2.5.06

Cakap Kosong vs Cakap Penuh

Sebentar tadi aku baru berjumpa dengan Pengurus Kewangan syarikat merangkap isteri Bos. Lemah lembut cara dia bercakap. Sopan dan berbudi bahasa. Kekadang cakap bahasa Melayu diselang-selikan dengan Bahasa Inggeris. Aku tak mahu ulas panjang perbualan di bilik mesyuarat petang itu.

Ada beberapa cakap kosong atau cakap penuh yang berlaku di depan mata aku nak tulis kat sini antaranya ialah:

I dengar u nak letak jawatan, U dapat offer lecturer ke?
Takkanlah dia tak tahu sedangkan aku dah discuss dengan Bos sebelum ni. Ini menyindir ke saja buat mukaddimah ayat.

Kita tak pernah halang dan desak mana-mana staff kita yang berhenti kerja. Tapi sebelum berhenti kita nak pastikan dia lebih baik daripada di sini
Tapi ada pengalaman membuang staff begitu sahaja. Betul ke U pastikan. Bukankah itu semua ketentuan Tuhan.

Kita galakkan staff kita cari peluang lain sekiranya ada yang lebih baik. Esok kalau U ada phD U bagi kad tu pada orang-orang especially pejabat projek, baru diorang tahu…
kalau U galakkan sudah tentunya U akan carikan peluang mereka. Maknanya U boleh ambil sesuka dan buang sesuka hati aja.

Boleh tak U extend cuti U sampai hujung bulan… nanti kita gantilah cuti U dengan gaji. At least U dapat sikit pendapatan lebih untuk duit deposit rumah dan duit pindah
Buat apa aku nak extend cuti, aku cuti nak seatlekan banyak perkara. Nak minta keredhaan kedua orang tua dan perlu melalui zaman transisi sebelum ke tempat kerja baru

Kita cadang nak bagi U honeymoon dengan wife U, tapi U dah nak berhenti… tak sempat, tapi tak apa, selalunya kalau kita janji kita akan tunaikan
Kalau nak bagi jangan cakap aja, sila tunaikan apa yang ada dalam kepala. Jgn hanya lakaran di minda kosong

Macam staff lama kita ada bagi insentif, kalau tak bercuti, kita bagi wang ringgit…
Memang ada aku . Memang diakui. Tapi sampai bila aku nak mengharap kenaikan gaji yang tak setimpal dengan kerja.

U discuss dengan wife U samada boleh tak extend cuti sampai hujung bulan sebab makan masa juga nak cari orang replace tempat U… Kalau tak sampai hujung bulan pun sampai 20hb Mac, tapi kita kira hujung bulan jugaklah…
Ini ayat nak sedapkan hati, aku kata memang dah putus. Kalau anda bermasalah saya juga bermasalah. Kalau perlukan saya carilah saya dan telefon saya nanti

Ada juga antara staff kita yang dah berhenti, jumpa kita balik nak kerja.. tu la… masa dia berhenti dia tak nak bincang dengan kita…
Ini ayat ugut dan pujuk. Aku memang dah buat keputusan yang terbaik. Kalau aku datang semula sekalipun aku cuma singgah dan lalu saja.

Habis, wife U di sana tak kerjalah..Takpe, dia nak tak kalau buat part time dengan kita, U cakap kat dia. Contohnya macam editing ke, buat report ke. Kita pun ada buka E-Home di Cyberjaya. Saya juga selalau pergi Shah Alam
Saya bagi dia jaga urusan rumahtangga. Jaga anak. Idea ini memang bagus tapi implikasinya sangat mendukacitakan dan kurang memberangsangkan. Saya bukan minta gaji berganda tapi saya pinta keberkatan dan kepuasan kerja

Macamana dengan kerja lama. Dah habis dah… U cakap nak berhenti lewat sangat, tak apa nanti U cakap dengan Bos baru minta extend. Janganlah masuk 1hb, masuklah pertengahan bulan ke… Dia urgent tak nak guna U…?
Itu masalah anda. Urgent tak urgent saya memang akan mula kerja awal April. Tiada kompromi. Banyak urusannya nanti.

Tak apa, nanti saya cari ada lagi tak contact number masa lori tu angkut barang kami ke Cyberjaya, lori tu besar juga.. Eh, barang U banyak tak?
Selalunya dia cakap tiada apa tindakan susulan dan mendiamkan diri.

U pun dah ada keluarga, ada komitmen, umpama payung keluarga, janganlah nanti kita dengar hidup u susah pula, kita tak mahu
Doakanlah hidup staff U berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah memomokkan orang di hadapan anda.

U dah jumpa Bos, kenapa U tak datang jumpa I, kita tak dengar ok aje…
Buat apa nak jumpa Bos berulang kali nak bagi tahu aku resign. Waste my time. I want to say goodbye…Please

No comments: