12.1.08

Hidup ini satu pengulangan kan? Empat.

Engkau masuk bilik bos, lalu kau kata, bos naikkan gaji saya. Bos terpinga-pinga sebab engkau masuk melulu. Ketuk pintu pun tidak. Beri salam apatah lagi. Lalu engkau duduk tanpa disuruh, engkau ulang lagi, bos naikkanlah gaji saya. Engkau memulakan bicara. Bos geleng kepala. Bos tanya kenapa pulak saya nak naikkan gaji awak? Lalu kau jawab, hidup di bandar besar ni, gaji tak cukuplah bos. Bos geleng kepala lagi. Kali ni laju. Engkau menambah hujah, sebab nak bayar hutang pinjaman ptptn, bayar sewa rumah, makan, hiburan, joli dan macam-macam lagi entah apa kejadah engkau tambah untuk mendapat simpati dari bos. Yang padahalnya, kalau orang tengok gaji kau untuk budak yang baru graduan dari universiti memanglah memadai. Nasiblah, pari-pari tolong bos dan dia kata, jangan cepat melenting bos.

Kemudian diam. Bos kata, aduh.., kesiannya awak. Selama ni makan apa? Kau pun jawab, makan maggi mee tiap-tiap hari. Sedangkan engkau makan yang mewah-mewah hari-hari pada waktu bekerja. Mengalahkan makanan di Istana Negara misalnya. Kau berjimatlah kalau tahu tak cukup. Lalu kau tidak puas hati. Kau kata, bos bagi apa saja kerja. Saya akan buat sehabis baik. Bagi kat saya je. Apa kejadahnya engkau kata macam tu sedangkan kerja engkau yang sedia ada pun kau buat macam haprak. Haprak! Haprak! Haprak! Tahi! Lojikkah engkau kata begitu? Lagipun, bukankah engkau kerja belum cukup setahun? Tidakkah engkau merasa malu dengan orang yang lebih lama bekerja dengan engkau misalnya. Hoi! Prestasi engkau sangat memberangsangkan, engkau yang satu lagi membisikkan ke telinga engkau. Padahal yang sebaliknya mereka meludah kau. Hak ptuuuuiiih..!

Engkau jadi 'demoralized' sekejap. Tak kuat semangat. Engkau macam nak merajuk. Tapi tak jadi. Sebab engkau tak puas hati lagi. Tak ada kata putus dari bos. Lalu engkau ketuk meja. Hentakan meja itu membuatkan bos tersentak. Terhenti dari lamunan. Sebab bos bukan dengar sangat kau cakap kosong. Maka bos masuk kanan keluar kiri. Tangan kau mula merasa sakit. Padan muka kau! Bos boleh sabar lagi. Sebab bos memang seorang penyabar. Lagipun, malaikat ada banyak kat bilik bos. Kemudian, tak semena-mena bos usir kau. Keluar kau dari sini! Nah, ambil pakaian dan peralatan kau, berambus! Nyah dari sini! Engkau menangis teresak-esak. Kononnya meminta simpati dari kawan-kawan yang lain. Mereka ketawakan engkau. Kah kah kah.., kuat sangat. Engkau pun diejek. "Budak gembeng, budak gembeng budak gembeng." Engkau fikir orang lain naik gaji, kenapa engkau tak naik gaji. Itu engkau dengar khabar angin. Engkau percayakan terus. Alahai.., engkau budak hingusan yang tak sepatutnya engkau mengadu. Sebab, kerja yang engkau buat haprak! Engkau tak tahu bersyukur. Engkau buat kerja main-main. Main-main buat kerja. Tak ada fokus. Sesuka hati engkau melayari internet. Engkau chatting, itu dikata engkau bebanan kerja yang banyak. Engkau baca akhbar di talian tiap-tiap pagi. ya, kau percayakan akhbar kan?

Kawan-kawan engkau yang satu lagi. Menyampah dengan engkau sebab, kerja yang engkau buat entah apa-apa entah. Mereka dah meluat nak semak kerja engkau. Sebab engkau berlagak macam pegawai pulak. Huh! Sakitnya hati. Bila orang tegur kerja engkau. Engkau tak dapat terima. Banyak dalih dan banyak songeh. Engkau tak ada hormat langsung dengan orang yang lebih tua dari kau. Tahi kucing! Kau memang dah melampau, kata-kata itu dibisikkan ke telinga engkau. Lalu engkau kata, itu hak akulah. Apa kau sibuk! Oh, dalam hal begini, kau tahu pulak hak. Oi, kerja tak cari engkau tau. Tapi engkau kena cari kerja.

Sebelum ini, kawan engkau ada mengadu kat engkau kerja banyak. Gaji tak banyak. Engkau ketawakan dia. Kemudian engkau pulak ikut jejak dia. Lepas tu engkau ulang-ulang. Naikkan gaji saya. Naikkan gaji saya. Naikkan gaji saya. Aha ha ha.

Hidup ini kan satu pengulangan? Rutin kau juga satu pengulangan? Tapi kenapa kau tak minta pada Tuhan untuk ditambahkan pahala? Cermin-cerminlah diri kita. Dan ukurlah zakar engkau sepanjang mana? Ada peningkatan?
___
Kata hari ini :
Retrospektif - meninjau atau mengenang kembali peristiwa, dsb yang lalu.

4 comments:

Anonymous said...

banyak betul pengajaran dari cerita ko ni.... tak bersyukur betul budak yang ko ceritakan itu..kenapa dia tak bla jer dari kompeni tu...kalu aku jadi budak tu...malunyer nak menjejaki kaki ke dalam bilik bos yang banyak malaikat di dalam biliknya...

Anonymous said...

errrkkkkkkkk!!!......segar benar tiupan angin bayu di langkawi...emmm..tapi apakan daya di kantor sipulan ini seolah-olah diserang todak...yang kebuluran kerana kekurangan wang saku tak pernah cukup....apa kejadahnya kalu belanje melebihi dari kemampuan........gaji kurangnya katanya.......aduh!!!!!!!!! cube ko tolak masa ko layari internet...masa ko ym...masa ko membaca akhbar....adakah itu memadai dgn gaji yang ko trime.....arrrggggggghhhhhh....aku nak sambung cuti

Anonymous said...

dalam hati menyumpah.... kesian korang ...ada ker officemate mcm tu...takutnye...

Anonymous said...

aduh.....aku lagi letih.....jauhkanlah kalu ader officemate camtu.......rasa macam nak penampo empat kali kiri kanan..!!!!!