11.7.07

Mesyuarat yang menjengkelkan II

Kalau kau rasa kau yakin dengan apa yang kau buat. Kau tak perlu gusar dan rasa takut-takut semasa kau bercakap dalam satu sidang mesyuarat, yang mejanya disusun seperti kelas bilik darjah mahu belajar objektif kemampanan. Kau susun balik itu. Adakah kau yakin? Walaupun dalam mesyuarat itu ada yang berpangkat lebih tinggi dari kau, pengarah misalnya atau lebih pandai dari kau, doktor falsafah misalnya. Buat apa kau nak takut. Tak semestinya dia pengarah, dia lebih pandai dari kau. Tak semstinya dia punya PhD lebih pandai dari kau. Kadang-kadang dia lebih bodoh dari kau. Kerana dia sendiri menunjukkan kebodohannya itu tanpa dia sendiri sedari dalam mesyuarat yang sebelumnya disusun seperti bilik darjah pada awalnya.

Misalnya, dia menanyakan kepada kau. "Eh, kenapa objektif kemampanan U banyak sangat? Saya khuatir dan risaulah. banyak sangat ni!" Lalu kau malas nak menjawab kerana kau tahu apa jawapan yang kau beri sekalipun tetap akan dia bidas. Kau pun rasa malas nak berdebat dengannya. Lalu kau bagi kata laluan padanya. Tapi, tidakkah itu telah menunjukkan kebodohannya sendiri. Alahai, janganlah begitu! Objektif kemampanan tidak sama dengan obejektif pembangunan sayang! Lebih banyak objektif kemampanan lebih baguslah kerana setiap strategi dan cadangan yang kau buat nanti akan disilang dengan pencapaian objektif kemampanan yang kau bentuk itu.

Sekiranya kau kurangkan objektif kemampanan di awal-awal lagi maka ada kemungkinan cadangan yang kau bentuk nanti tidak mengambilkira ke arah penyelesaian isu strategik yang kau mahu. Contohnya, objektif kemampanan kau adalah untuk mengurangkan masalah pencemaran air di kawasan kajian. Katalah, kau buang objektif ini. Sudahnya, cadangan kau nanti tak timbul langkah-langkah untuk mengurangkan masalah pencemaran air. Kemudian, kau disokong dengan rakan perunding yang lain. Objektif ini dah kira okey berbanding tempat lain yang saya pernah alami. Kuala Lumpur misalnya ada tiga puluh lapan ratus objektif kemampanan (mahu menggambarkan bilangan yang banyak). Jadi, asas pembentukan objektif kemampanan adalah berdasarkan isu yang kau kemukakan. Ingat! kuantiti objektif barangkali tidak perlu dipersoalkan tapi adakah objektif itu boleh dicapai yang lebih penting.

2 comments:

Anonymous said...

Awak cerita pada Dr D**** ke? Awak nampak sombong. Suka perkecil kebolehan orang lain. Tidak ambil secara positif. Orang tua-tua kata... BODOH SOMBONG.

jagoan said...

Anonymous,
Tolong jangan bersikap prejudis dan berprasangka dengan mengaitkan nama-nama khusus.
Sesungguhnya, saya tidak pernah mengaitkan sesiapa dalam entri ini kecuali ada yang terasa. Sedangkan saya tak berniat langsung. Please! :)