5.1.08

Haru hirup kerana Gadjet

Gadjet yang dibeli oleh Romli belum habis diselidik sepenuhnya. Ia perlu diteroka. Romli baru membeli gadjet dua hari lepas. Dia membelek-belek gadjet itu. Buku manualnya pun belum dilihat lagi. Untuk info: Kalau Romli dah belek, dia tak mempedulikan sekeliling dah!

Sal pula sibuk menguruskan anak-anak. Mereka baru pulang dari kerja. Kemudian, anak Sal yang bongsu, umurnya belum setahun, menangis. Dibiarkan bergelentangan. Sal menuju ke dapur untuk menanak nasi lembik untuk anaknya yang bongsu. Begitulah kebiasannya yang dilakukan Sal.

Biasanya, Romli akan mendukung si kecil ketika waktu-waktu begini dan mententeramkan keadaan. Atau sekonyong-konyong menyumbat puting kosong dalam mulut mungil si kecil itu. Sebaliknya, Romli sibuk giler dengan gajetnya. Dia nak tahu kenapa ia tak keluar bunyi sedari pagi tadi.

Sal menjengah dari dapur sambil mengacau bubur nasi. "Abang, angkatlah budak tu dulu. Maghrib-maghrib ni biarkan dia menangis pulak. Heeeeeiiiiy!" Sal mengeluh dan mendengus. Nadanya seperti marah.

Sambil itu, Romli melirik ke arah Sal sayugia tangannya menepuk-nepuk belakang si kecil dan menyumbat puting kosong ke mulut mungil si kecil. Dengan harapan si kecil diam. Tangan yang satu lagi masih memegang gadjet. Dalam hatinya terbuku geram yang menebal. Kerana dari semalam lagi Romli tak bebas untuk menggodek-godek gadjet itu. Malulah dia kalau orang lain nampak dia tak mahir mengaturcara gadjet itu dengan cekap.

"Abang! Budak tu bang...!"

Sudah disumbatnya puting kosong tetap melalak juga. Romli tahu bahawa waktu-waktu begini samada si kecil itu lapar atau dia kehausan. Itu saja. Waktu begini ibunya akan suap atau memberi susu kepadanya. Tapi, oleh sebab urusan dunia yang sangat sibuk. Mereka lewat sampai ke rumah dari tempat kerja. Maka lewat jugalah mengambil anak-anak.

"Abang..?!" Sal melontar suaranya lagi.

Diam sekejap.

"Abang tahulah!" Darah Romli menyirap naik. Bergelojak tiba-tiba. Tahu sajalah waktu-waktu Maghrib begini Setan gondol banyak berkeliaran. Kerja Setanlah ni...

"Tau.. Tau…Tau..! Anak tu kan nangis. Angkatlah!” Sal balas.

Diam.

"Ala cayang-cayang…ucuk anja..." Lalu Sal angkat dan mendukung si kecil untuk diberikan susu.
Sambil membebel "Gadjet tu lagi penting kan?! Anak tak penting. Huh!"

"Tolong diam boleh tak?!" Romli meninggi suara guna kod "C Major." Romli hampir hilang sabar kerana dia tahu Sal tak suka dia menghadap gadjet itu macam orang jakun.

"Erk eleh, apsal pulak…!" Sal jawab lagi. Mengacah-acah.

"Ohohooi. Diamlah! Taku tak!" Kelentang.. Pang! Kaboom! Bunyi kuat itu datang dari tindakan Romli menyepak kerusi yang di susun di ruang makan. Kah! Kah kah..! Padan muka! Kaki Romli sakit.

Kemudian beredar berlalu meninggalkan gadjetnya. Dan pergi untuk mandi. Bersolat Maghrib. Dia geram. Cukup geram dengan bebelan Sal yang tak reti nak diam. Macam bontot ayam. Ada saja nak menjawab. Sal juga geram dengan Romli asyik dengan gadjetnya tak sudah-sudah. Anak mereka yang sulung diam. Ketakutan barangkali. Duduk, menonton TV.

Setelah anak kecil diberikan susu. Dia akhirnya tidur. Akhirnya dia tidur. Dia tidur akhirnya. Rumah mereka menjadi sepi kecuali suara yang keluar dari TiVi saliran Astro. Romli diam membatu. Sal diam berbatu-batu. Mereka makan bergilir-gilir. Lepas Sal dan anaknya, baru Romli makan. Yang ada di atas meja hidangan daging goreng tak garing. Nasi putih.

Ah! Kuah takde... Dalam hati Romli.

Romli ke dapur untuk masak mee Maggi kononya. Alternatif kepada kuah sayur atau sup. Kalau takde kuah tak selera makan. Jerang air, masuk lobak merah, masuk cili potong, pecah telur. Tak lama masuk mee Maggi. Kemudian, angkat.

Sal dan anaknya yang sulung sudah melepak di ruang tamu menonton TiVi. Entah rancangan apa. Romli panas membara sedari tadi, sedang menyiapkan mee Magginya. Mee Maggi dah masak, Romli tuang ke mangkuk. Dalam proses menuang dari periuk. Kelentang-tung-tang!Periuk terlepas. Mee Maggi berterabur. Mee Maggi tinggal separuh.

Aduhai...! Romli makin panas! Romli kutip. Alahai.., Inilah balasannya agaknya. Romli sebak sambil mengelap lantai. Mee Maggi dapat separuh mangkuk. Bawa ke meja makan. Anak sulungnya datang. "Ayah masak Mee ke?" Sejuk hati Romli. Akak nak sikit? Makanlah..." Romli dan anaknya makan bersama. Menghirup sorang sikit kuah Mee Maggi.

Malam itu sunyi betul. Kipas berpusing atas siling. Udara panas betul! Sal dan anak-anak dah lama melelapkan mata. Ramli masih terkebil-kebil memerhatikan seorang demi seorang. Tanpa disedari air matanya mula bergelinangan lalu membasahi pipi. Sedangkan lidah lagi tergigit. Romli tak gigit lidah Sal. Malam itu, Sal tidur dengan lena. Romli rasa bersalah lalu merebahkan badan di sebelah anaknya yang kecil. Malam ini Romli akan jaga si kecil ini termasuk membuat susunya jam empat pagi nanti. Biarlah Sal tidur. Tidur bermimpikan yang indah-indah.

Soalan kefahaman :
1. Siapa yang bersalah?
2. Cuba teka gadjet yang dimaksudkan penulis?

1 comment:

Lily Abdullah said...

soklan 1 -jawapannya mati2 kak Lily kata Romli yang bersalah kerana.....aahh ko rase sape yang bersalah dek(garu2 kepala). Aku pernah menonton drama versi dalam rumahku sendiri satu keika dulu.

soklan 2 - gadjet tu apa ee(garu2 kepala lagi) :D

ps- Dari semalam lagi dok pk nak jawab soklan :D

salam hujung minggu