2.5.06

Terhibur waktu libur

Perjalanan pulang dari Johor Bahru, tersangkut di Senawang hingga Seremban akibat satu kemalangan. Berjam-jam juga sangkut di perjalanan. Sungguh memenatkan. Tapi, walaupun perjalanan itu memenatkan aku terhibur sepanjang berada di dalam kereta kerana ada cerita lucu dari insan tersayang.

"Ada satu kisah, pasangan ni baru berumah tangga... Makciknya telah menurunkan ilmu kepadanya iaitu jika suami bertanya pada waktu malam adakah Lapangan Terbang sudah bersedia, kapal terbang nak landing ni? Jawab ya, Lapangan dah ready..."

Malam itu, malam pertama suami bersuara, "Kapal terbang nak landing ni... Lapangan terbang dah ready ke?

Isteri menjawab "Lapangan dah ready Bang...!” Maka kedua-duanya memulakan aktivitinya.
Dalam kisah yang lain pula, si isteri lupa untuk menurunkan ilmu ini kepada adiknya yang juga pengantin baru dua bulan selepasnya.

Pada malam pertama suaminya tanya, "Malam ni kapal terbang nak landing..."

Lantas dia menjawab.. "Kat area sini memang tiap-tiap malam ada kapal terbang landing bang... Sebab rumah kita dekat dengan lapangan terbang"

Suami terdiam... Dalam hati ada geram sikit. Kecewa, hajat tak kesampaian.

Malam esoknya, suami bertanya lagi.."Lapangan terbang dan bersedia... Kapal terbang nak mendarat ni..."

Isteri menjawab lagi, "ah ah la bang...besar betul kapal terbang tu... Malam ni dah dua kali lalu..."

Suami garu kepala...Malam itu tiada apa yang berlaku. Masing-masing kecewa kerana malu hendak mula. Suami marahkan isteri. Begitu juga sebaliknya.
Si isteri juga hairan, tiap-tipa malam suaminya bertanya tentang kapal terbang. Dia bertanya kepada kakaknya. Lalu kakaknya menurunkan ilmu itu.

Malam esoknya, di bilik tidur suami sedang berbaring sambil membelek surat khabar.
Si isteri sedang menyisir rambutnya lalu memulakan bicara

"Malam ni, lapangan terbang dah sedia...Bila nak landing..." Hati kecil berkata harapnya jawapan yang positif untuk memulakan aktiviti yang sah.

"Malam ni flight delayed..." Suami jawab dengan selamba lalu meletakkan surat khabar dan berselubung dengan selimut...

Ha ha ha ha... Kami gelak besar di dalam kereta. Nasib baik, si kecil dah tidur lena... Sekurang-kurangnya taklah tension dalam keadaan yang sesak ni...

Kemudian aku bertanya pada tersayang..."Amacam kalau lewat malam ni, kapal terbang nak landing..."

Dia jawab..."Hei... Tak boleh..."

"Sebab apa?"
"Sebab jalan jamn.. Sesak ni..."

Kami tersenyum riang. Si kecil juga senyum dalam lena. Hilang tekanan.

No comments: