Di mesyuarat yang menjengkelkan itu ada khabar-khabar angin yang bertiup kencang membawa berita bahawa laporan yang dibawa ke mesyuarat itu tidak 'genuine'. Dituduhnya, perunding mempalagiat perunding yang satu lagi. Manakala perunding yang satu lagi sibuk membisik-bisikkan suara emas ke telinga pengerusi mesyuarat wanita itu. Mengadu domba yang konon-kononnya dialah yang terbaik dalam pendekatan baru yang dikatakan 'trial & error' itu. Sedang pendekatan baru cuba menggunapakai tema. Di mesyuarat yang menjengkelkan itu kita tak mahu mengguna tema. Kan kita menggunakan teras! Paham apa itu teras!
Di mesyuarat yang menjengkelkan itu juga, jabatan X sibuk mahu mencuri beberapa laporan yang dicetak untuk jabatan-jabatan yang tidak hadir dan terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Berapa banyak salinan dia mahu? Barangkali dia mahu simpan di rak pusat sumber jabatannya untuk dijadikan bahan bersejarah. Atau barangkali dia mahu meberi kepada anaknya untuk dibaca.
Pengerusi mesyuarat itu bertanya, kenapa guna isu strategik kenapa tidak guna isu-isu, masalah dan potensi. Lalu, seorang lelaki kacak menjawab kita guna isu strategik kerana ia satu polisi yang fundemenatal atau cabaran kritikal yang perlu dikenalpasti untuk mencapai matlamat yang kita kehendaki. Apa guna kita kita bentuk matlamat & objektif kajian. Tidak semua isu kita ambilkira. Takkanlah isu paip pecah pun kita nak selesaikan. Lalu, kita namakan strategik isu kerana ia menjadi asas untuk pembentukan strategi. Jadi, strategik isu ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu isu kritikal dan isu strategik. Maka ternganga pengerusi wanita itu.
Isu kritikal adalah isu yang penting manakala isu yang strategik adalah isu yang bukan saja penting tetapi memikir kehadapan (forward thinking) dan mengambilkira peluang dan potensi semasa. "Nasib baiklah saya tak masukkan kajian ini untuk kajian yang boleh didahulukan pembayarannya." Itulah kata-kata akhir pengerusi wanita itu, lalu beredar. Yang pasti petang itu, aku kurang selera makan. Habis juga dua pinggan mihun.
3 comments:
wei encik saifuddin..cara ko menjawab tu ada asasnya gak.. jadi? adakah mereka menerima jawapan ko tu? lagi satu.. kalo ko tak selera makan sape yg makan 2 pinggan mihun tu? hantu raya ko ek? hik hik..
Awak ini mengutuk Puan Za**** ke? Jangan suka mengutuk orang, gaji awak dibayar dari projek kerajaan. Tak ada projek kerajaan firm awak pasti gulung tikar. Siapa nak bagi makan minum isteri dan anak awak? Awak insan yang tak tahu bersyukur. Nasib baik awak kerja disektor awam... nanti jabatan yang awak kerja kata awak SOMBONG DAN BERLAGAK.
Sekurang-kurangnya Puan Z tu dah jadi pengarah.
Anonymous...
Tolong jangan menuduh dan mengaitkan dengan mana-mana nama spesifik tanpa mengetahui cerita yang sebenar. Zalim sungguh mengata orang tak tahu bersyukur.
Post a Comment