10.5.06

Lagu Medley Merempitku

Semalam beli headphone siap microphone, malas nak cari lagu minus one atau karaoke. Tak sempat. Berjaya juga aku rakam suara untuk menyanyi sendiri. Dalam sehari aku siapkan video klip lagu. Dalam sehari aku jadi komposer, penyanyi, pengalun muzik, pengarah dan penerbit. Fuh... Dahsat. Mengkagumkan. kalau diberi masa lagi sempat aku buat album agaknya... Aku ada banyak idea... Tapi dia nak satu. Nak wat camne... Tetapi untuk tidak menghampakan dan menghiburkan semua. Aku bercadang mahu 'medley'kan lagu ni...

Kini, terimalah..... Lagu Medley Merempit

Aduh Merempit
(lagu ikut tune Aduh Saliha – Mawi)

Mana kepala ku
Hendak ku hentakkan
Keras kepalaku pada
Jalan yang rapuh
Laju sakan Karak ke Tumpat
Laju kejar tak sempat

Mana kelakian ku
Hendak ku taruhkan
Tagih selera ku
Pada kasih yang jatuh
Jatuh bukan badan yang calar
Jatuh nyawa dan lengan

Bertahun ku sudah berjaya
Tak mungkin dalam bahaya
Tagih ku bagai tak tahan
Kalau dilepaskan
Tika rempit di hurung lawan

Aduh merempit terbabas
Belum lagi tersedar
Yang ku mahukan sakan
Oh hanya lah suka
Sesudah bersalah barulah
Aku koma otakku tercalar
Kakiku tersedu
Oh...sakitnya
Makan berpalang

c/o
Hoi biarkan aku di tepi
Nahasnya kurasa
Peritnya aku berlumba

Hoi biarkan aku di tepi
Meratapi mati hidupku dah tak berguna

Hoi biarkan aku di tepi
Merasai sakit telah terasa
berlumba

Oooohh.. Merempit.
_________________________
Tragedi Merempit
(ikut tune Tragedi Oktober - Awie)

Tak insaf lagi aku
Walaupun dah berlaku
Celakaan menimpai diriku
Ku mahu rempit lagi
Buruan polis misteri

Mak bapak pun dah tak peduli
Ku mahu merempit lagi
Merempit dalam berjudi
Tragedi merempit

( korus )
Keinsafanku hanyalah mainan wayang
Wajarkah semua salahkan diriku
Bukan sengaja aku oh berbuat begitu
Bagiku kau adalah kawanku
Oh diriku…

Belum lagi ku cuba
Superman atas motormu
Berilah peluang matiku
Aku sanggup berjaga
Berhibur di kala muda
Kalauku insaflah gamaknya

Ku mahu merempit lagi
Merempit dalam berjudi
Tragedi Merempit

ulang korus

Keinsafanku hanyalah mainan wayang
Wajarkah semua salahkan diriku
Bukan sengaja aku oh berbuat begitu
Bagiku kau adalah kawanku
Oh diriku…
_________________________
Nyanyian Rempit
(ikut tune Nyanyian Serambi – Ramli Sarip)

Keluar pagi balik malam
Adakala sampai subuh
Cari fantasi jiwa tenang
Jati diri yang melayang
Oooo. Bertaubatlah

Jalan mana boleh saja
Aksi bagus bisa tagih
Bakat ini semulajadi
Ini hajat hati nurani
Oooo… Sedarilah

[Bridge]

Lama kucari aksi canggih
Gaya canggih untuk kekasih
Senang senang dok Jalan Imbi
Mendendang lagu basi
Tasbih konon ada di tangan

[Chorus]

Andai diriku wakil MASUM
Biar aku tersenyum
Jadi orang terulung
Biar dapat setimbun kalung
Kan ku tidak rempit pulun
Rahmat yang Maha Agung
___________________________
Warna Kerempitanku
(Ikut tune Warna kehidupanku – Yusri KRU)

Merah menyala oh lampumu
Deras pantas motorku
Bercelaru oh jiwaku
Bila tak pergi jauh
Derumanku menambah kebingitanmu

Petrol naik tak ku hiraukan
Asal rempit semalaman
Sekatan tidak aku gentar
Polis tahan aku langgar
Kematianmu menjana keangkuhanku

Sekali tak ku lepaskan
Tiap ada peluang,
Ayah tak pernah bising
Pandu tak ada lesen,
Emak tak pernah kisah
Walau ku ambil dadah,
Kutagih hanya satu
Ku menang dapat hadiah si 'Ayu'

Wheelie, superman, wikang juga
Ku buat semua gaya
Jalan sesak macam lengang
Ku pandu pandang belakang
Kelakuanku membangkit kemarahanmu

Walau sering kau buat sekatan
Tetapi aku masih tak dapat kau tahan
Demi rempit sanggup ku melawan
Memecut bak peluru,
Tentuku dapat nombor satu

Sangat sesak laluan
Samy besarkan jalan,
Aku sangat gembira
Tanpa ingatkan nyawa,

Gelap gelita pandangan
Selepasnya pelanggaran,
Satu pasti buatku,
Cedera atau mati katak di situ...

TERIMA KASIH

No comments: