Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan rahmat dan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di dewan yang mulia ini.
Kalau saya jadi PM ada beberapa paradigma baru dan pembaharuan drastik yang saya lakukan mengikut keutamaan. Dengan syarat saya juga Menteri Kewangan dan merangkap Menteri Dalam Negeri.
Oleh sebab saya PM, saya mewakili golongan Bumiputera. Melayu. Islam. Saya lebih suka mulakan dengan rangka strategik negara terlebih dahulu baru atasi isu-isu di peringkat tempatan. Sebab apa? Sebab rangka strategik ini penting dalam memacu negara dan halatuju penduduk khususnya kaum Bumiputera yang perlu diberi perhatian khusus. Saya akan bentuk jentera pentadbiran ampuh yang benar-benar bebas dari rasuah, birokrasi dan yang seumpamanya hingga ke akar umbi. Tak percaya? Kita lihat nanti. Jika rasuah masih diamalkan, saya tak mahu ia duduk dalam jentera barisan kabinet saya. Nyah kau boleh blah. Saya mahukan ketulusan dan ketelusan. Say ikhlas ni...
Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian,
Saya akan gubal dasar yang berpaksikan kepada boleh diimplimentasi, lebih praktikal dan mudah. Bukan No Action Talk Only (NATO). cakap ini kena bikin. Saya tak mahu juga cantik saja di atas kertas tapi perlu laksana di atas tapak. Teras dasar ini akan menjadi nadi dan tunjang kepada matlamat negara yang saya perintah. Sebelum itu, saya mahukan Hukum Hudud ditegakkan. Paling tidak perlu memberitahu rakyat, hukum ini akan dilaksanakan suatu hari nanti. Demi menjamin kesejahteraan dan keamananan rakyat. Masyarakat majmuk bukan alasan konkrit untuk laksana. Saya bimbang negara kita yang semakin bertambah kadar jenayahnya. Dengan dadahnya, bunuh, rogol, ragut, rompak, pelacuran dan sebagainya. Saya mahukan negara kita aman seaman-amannya.
Teras dasar yang saya maksudkan akan dibincang dengan pendekatan demokrasi terpimpin dan bermesyuarah. Hindarkan amalan diktator dan pemerintahan kuku besi. Perincian teras dasar itu nanti saya akan serah pada jentera pentadbiran yang dimaksudkan tadi. Letakkan kepercayaan, keyakinan dan harapan untuk dilaksana dan saya memantau hingga ke akar umbi. Ini saya cakap bukan main-main. Ini betul-betul. Tapi saya mahukan perubahan sikap penduduk Peribumi.
Sekarang negara dah memasuki pintu RMK9. Ada perkara-perkara yang masih tak kena walaupun dah sekian lama merdeka. Bukan saya salahkan Perdana Menteri terdahulu cuma saya bengang keadaan itu. Adakah 30 peratus ekuiti Bumiputera sudah tercapai? Mengikut kajian, pemilikan ekuiti korporat di kalangan bumiputera masih di tahap yang sama semenjak 1990, iaitu sekitar 19%. Malah, menurut suatu kajian akademik yang dilakukan, 8% dari jumlah ekuiti negara ataupun 50% dari ekuiti milik Bumiputera sebenarnya dipegang oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan parti pemerintah. Ini bukan saya cakap tapi cuma menyampaikan dari hasil kajian. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa lain sedangkan jurangnya amat jauh. Tindakannya, bagilah subsidi dan hak istimewa kepada mereka untuk merapatkan jurang itu. Baru boleh bersaing. Saya akan lakukan. Mengapa isu air dengan Singapura masih dok takuk tu aja? Banyak lagi isu yang perlu saya selesaikan. Saya kena proaktif dalam semua hal. Sama-samalah kita perjuangkan ini.
Untuk itu, saya akan pastikan penggubalan dasar harus ada penekanan elemen-elemen yang disebutkan tadi. Berorientasikan penyelesaian masalah. Apa nak risau saya juga Menteri Kewangan. Dasar yang saya maksudkan contohnya merapatkan jurang ketidaksamaan sosio-ekonomi di antara penduduk dan antara wilayah. Benda ni kritikal. Tindakan segera perlu dilakukan bukan tunggu sampai bulan mengambang. Galakkan pembangunan di kawasan luar bandar sebab ramai penduduk luar bandar adalah penduduk Melayu. Inilah caranya. Kalau nak suntik pembangunan bukannya dengan Projek Mega yang pelaburannya entah ke mana. Membazir. Berapa kali Pusat konvensyen Putrajaya yang gah itu digunakan untuk tujuan antarabangsa dalam setahun. Apa jadi dengan projek Multimedia Super Corridor? Takkan nak tunggu dibiarkan tumbuh lalang. I must do something... Hah, ni dah cakap orang putih payah lah. Baiklah, basmi kemiskinan dengan keutamaan penduduk luar bandar. Saya tak akan membantu negara lain selagi negara dibelenggu kemiskinan dan ada lagi yang makan siput babi dan batu. Jika nak bangunkan kawasan luar bandar dengan pertanian buatlah dengan bersungguh. Jangan duduk melopong. Macam Negara New Zealand mengapa sektor pertaniannya memberangsangkan. Walaupun lebih banyak kambing dari orang tapi masih ada Universiti ‘World Class’. Mari kita renungkan lakukan perubahan.
Tuan speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian,
Saya tak mahu banyak universiti yang bertunjang politik. Saya mahu graduan kualiti yang bersesuain dengan pasaran kerja. Setiap universiti perlu mendukung kepakaran khusus bukan main longgok bersaing untuk tarik pelajar sebagai aset bisnes. Contohnya, UPM. Kalau fokus kepada pertanian kekalkan pengkhususan yang melibatkan pertanian termasuk R&D dan bioteknologi di UPM kursus-kursus lain hanya sampingan. Satu universiti satu kekuatan R&D.
Akhir sekali, saya amat yakin bahawa segala apa yang saya sebutkan tadi akan dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bantuan jentera pentadbiran yang saya idamkan. Marilah kita membuat iltizam baru dan anjakan paradigma dalam semua aspek pemikiran dan budaya kerja ke arah untuk mencapai kesejahteraan rakyat jelata dan kemajuan serta kemakmuran negeri kita yang tercinta ini. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya kepada kita semua dan sentiasa melindungi kita agar dapat terus hidup aman dan harmoni. Terima kasih.
3 comments:
uhhhh.... dah siap text ucapan sbg PM... bila nak jadi Pm ni????
salam..bile nk masuk calon? tak kn sediakan teks je kot? tak sabar nk undi ni..huhu
hmm PM skrg ni kata bekas PM sbg "ketua yg keliru."
sbb tu bekas PM pun hentam shj kerajaan skrg ni, walhal masa dia jadi PM dia x sedar.
PM dulu, PM kini, PM akan datang?
harap2 PM dulu = PM Kini tak sama dgn PM akan datang. Klu tiga2 sama, alamatnya kesianlah lagi rakyat M'sia.
Post a Comment