Mesyuarat tak sudah-sudah. Memang betul orang-orang ni… Tak habis-habis. Kelmarin, ada mesyuarat di Johor Bahru. Hotel tiga bintang agaknya... Apa yang kelakarnya, aku kena attend. Projek aku masa kat kompeni lama tak habis-habis lagi. Sekarang kat kompeni baru, handle projek yang sama cuma bidang tugas yang lain. Kompeni lama jadi ‘main-cons’. Kompeni baru jadi ‘sub-cons’ dalam projek yang sama. Huh, apa kejadahnya.
Dahsyat projek ni. Sampai dah masuk RMK9. Sampai dah tukar Pengarah baru. Sampai dah Pengurus Projek kena transfer. Sampai dah kompeni lama kehilangan stafnya yang berwibawa. Sampai dah sub-cons mual dengan projek ni yang tak sudah-sudah. Sampai dah data yang dikutip masih dipersoalkan kerana kini dah masuk tahun 2006. Terdapat banyak perubahan.
Hey... Tak paham ke data asas kita tahun berapa? Cuma projek ni yang lambat tak ikut jadual. Aku malas nak komen mana silapnya... Biarlah, aku simpan dalam kocek. Projek ni projek sakit agaknya. Pengurus Projek di Pejabat Projek pun sakit jugak agaknya. Sekarang, pemangkunya juga sakit agaknya. Pening... Pening... Mana peranan dia? Apa fungsi dia? Berapa konsisten dia mantau. Apa yang dia tahu, sila siapkan...sila hantar...
Balik dari mesyuarat tu, aku tergelak sorang diri. Projek ni, boleh dikatakan 70 peratus adalah aku siapkan. Aku tanggung di bahu jemala patikku. Aku pikul tanggungjawab. Mula, aku handle sektor industri. Staf lama resign aku pegang gunatanah & perancangan fizikal, perumahan & kemudahan masyarakat. Sub-cons bermasalah... Terpaksa pikul sektor pusat bandar dan perniagaan, rekabentuk bandar, kesan penilaian sosial. Masa tu aku tanggung beban ini.
Aku ambil atas dasar mahu melicinkan perjalanan projek. Tapi... Sudahnya, tekanan mental dan fizikal aku hadapi. Bos sibuk dengan urusan lain konon. Cari projek konon... yang terkontang-kanting adalah aku. Bukan nak cerita keburukan bos dulu. Tapi itulah hakikat. Itulah yang aku hadapi. Software dan hardware serba kekurangan macamana keja nak siap cepat.
Bila masuk kompeni baru, bos suruh settlekan projek lama. Ada kaitan dengan kompeni lama. Kalau dulu aku pegang banyak sektor. Kini, aku pegang satu sektor. Tapi, sudahnya aku buat juga. Jadi, boleh dikatakan penglibatan aku nak menyiapkan Laporan yang disebut Draf Rancangan Tempatan adalah majoriti. Tahniah... Pengarah... Adakah kau tahu, laporan ini kebanyakannya hasil keja tangan aku. Sebab itu aku lebih tahu dari bos yang lama masa dia bentang ketika itu. Lebih pakar dan arif dari bos dulu dalam mesyuarat. Aku bukan niat nak menjatuhkan air muka dia tapi sebagai satu pasukan kajian yang sama aku patut tolong jawab dan respon sebab aku rasa diri aku terpanggil. Sebab aku tahu selok-belok dan perincian projek ini.
Sehinggakan aku berpindah ke kompeni baru sekalipun, subs-cons masih menghubungi aku menanyakan projek dan hal-hal lain jika terdapat sebarang kekeliruan. Ada juga yang berbisik kepada aku bertanyakan mengapa bos lama bentang macam baca skrip. Bentang yang mengantukkan. Bentang yang meleweh. Suaranya mengantukkan. Mengapa setelah aku tiada dia baru nak ambil peranan ini. Mengapa? Tapi, semuanya memuji aku. Mereka kata aku bentang lebih bagus darinya. Ceh... Aku no komen...
Dalam mesyuarat ahli jawatankuasa tanya tentang Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Pembentang macam tergagap nak jawab. Takut-takut dan tak yakin. Nampak sangat... Peluh dah keluar. Basah seluruh muka walaupun dalam bilik berhawa dingin. Gugup agaknya... Masa ni lah aku respon. Pengarah baru pun tak perasan agaknya. Akulah dulu yang melaksanakan projek ni sebab tu aku tahu. Aku semak satu-persatu. Aku tahu semua cadangan setiap sektor. Bukan aku nak bangga atau riak. Tapi... Ini realiti. Jadi, dengan kompeni baru aku takde masalah sebenarnya untuk menyiapkan sektor pengurusan dan pelaksanaan.
Berbalik kepada persoalan ahli jawatankuasa mesyuarat itu tadi, aku beri respon dengan penuh yakin. Tahap keyakinan ni memang tinggi gila lah... Tak betul takpe... Tu soal kedua, keyakinan diri dan boleh meyakinkan orang adalah soal pertama. Isshh.... Tak sangka semua boleh percaya. Ada persoalan tentang densiti perumahan, aku juga yang respon. Ada soal pelancongan, aku juga yang respon. Ada soal industri, aku juga yang respon. Ada soal perancangan fizikal dan garispanduan, aku juga yang respon. Niat adalah untuk membantu projek ini takde masalah baru dan sangkut lagi. Patutnya, begilah kat aku ganjaran. Paling tidak pun ganjaran TERIMA KASIH. Ucapkanlah...
Wah...! Bos lama masa datang meeting dah bawa laptop baru, LCD projector baru, tape recorder baru. Agaknya ada lagi yang lain dia tak tunjuk. Masa aku ada, setiap mesyuarat aku usul tapi takde tindakan. Sekarang, projek dah nak habs baru nak beli. Aku ada tanya staf baru dia. Semenjak bila bos beli laptop baru. Dia kata beli masa kat PC Fair. Kebetulan laptop lamanya dah jahanam. Nak tahu kenapa? Sebab, satu malam salah satu button keyboard (papan kekunci) huruf tu tercabut. Aku tak pasti huruf apa? Huruf Z kot. Konon nak guna gam cap gajah bagi lekat balik. Dia tak tahu ke implikasi gam tu pada benda-benda yang sensitif.
Habiss.... Cairlah papan kekunci dia. Gam tu telah merebak lalu memakan dan menghakis yang lain. Ini barulah betul. Tindakan yang bahlul...Kenapalah pandai sangat...Takpelah, itu barang personal, bukan barang opis. Untuk kepentingan dia juga.
Kompeni baru, punyalah senang nak guna laptop. Agaknya kalau mintak pun dapatlah rasanya. Nanti dulu.... Hah, aku bukan nak compare kompeni baru ngan kompeni lama. Tapi, fikirkanlah? Kalau anda yakin pada seseorang letakkan keyakinan anda padanya tanpa sebarang keraguan kerana kepercayaan ini bisa membuatkan orang lain lebih selesa, kondusif, selamat dan dihargai... Tolonglah... Kenapa kompeni lama masih lagi mengamalkan cara begitu.
Sekarang, zaman dah berubah. Buat kerja dari rumah pun boleh. Guna laptop boleh buat di mana-mana walau tak datang opis tapi kerja siap on time dengan jayanya tanpa menjejaskan kualiti kerja. Cara kerja dah berubah beb... Inovatif dan kreatif sikitlah bos lama...(takde niat apa). Janganlah catit saja tanpa tindakan susulan.
Sehari sebelum mesyuarat, aku terima SMS
[meeting berapa hari di jb?]
[satu setengah hari] aku jawab
[Ok. Thanks, btw cookies meeting... JB is far... Should plan the meeting earlier... Harakah’s article is right.. pentadbiran AAB just like kedai kopi... he he..he...]
Huh, aku gelak kecil dalam hati. Marah betul nampak SMS ni...
No comments:
Post a Comment