30.5.06

Kes polis tutup fail dalam siri 999

Suara latar guna suara Mazidul: Satu kes yang memalukan. Berlaku di sini baru-baru ini. Semasa kejadian, satu tikaman lidah berlaku hingga mennganggu ketenteraman jiran dan mengundang tabiat yang begitu buruk. Saksikan.

Hello, boleh bercakap dengan En. Hazaki.
Ya, saya bercakap.
Saya Inspektor Alias dari Balai Polis cawangan Seremban. Encik kenal tak dengan Yakin?
Apa plak tak kenal, dia tu dulu kawan saya.
Oh bagus, En. Yakin telah buat laporan polis bahawa awak telah kacau ganggu rumah tangganya. Betul ke?
Hah! Saya tak pernah kacau rumah tangga orang.
Menurut Yakin awak cuba masuk campur urusan rumah tangganya. Kemudian awak bergaduh dengannya. Ishh. Buruk arrr...
Saya cuma tegur dia saje encik. Tak lebih dari itu.
Ok lah begini... Awak telefon dengan dia settlekan benda ni. Saya rimas lah nak handle kes macam ni. Boleh?
Sebenarnya encik, tu bukan rumah isteri dia. Isteri dia duduk rumah sewa yang dikongsi bersama dengan orang lain. Encik tak percaya encik tanya dia. Saya malas nak telefon dia sebab dia tu panas baran. Tak boleh ditegur. Baik encik telefon dia.
Ok. Kalau gitu saya akan teleon dia.

Keesokannya, encik Yakin menelefon encik Hazaki. Tetapi telefonnya tidak diangkat. Malas nak layan orang begitu katanya. Lantaklah... Susah aku dibuatnya. Tak tahulah sama ada mereka akan bertemu lagi atau bagaimana. Paling tidak mereka akan bertemu di satu tempat akhir nanti. Di ’padang’ agaknya atau di alam lain. Entahlah. Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

No comments: