20.7.06

Bukanlah rahsia

Tahap kesabaran kita kadangkala ada batasnya. Bila dah tak sabar mahu saja aku layangkan tangan yang ringan ini. Nasib baik aku orang yang sabar. Kalau tidak, dah lama tangan ini naik. Silap-silap kaki ni pun boleh naik. Hissh... Jangan. Cobaan... Ada saja yang tak kena. Bagi ini tak mahu. Bagi itu tak mahu. Entah apa yang dia mahu, aku pun tak tahu. Entah di mana silapnya. Aku masih tak tahu.

Puas aku pujuk. Tak makan dek pujuk.Aneka cara dibuat. Puas buat muka lawak badot sarkas. Tak mahu diam. Bikin tanduk kambing. Tak mahu juga. Tunjukkan bunga plastik yang cantik. Pun sama juga.


Eeee. Apa ni, banyaknya orang datang situ......
Tengok tu kartun. Ha... Dia lompat... Tengok tu.


Tak berhasil juga. Geram juga dibuatnya. Biasalah budak. Kalu tidak. Bukan budak namanya. Bapak budak.

Datang Mama dia. Buka buku kecil kulit tebal dibeli tahun lepas. Ada gambar kucing belang bermisai. Sedang senyum. Kucing kaku dalam gambar dilakonkan bergerak sambil berbunyi. Mengerakkan buku itu. Itu saja.
Meow... Meow... Mana kucing.
Mana kucing. Kejar dia. Kejar dia.

Nampaklah interaktif sikit. Entah, aku tak nampak. Dalam hati aku.

Berubah terus dia. Diam seketika si kecil. Dari rengekan yang membingitkan telinga aku bertukar kepada hilai tawa yang menggelikan hatinya. Juga menggembirakan hati aku.
Kejar ayah. Kucing kejar ayah...
Meow... Meow... Gung gung

Masuk pula bunyi anjing. Buku itu digerakkan. Aku buat-buat takut. Walaupun aku takut juga pada kucing garang. Sejak kucing garang itu cakar kaki aku. Tuannya tak beri makan agaknya.
Berlakon. Mmm.. Berkesan. Berupaya menggembirakannya.

Pandai si Mama pujuk. Aku akur padamu kerana ilmu pujukmu. Kau memang mak budak yang bagus. Syabas! Sifat semulajadimu memang sudah ada. Cayalah. Lepas ni dah tahulah aku cara nak pujuknya. Bagi saja kucing kaku sedang senyum dalam buku tu.

Kasih, ini bisikan aku ke telingamu. Jangan cakap pada orang lain. Jangan bagi orang lain tahu. Ini rahsia kita berdua. Biarlah rahsia. Sayang, kau memang hebat. Aku sayang kamu. Sungguh. Aku cinta kamu. Pssst.. Jangan bagi tahu orang lain tau. Nanti aku belikan hadiah untuk kamu. Bagi aku kad ATM kamu dan nombor PINnya sekali. Aku pergi beli. Nanti.

1 comment:

Anonymous said...

hehehe...pada keseluruhan cerita nmpk lucu tapi ada mesej. kesimpulannya, ibu lebih pandai memujuk manakala ayah pandai membuat lawak badut tetap tak berjaya menghiburkan hati anak..hehehe..tapi respek le..power ayat ko memujuk si ibu ye...