Tiga perempat fiksyen.
Ini kisah mengenai seorang janda kehausan, Erni. Beliau masih muda. Punya potongan badan yang cantik. Menggiurkan! Bibir merekah delima. Paha gebu mulus. Baru sahaja kematian suami akibat kemalangan jalan raya. Sejak kematian suaminya, dia sentiasa diusik oleh para jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Erni tidak pernah melayan. Hatinya masih lagi merindui arwah suaminya. Walaupun hatinya terasa begitu sepi, kegersangan dan kehausan tetap ditahan. Lebih-lebih lagi di kala malam tiba. Selalunya malam-malam begini, kelopaknya basah. Jari-jemarinya menjalar. Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu. Bermasturbasi sendiri orang pun tak tahu.
Pada satu malam yang sepi. Pak Mat jual topi. Beliau bangun dari katilnya. Entah kenapa. Badannya terasa begitu panas. Kehausannya pula makin terasa. Sudah lama dia tidak berguling-guling di katilnya. Bajunya dilucutkan satu-persatu. Malam itu dia memakai bra dan panties saja. Branya merah menyala ada kancing cangkuk di belakang. Juga ropol menghiasi di depan. Pantiesnya hitam gelap polos. Ada ropol menghiasi di bahagian pinggang. Bebayang di dinding biliknya kelihatan dia seolah-olah bertelanjang bulat. Fuh..., tak boleh tahan! Dia dah mula berfantasi sambil menari-nari mengalun irama seksi. Rambutnya dilepas mengurai.
Kemudian. Diramas-ramas perlahan bahagian dadanya. Sambil mengangkangkan pahanya. Di pembaringan keenakan. Erangan suaranya mula kedengaran. Alahai.. Dia memang dah tak tertahan. Aduhai.., dia hampir berejakulasi. Uhh.. Celahan pahanya mula menerbitkan cecair. Mulutnya terbuka luas. Lalu, dia bangun dan keluar dari bilik. Dalam keadaan separa bogel. Menuju ke dapur. Ah! Aku kehausan, getus hatinya.
Di dapur, dia mencapai sebotol minuman sejuk 100 Plus. Dari perut peti sejuk. Menuang ke dalam cawan lalu meminumnya. Setelah meminumnya, dia kembali ke dalam bilik.
Ahhh.. Lega rasanya! Dia tidur semula. Menyelimuti tubuhnya.
Itulah kisah seorang janda yang kehausan.
Wah! Sepenuh hati kau membacanya. Ha ha ha. Minumlah 100 Plus. Sekarang musim denggi.
.
nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
29.5.07
28.5.07
Kancing kutangnya
Cerita ini separa fiksyen.
Di suatu kawasan pedalaman. Texas. Seorang penternak berjaya. Memiliki ladang ternak yang luas, telah meninggal dunia. Meninggalkan seorang balu masih muda dan cantik, namanya Maria Fenado. Kulitnya putih mulus. Bibirnya merekah. Maria membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam blognya untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji lumayan dan sebuah bilik di rumahnya. Memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian, ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Maria terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Maria memilih si gay, bernama John Duan untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. John Duan telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak. Gembiralah si Maria ni tadi, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..."
Bergembiralah John Duan pada suatu malam minggu, pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, John Duan tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John Duan pulang ke rumah. Sampai ke rumah, didapati Maria sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Maria. John Duan dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku." John Duan buat, perlahan sekali.
"Buka, stokinku.." Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirtku." Dia buat juga.
"Sekarang buka sarung kutangku. "Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh. Membuka kancing kutang itu.
"Sekarang, buka seluar katukku..." Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya. Kemudian, Maria memandang John Duan,
"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot!"

18.5.07
Panggilan pulang
Dalam aku berjalan-jalan menuju ke kedai makan. Aku terserempak dengan sekumpulan orang yang turun dari pejabatnya. Sebenarnya, bukan ini yang aku mahu cerita.
Semasa pulang dari kerja. Ada benda yang terbayang-bayang di kepala. Aku terlupa sesuatu ka untuk dibawa pulang? Atau aku tertinggal sesuatu di pejabat. Setibanya aku di rumah. Ops! Sebenarnya, bukan ini yang aku mahu cerita.
Dalam satu mesyuarat ringkas. Aku duduk bersebelahan dengan tuan pengerusi. Maklumlah senang sikit aku nak bagitau tuan pengerusi jika terdapat sebarang apa-apa yang boleh dicatatkan. "Eh, kau jemput semua ke untuk hadir?" dia. "Mana ada aku jemput, sektor yang penting saja aku jemput." Pap! Habis apsal tu ramai yang datang. Woi! Itu bukanlah. Orang lain. Aduh! Kau salah tengok kerana kau tersalah masuk bilik mesyaurat! Sebenarnya, bukan ini yang aku mahu cerita.
Begini. "Ibu, ibu. Ayah mana?" kata Fiqah. "Ibu, ibu ayah mana?" dia kata lagi. Diam. "Ibu, ibu. Ayah mana?" kata dia lagi. Itulah dia kata sepanjang berulang kali sepanjang ayahnya tiada. Fiqah, ayah akan menjenguk dan mengambil kalian semua untuk pulang. Tunggu ye kepulangan ayah. Patutlah ayah rindu benar dengan kalian di sana. Ayah dipanggil untuk pulang dan kalian akan menerima panggilan pulang. Sebenarnya, inilah yang aku mahu sampaikan.

16.5.07
Raba
Aku kasihan. Aku kasihan melihat pelajar praktikal kerana duduk berpraktikal di tempat aku (maksud aku pejabat!) tak ada kerja dan melanguk tak tentu hala. Lalu aku cakap kat mereka (bayangkan ada 3 orang!)
"Kau orang nak kerja tak? Ni ada kerja padam tulisan kat kertas ni."
Mereka angguk.
"Korang ambil raba dan boleh mulakan rabaan sampai siap. Hari ini korang boleh tulis dalam buku log korang begini: Meraba contengan di atas kertas."
Ha ha ha...InsyaAllah buku log penuh!

15.5.07
sebatang kara
Satu malam. Aku ke gerai hendak makan kerana perutku terasa lapar. Lalu, aku mengajak kawan aku keluar sekali untuk makan dengan menghantar SMS kepadanya. Sekurang-kurangnya ada teman untuk bicara sambil makan. Baru seronok. Baru selera!
Malam itu. Teman aku tiada. Dia kata dia demam sebab main hujan. Aku makan keseorangan. Alahai! bodohnya rasa makan sorang-sorang. Orang keliling semua tengok aku makan sendirian. Aku peduli apa! Walau terasa bodoh, aku yang bayar! bukan aku mintak duit mereka. Alahai! kalau aku bungkus sekalipun tetap aku makan sorang-sorang juga. Sungguh sepi hidup ini tanpa teman kan? Percayalah! Bilalah hidup sebatang kara akan berakhir. *sob* *seb* *sob* *seb*. Tak perlu aku menangis. Ha ha ha...!

14.5.07
Susul (3)
"Kak, tolong cuci negatif gambar ukuran passport ni.." aku
"Mana? Zu, ni boleh cuci lagi ke?" gadis gempal itu yang pipinya tebal
"Eh, tak boleh dah ni..Negatif lama!" gadis kurus itu yang pinggangnya slim
"Kenapa plak?" aku
"Out of date dah. Dah tak ensem bang! Lebih bagus buat baru..." gadis kurus itu yang pinggangnya slim.
"Okeylah, ukuran passport. Bape minit boleh siap?" aku
"10 minit je." gadis gempal itu yang pipinya tebal.
10 minit selepas.
"Dah siap gambar saya?" aku
"Dah bang! Baru tambah sikit ensem." gadis kurus itu yang pinggangnya slim.
"Sikit je. Hehe. Berapa hinggit?"
"RM12 je bang!" gadis kurus itu yang pinggangnya slim.
"Terima kasih ye." aku
"Sama..." gadis kurus itu yang pinggangnya slim dan gadis gempal itu yang pipinya tebal jawab serentak
"Ensem jugak aku ni" aku memuji diri sendiri di dalam hati untuk menyedapkan hati sendiri.
Kita patut puji kejadian Tuhan. Dan kita harus puji juga yang jaga kaunter dengan senyum dan melayan pelanggan dengan ceria.
Susul (2)
Sudahnya, pada 10 Mei 2007, aku menerima panggilan dari adik di Johor Bahru menyatakan ada surat dari KHEDN yang menyatakan agar pemohon dapat menghadirkan pada 10 Mei 2007 jam 10 pagi berjumpa dengan pegawai dinamakan. Pap! Adik aku telefon jam 10 malam. Aduh! Lagipun ibu (pemohon) tiada selama empat hari kerana menghadiri majlis konvo adik di Kota Bahru.
Pada 11 Mei 2007, aku menelefon En. Hanif dan menyatakan bahawa pemohon tidak dapat hadir. Jadi, aku membuat temujanji dengan En, Hanif untuk mewakilkan ibu bagi menghadiri berjumpa dengan En. Hanif.
Pada 14 Mei 2007, aku ke pejabat En. Hanif. Jam 10 pagi aku tiba di biliknya.
Tok! (daun pintu diketuk berkali-kali, memberi salam.).
Asslamualaikum. Encik Hanif. Saya Saifuddin anak kepada pemohon, yang telefon encik sebentar tadi.
Oh ya. W'salam. Silakan duduk. (sambil tersenyum)
Aku duduk. Encik Hanif duduk.
Awak tahu apa tujuan saya panggil ke mari?
Adakah pasal mengenai status permohonan saya?
Rasa-rasa awak macamana keputusan tu? Di sini, ada dua je keputusan samada awak lulus atau ditolak.
Saya mengharapkan sesuatu yang positiflah kiranya. Dah lama saya menunggu ini ibarat satu anugerah yang tertinggi dari pihak Kerajaan Malaysia. Saya benar-benar berharap agar inilah saat yang saya nantikan. (dada berdegup kencang)
(Perempuan masuk membawa surat diserahkan kepada En. Hanif.)
Awak anak angkat pemohon kan?
Ishk. Saya anak kandungnya. Apa pula anak angkat! (sedikit terkejut dan gubra)
Oh sorry, saya ingat permohonan perkara 15(b). Ermm.. Saya silap.
En. Hanif seingat saya permohonan perkara 15 (2) menggunakan borang B. Ya, saya pasti.
Ibu saya tak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya mewakilkannya. Lagipun ini untuk saya juga. Tak salahkan En. Hanif?
Errm, takde masalah. Jadi, inilah surat keputusan dari kerajaan. Memang positif. Permohonan ini diluluskan.
Alhamdulillah, sekian lama saya menunggu. Bersyukur saya. Terima kasih! Say gembira hari ini mendengar berita ini.
Saya di pihak kementerian ingin mengucapkan tahniah. Sebenarnya, kami panggil pada 10 Mei 2007 tempohari untuk meraikan ini. Adalah buat ceremony sikit untuk mereka yang berjaya. Tapi, mungkin surat lambat atau tak dapat hadir. Tak dapatlah. So, kita berjumpa sini saja. Saya harap, awak tidak menyalah gunakan status ini dan dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.
Saya memang sudah bertekad ke arah itu En. Hanif. Sebagai warganegara yang saya dapat ini saya rasa ianya amat bernilai dan saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin.
Eloklah kalau begitu. Awak asal mana ye?
Saya lahir di Riau, asal Bawean. Sebut boyan. Keturunan boyan. Boyan pun boyanlah janji rock! Hahaha.
Jauh juga Riau dengan kepulauan bawean tu.
Jauh tak jauh la. Keluarga saya jenis orang merantau. Saya anak perantauan. Biasa hidup susah. Survival. Dari pulau melompat ke pulau terus ke Singapura terus ke K. Lumpur turun ke Johor Bahru. Bukan jalan haram. Jalan sah! (aku bergurau...)
Saya lihat, masyarakat Boyan ni kukuh juga. Mereka lebih hebat jika dibandingkan dengan orang tempatan dari segi ekonomi, pendidikan dan agama. Saya akui. Sedang mereka berstatus PR begitu hebat, apatah lagi diberi hak keistimewaan warganegara sudah tentunya luar biasa hebat! Begitu juga Kemboja. Kita bukan sebarangan bagi status ini. Kita ada control dan selected. So, awak terpilih setelah ditapis. Bukan senang.
Lalu aku menceritakan sedikit latar belakang dan pengalaman hidup selama bergelar PR. Payah dan getirnya hanya Tuhan saja yang tahu. Cerita ini pernah disiarkan dalam entri yang bertajuk bukan kupinta (ada lima siri) dan mak, pengorbananmu tetap kusanjung. Ada lagi kisah menyayat hati yang aku tak siarkan di sini.
Aku rasa warganegara lebih berharga dan aku bertekad perlu menyumbang bakti mengharumkan nama negara. Mungkin kau tak rasa. Sebab kau lahir-lahir sudah sediakala mendapat status warganegara. Aku dah merasanya. Aku dah melaluinya membuatkan aku lebih menghargainya. Aku harap kau juga perlu menghargainya...
Terima kasih Kerajaan Malaysia dan Pak Lah! Aku menadah tangan tanda syukur.
Bersalaman meninggalkan bilik En. Hanif kerana ada urusan seterusnya yang perlu diselesaikan.
Aku membelek dan membaca berkali-kali surat itu.
Puan,
PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA DI BAWAH PERKARA 15(2) PERLEMBAGAAN BAGI : SAIFUDDIN BIN MARSUK
Adalah saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah meluluskan permohonan puan seperti di atas.
2. Kementerian ini mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas penganugerahan ini dan berharap ianya dihargai dengan anak puan menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dan menabur bakti kepada negara kita.
3. Puan diminta menghubungi pihak Pendaftar Besar Warganegara untuk tindakan seterusnya.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
TAN SRI DATO' SERI ASEH BIN HAJI CHE MAT
Ketua Setiausaha
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
s.k Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara,
Aras 1, Lot 2G5, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA

13.5.07
Susul (1)
Berikut merupakan surat yang dihantar kepada KHEDN, merupakan surat kali ketiga dihantar selepas disusul melalui telefon berkali-kali. Dan tiga atau empat pertukaran menteri sepanjang menunggu maklum-balas. Akhirnya, penantian hampir 10 tahun (1997-2007) memberi warna cerah dan mencorak hati yang girang kepada anak pemohon. Berikut adalah surat yang dihantar pada awal tahun memasuki ambang tahun 2007.
Saifuddin bin Marsuk
No. 26, Jln Bayan 64,
Taman Megah Ria,
81750 Masai, Johor
Tel : 07-3316675
Hp : 014-2608074
Tarikh : 19 Januari 2007
__________________________________
Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad
Menteri
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Blok D2, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA
Datuk,
STATUS PERMOHONAN MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA
- Rayuan pertimbangan untuk menyegerakan permohonan
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya telah memohon untuk mendapatkan status Warganegara Malaysia pada 24 Oktober 1997 dengan nombor rujukan JPN: WN: 163 / 3 (B) / 10 / 1855. Kini, taraf kewarganegaraan saya adalah Penduduk Tetap (PR). Oleh sebab ketika itu saya berumur di bawah 18 tahun, saya dikehendaki mengisi borang B sepertimana mengikut prosedur yang ditetapkan. Saya memohon dengan bersandarkan kepada nama ibu (Hindun Hj. Mimfari) kerana semasa memasuki Malaysia, Permit Masuk ibu digandingkan bersama anak.
3. Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), borang permohonan saya berada di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bahagian kewarganegaraan dengan nombor rujukan KDN (S) 158 / 560 / 2 / 2-17960 yang telah dihantar pada tahun 2001 oleh JPN. Beberapa kali saya cuba susul melalui telefon namun jawapan yang saya terima adalah “bersabar”, “sudah di peringkat akhir” dan “menunggu kelulusan Menteri”.
4. Datuk, saya sering tertanya mengapa sungguh rumit untuk mendapatkan kelulusan sedangkan kedua ibu-bapa saya adalah Warganegara Malaysia manakala keempat-empat adik-beradik saya juga merupakan Warganegara Malaysia. Kesemuanya juga telah melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tempatan Awam (IPTA) tempatan. Dua orang daripadanya mendapat biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya juga mengerti kelulusan ini adalah anugerah yang tertinggi bagi bukan warganegara dan ianya memerlukan penelitian yang rapi dan teliti.
5. Untuk pengetahuan Datuk, saya telah menetap di Malaysia selama 28 tahun. Daripada mendapat pendidikan awal sehingga saya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B. Urban & Regional Planning) dan Sarjana Sains (Masters). Di IPTA saya tidak layak memohon pinjaman JPA tetapi layak mendapat pinjaman PTPTN semasa pengajian memasuki tahun 4 (tahun 2000) yang mana ketika itu, PTPTN baru diperkenalkan. Pihak universiti juga menjadi bingung kadar yuran yang harus dikenakan ke atas saya apabila saya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sains (Masters). Akhirnya, saya dikenakan bayaran yuran yang setara dengan pelajar luar negeri (foreign student) untuk semester pertama. Setelah membuat rayuan, pihak universiti mempertimbangkan untuk sama kadar dengan pelajar tempatan. Sedangkan saya dan keluarga saya tinggal di Malaysia.
6. Masalah status kewarganegaraan saya ini amat merumitkan perjalanan hidup saya. Semasa di sekolah rendah, saya tidak dibenarkan untuk mewakili sehingga ke peringkat negeri dalam sukan hoki dan pertandingan tilawah al-Quran. Semasa di sekolah menengah, saya pernah ditendang semula ke sekolah lama dari Sekolah Menengah Teknik kerana disebabkan status kewarganegaraan dan kesilapan teknikal semasa memproses borang oleh pihak atasan, walaupun pada ketika itu saya telah membayar yuran dan mengikuti kelas selama seminggu. Saya malu dan kecewa. Saya sering di kata sebagai ‘Pendatang Haram’ semasa di sekolah.
7. Semasa hendak menikah, timbul lagi masalah yang mana saya terpaksa menikah di tempat saya (di mana lelaki bermastatutin) sepertimana yang ditetapkan oleh pekeliling dan prosedur Jabatan Agama Johor. Namun, masalah ini saya dapat selesaikannya satu-persatu secara bijaksana. Saya redha. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Namun begitu, pada hemat saya, adalah sesuatu yang rugi kepada Malaysia sekiranya manusia yang berpotensi seperti saya tidak dapat menyumbangkan buah fikiran, idea dan intelektualnya kepada pihak kerajaan. Sesungguhnya di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung. Sekiranya potensi yang ada ini digilap, nescaya suatu hari nanti, saya bakal akan mengharumkan nama negara.
8. Sehingga kini, saya masih gusar, buntu dan runsing memikirkan mengapa permohonan saya masih belum diluluskan dan kurang mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Datuk, saya yakin sudah memenuhi segala syarat asas yang ditetapkan bagi mendapatkan taraf warganegara. Saya berkelakuan baik dan tiada rekod jenayah. Saya sudah menetap lama di Malaysia tercinta. Saya mempunyai komitmen yang tinggi dan telah berakar umbi di negara ini. Saya memahami bahasa, budaya dan memenuhi kehendak Negara. Saya sudah menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara. Saya juga taat dan setia kepada Negara yang tidak berbelah bahagi. Saya juga memahami bahawa bukan mudah untuk memberi kelulusan kewarganegaraan seseorang. Ia memerlukan penelitian dari pelbagai aspek dan pemohon bebas dari jenayah. Saya yakin sepanjang saya menetap di Malaysia tiada sebarang jenayah saya lakukan.
9. Kini, saya sudah berumahtangga dengan seorang Warganegara Malaysia dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya khuatir, disebabkan status kewargenegaraan saya menjadi masalah dan beban pula kepada persekolahan anak saya. Saya tidak mahu, perjalanan hidup saya menjadi lebih sukar lagi kerana masalah yang sekelumit ini. Walaupun saya boleh bekerja di bidang swasta, namun saya kehilangan hak mengundi untuk memilih pemimpin sekalipun tinggal di Malaysia. Saya bingung memikirkan masalah yang bakal saya hadapi ini. Kini, diri ini rasa terpinggir dan tersisih kerana igauan lalu, walaupun sudah lama menetap di bumi Malaysia. Tidak mampu untuk menanggung derita ini lagi.
10. Saya merayu kepada Datuk untuk mempertimbangkan supaya permohonan ini dapat disegerakan dan seterusnya meluluskan permohonan taraf kewarganegaraan saya. Perhatian yang sewajarnya daripada Datuk didahului dengan jutaan terima kasih. Hal ini adalah untuk demi masa depan saya dan keluarga saya yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di bumi bertuah lagi nan permai ini. Keranamu Malaysia.
Sekian, terima kasih
Yang Benar,
...............................................
(SAIFUDDIN BIN MARSUK)
Anak kepada pemohon
s.k
1. Pengarah,
Ibu Pejabat,
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Lot 2G5, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 W.P. Putrajaya
(Dato’ Mohd Abdul Halim Muhammad)
2. Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

8.5.07
teknolojik
Dengan teknologi yang berkembang pesat, memungkinkan seseorang itu dapat membuat kerja dengan lebih efektif dan pantas. Kini, kau tak perlu beratur di mana-mana kaunter pembayaran bil kerana ada perkhidmatan secara online. Ianya sungguh cepat dan mudah! Tidak ketinggalan juga, teknologi SMS membolehkan kau memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain atau urusan transaksi dalam negeri.
Susah ada jentera perang yang direka khas dan boleh bergerak di darat, udara dan air. Apabila di darat dia umpama kereta kebal. Apabila di air dia umpama kapal. Dan apabila di udara dia umpama kapal terbang.
Dengan teknologi juga, memungkinkan kau tak perlu ke pejabat setiap hari kerana kau boleh buat kerja dari rumah. Di negara barat, benda ini dipanggil SOHO (Small Office Home Office). Jadi, dalam seminggu kau hanya datang satu atau dua kali ke pejabat. Atau tak perlu datang langsung sehingga kerja kau siap. Jadi, dengan alasan ini juga aku tak perlu datang ke pejabat sebab kepala ada pening-pening dan denyut-denyut. Lagipun di rumah boleh buat kerja kerana dibekalkan komputer riba dengan teknologi wi-fi berserta telefon bimbit dengan kemudahan 3G. Tapi, bila aku tak ada di pejabat bos pasti cari aku. Tak senang duduk dibuatnya.
Sekian, aku sibuk.

Subscribe to:
Posts (Atom)