksi? [Point : 3.01]

Dikuti dengan bab bongek kuasa dua. En. Samurai menulis menggaulkan watak makhluk yang dinamakan kucing atau kucing-kucingan dan James sebagai jalan cerita dan plot keseluruhan cerita. Sarip. Ya, Sarip menghidupkan suasana cerita. Pembaca pasti tertanya-tanya siapa bongek sebenarnya? Sama seperti bab pendahuluan, bab ini juga dirangkum dengan pengulangan intro dan penutup dengan konkrit, padat dan sepadu. Syabas. Syabas! Hidup kan satu pengulangan. Olmet. Ya, Olmet. Cantik nama tu. Macam nama coklat Hazel jiran. Hahaha. Pembaca pasti suka. Sambil minum Livita Gold separa sedar misalnya. Adakah James pembunuh kucing-kucing di kawasan perumahan blok itu? Adakah James juga pembunuh kucing Kate? Kate juga barangkali menjadi mangsanya? Entah. Bacalah. [Point: 2.82]

Disusuli dengan bab Dia Buang Piano. Penulis memberi gembaran real kehidupan budak-budak bujang yang bergelar pelajar. Dalam bab ini dikaitkan gossip liar Romlah yang menjadi makhluk berseketiduran lelaki. Cari-cari juga ada tak lelaki yang tinggal di blok yang sama? Entah. Ikutilah jika mahu cerita lanjut. Ayat yang paling pembaca lucu berbaur lucah pastinya, “Ada orang. Tapi... tak ada telur! Jawab Bidin. Ikhlas, aku baca ni pun aku jadi tergelak. Gelak sorang-sorang. Penceritaan ini mengikuti perkembangan semasa. Watak Bagak menghidupkan suasana naratif dalam bab ini. Dengan menyelit unsur-unsur sedikit sumbang-mahram dan sumbang-saran. Sumbang-mahram dengan Azreen. Sumbang-saran dengan budak-budak tabligh. Ya, eksploitasi budak-budak tabligh bukan satu eksotik oleh penulis. Malah digarap dengan jayanya tanpa menjejaskan imej dan kredibiliti tabligh itu sendiri. Seolah-olah pengalaman penulis sendiri. Aku pun tabligh! Hahaha.. Adakah benda yang dibuang dari tingkat atas itu piano? Ini bukan piano, Biola... (olahan dialog Pendekar Bujang Lapok) Ya, adakah Kate jatuh dan mati? Teruskan... [Point: 3.75]

Diekori dengan bab Nama Saya Is. Siapa Is? Siapa pula Ismadi? Kalian bacalah ya! Budak yang mempunyai atau dikurniakan dengan deria ke enam . Pastinya luar biasa. Sangat mengujakan. Umpama dalam cerita luar negara yang pernah kita tengok. 'The Eye' misalnya. Tak percaya “Pergi bertapa dalam hutan” Seram beb... Sebagaimana bab sebelum, bab ini juga menggarap dengan perkembangan semasa. Kereta Gen2 dan Hyundai Getz sudah ada di pasaran. Teknologi youtube dah ada! Bacalah ayat-ayat dalam kurungan yang dicondongkan. (Dengan budak kecil pun nak marah-marah). Kan hidup ini satu pengulangan. Adakah roh Kate menegur Is? Adakah Is lihat semua benda-benda ghaib t ermasuk roh Kate? Ya, Is menyelamatkan Kate. Tapi adakah berjaya? Atau Kate memberikan satu tamparan di pipi Is? Ya, mungkin di sini pembaca dapat dan cuba berfikir, bagaima Kate melakukan terjun tiruk sebelum badannya membunam kereta si Romlah. Tapi, tapi, tapi.. Apakah puncanya? Teruskan... [Point: 2.95]

Bab In-a-gadda-da-vida. Mungkin kemuncaknya. Penceritaan berkisar keluarga Usman yang selalu berantakan. Gaduh je memanjang. Memanjang je gaduh. Mereka sama. Tapi, selain gaduh ada juga babak romantis yang berjaya diselitakan oleh penulis dan kawan-kawan penulis. Ya, ada. “Bukan wa takut bini, tapi bini wa yang tak takut dengan wa.” Ayat ni pembaca boleh tergelak. Apa itu kleptorasi? Baca. Baca. Baca. Di bab ini ada perkaitan dengan bab awal di mana watak uncle nyamuk diselit . Tahniah! Hidup kan satu pengulangan. Pembaca pasti tak boleh tahan ayat ini, “Ulangkaji apanya? Kalau hebat sangat, tak apa juga. Ini dua tiga kali hayun dah terpancut! Aku syak Intan lagi power dari Judge. Kemutan dia tu... Hahaha. Aku syak juga boleh menggigil testis dan ovari korang kalau dengar. Abah meraba mak. Mak raba abah (dalam bab seterusnya : Usman). Kan aku dah ulang mereka juga pasangan romantis. Kalian baca dan terus baca kerana banyak ayat-ayat yang mengujakan dan suspen. Mungkin pada kalian biasa. Tapi, ia jadi luar biasa bila pandai digarap dengan molek. Contohnya ayat. “Hai! Nama I Kate.” Hidup ini kan satu pengulangan. Adakah Judge dan Intan bercerai akhirnya? Apa terjadi pada Usman anak mereka? Teruskan... [Point: 3.95]

Bab seterusnya pula K-Nine, penulis yang sama dengan bab awal. Biasalah. Pengulangan kan. Subjek cerita adalah watak Bobby. Siapa Bobb? Peninju Sukan SEA? Bobby hidungnya tersumbat dan sebu. Bobby juga sebenarnya di’anjing’kan oleh kucing-kucing di kawasan itu. “Apabila dah masuk dalam – ia mengeras ya, Doc? Ooo..” Pembaca bolehlah membuat interpertasi sendiri. Ayat-ayat sindiran yang kaw-kaw berjaya digunakan oleh penulis untuk mengaitkan dengan kehidupan manusia. Walaupun mereka binatang. Ayat yang membuatkan pembaca wanita ketawa pastinya “Dah due dah ni... esok kot bersalin!” Lagi? “Mughallazah? Wah! Ok juga nama Islam mereka berikan kepada aku ni” Benarkah calitan air mata Bobby apabila disapu ke mata boleh melihat hantu? Siapa pula Ruby dalam cerita ini? Teruskan membaca. Ekekekek..Teruskan... [Point : 3.84]

Bab seterusnya, Usman. Kesinambungan dari In-a-gadda-da-vida. Kali ini penulis membuat penceritaan bersama Usman yang satu lagi. Sangat menarik. Berkira-kira tentang buruk-baik dan syurga-neraka. Juga babi dan jalang. Juga, Anjing – Sial – Kepala Otak – Pelacur. Siapa yang tak kenal penulis. Penulis ini saya kira mempunyai daya imaginasi yang tinggi. (Aku diupah untuk merangka ayat ini. Dia banyak diam dari berkata. Dia banyak berfikir dari berfantasi. Hahaha. ).Whoap! Aku rebiu buku bukan penulis. Pembaca boleh agak berapa umur Usman. Walaupun Usman begitu. Tapi dia memliki BMX dan kasut NIKE. Walaupun dia mencuri tapi wang yang dicurinya disumbangkan kepada orang susah. Hatinya mulia. Tapi, apa terjadi kepada Usman? Soalan ini lagi ditanya. Hidup kan satu pengulangan. Dari mana Kate mendapat not sepuluh ringgit sebelum melakukan penerjunan tiruk? Teruskan menelusuri. [Point: 3.43]

Setersunya bab Biawak Bersalut Coklat. Baca tajuknya saja dah menyelerakan. Dan teruja. Penulis, Mat Jan. Siapa yang tak kenal Mat Jan dia gila! Maksud aku pembacalah. Kali ini, watak wartawan diketangahkan. Masidol Iqbal Sadiq (MIS) dan jurukameranya, Jauhari Johar (JJ) minum-minum di pub. Aku syak umur mereka berdua tak jauh beza. Paling kuat, JJ lebih tua setahun dari MIS. Deskriptif yang cukup baik digunakan penulis. Lengannya ada lemak menggeleber. Pahanya ada lemak menggeleber. Perempuan bertulang. Tapi, tapi, tapi... Dialog antara JJ dan Ani (perempuan Medan) kurang diolah dengan sempurna. Tambah sikit. Macam direka-reka. Tapi, tak mencacatkan cerita. Apa terjadi dengan MIS dan JJ sebaik saja pub itu diberkas? Dan mengapa berita kematian Kate yang lebih dramatik tidak menjadi muka depan tabloid berbanding berita mengenai penangkapan mereka? Babi. Akhir kata. Nazri tak berjaya menjadi Mat Rempit? Nazri menjadi jurukamera? Huhuhuhu. Dah tentunya Nazri kawan si Usman barangkali. [Point : 3.65]

Halimunan oleh Tok Rimau menjadi penutup bab. Mengisahkan Utnah. Hantu yang buruk dan hodoh. Hantu-hantu lain tak mahu berkahwin berkawan dengannya kecuali Kirin yang sudi merapatinya. Bagaimana rupa Utnah? Bacalah. Seram beb... Utnah mungkin menjawab persoalan apa puncanya Kate melakukan terjun tiruk. Bunuh diri? Kena tolak? Curi duit? Utnah pun tak tahu! Hahaha. Gurauan Utnah dan Kirin sangat berkesan. “Emak engkau! Emak engkau! Emak engkau!” diulang tiga kali baru afdal. Hidup ini kan satu pengulangan. Sindiran juga kepada makhluk yang bergelar manusia. Adakah rancangan Utnah berjaya untuk mengusi penghuni-penghuni Blok K-8. Masa ini dah ada telefon berkamera. Hoho, akhirnya Utnah dicucuk paku. Ya, berjayakah seorang tabligh menyelamatkan Utnah dari mengalami sengsara? Jawapan-jawapan dialog tabligh yang mencuit hati. Utnah menjadi semakin takut. Takut diperhambakan lagi. Mulutnya membaca doa. Mungkin doa sebelum tidur. Hahaha.. Ketawalah. [Point: 3.85]

Epilog yang ringkas. Benar. Tiada siapa yang boleh mebuktikan sebab kejatuhan dan Kate. Mati pulak tu. Kadirlah pulak! Adakah betul apa yang berlaku di sekeliling tiada kaitan dengan mereka? Siapa kata? Hidup ini kan satu pengulangan. Aku cari-cari juga watak tuan haji yang dikata Intan. Barangkali duduk Blok sebelah yang dikata jirannya juga. Adakah Usman geng basikal BMX tidak bermain bersama Nazri, Syarifuzan dan sebagainya? Kenapa dia bermain bersendirian? Adakah watak Nazri yang diketengahkan dalam bab Biawak Bersalut Coklat dan Halimunan oleh Tok Rimau merujuk kepada watak yang sama? Jika sama, Nazri tak kesampaian cita-cita mungkarnya. Capai cita-cita murni. Aku syak juga watak tabligh yang digambarkan TokR tak join pergi dari rumah ke rumah termasuk rumah budak-budak bujang. Entah. Aku syak blok K-8 yang digambarkan di muka surat 91 layout plan pandangan atas. Jika pandangan atas tentu ada koridor di tengah-tengah kan kan kan. Atau di tepi ke.. kan? Pandangan tepi kot. Tapi mana bumbungnya seperti yang digambarkan dalam bab Nama Saya Is. Kate berdiri di atasnya. Lebih bagus tak ada kan kan kan.

Bagi ruang pembaca memikir dan kita buat pertandingan melukis blok K-8 dan penghuninya sekali. Tapi, itulah K-Eight, Kate, K-Eight, Kate, K-Eight, Kate, K-Eight, Kate. Satu pengulangan.

Sebenarnya, dah tulis kelmarin. Nak pos hari ini kononnya. Fail corrupted. Hilang. Ini taip teks yang baru. Pengulangan. Kan membaca jambatan ilmu. Menulis pula jambatan membaca. Bacalah K-8. Tapi belilah dulu beb! Atau pinjam kalau kalian tak malu!

Sekian. Akhir kalam. [Cumulative Point Average : 3.42]

1 comment:

blackpurple @ jowopinter said...

Hari itu aku tak bersarapan dengan buku inilah. Membawa ke tengahari. Maknanya brunch sekalilah dengan buku ini. Kenyang!