Mee Bandung Muar. Kekadang jangan tertipu dengan tagline ni. Pinjam je tapi bukan yang ori punya. Kalau nak yang ori, anda boleh dapatkan di Senai nama tempat tu apa entah aku pun dah tak berapa ingatlah. Macam hilang ingatan ni. Taman Senai Utama kalau tak silap. Jalan nak ke Senai dari JB sebelah kiri. Semangkuk RM3 aje (2001). Sekarang mungkin naik kot. Ramuan dia guna aku rasa spesial la. Semua rasa kat lidah. Bahannya pun banyak yang dibubuhnya. Kerang ada, udang ada, telur ada, sayuran ada, fishball ada. Pendek kata, penuh lah satu mangkuk besar tu. Sedap beb... Terliur aku dibuatnya. Mmmphh... Kalau tak cukup kau boleh bungkus. Dihidangkan semasa masih panas lagi memang sedap. Pekena pulak ngan jus buah. Boleh terduduk... tapi kalau nak sedap lagi pergi Muar
Bagi sesiapa yang belum rasa pecal. Pergilah rasa. Perggh.. Sedap siut... Aku rasa sekali siap tambah lagi tapi malu sebab orang belanja. Kali kedua aku datang, aku makan lagi. Belikan isteri untuk dia rasa. Harganya RM2 saja semangkuk cuma. Sedap dibungkus dan sedap makan di sana. Aku cadang beli kat Medan Selera Tanjung Karang kat belakang deretan kedai Pasaraya Sakan. Kandungannya terdiri dari sayur-sayuran je. Ni masakan orang Jawa. Simple tapi rasanya menusuk ke sanubari dan menjilat jari. Tak terkata kelazatannya. Kuah kacangnya lain dari yang lain. Ada rasa pedas-pedas sikit tapi manis. Dah lah berkhasiat enak juga. Sedap plak tu. Kalau beli semangkuk pun dah kenyang agaknya. Tapi bagi yang tamak boleh beli untuk hidangan keluarga. Mesti keluarga kau akan minta lagi kau belikannya. Sesiapa yang vegetarian memang boleh makan menu ni. Apatahlagi yang jenis herbivor atau karnivor atau omnivor. Lagi lah boleh.
No comments:
Post a Comment