14.9.09

Berita Minggu

"Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Apakah gerangan patik dipanggil menghadap pada pagi-pagi hari Ahad jua?"

"Dato’ Bandar berkerut, Cett.. Sejak bila tuan hamba bekerja pada hari Ahad?"



.

11.9.09

Istana Hungga Machester (Part IV)

”Sahaya rasa Datuk, tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah lebih kepada usaha-usaha pemantauan pembangunan di kawasan Machester bukan untuk kuasa bersidang atau melulus lukisan pelan reban ayam mahupun reban itik-angsa. Selain memantau kemungkinan ia juga merekod bentuk-bentuk pembangunan yang harus digalakkan di Machester. La ni dah ada Musyawarah Peringkat Dewa, maka dengan sendirinya kerja itu bertukar tangan” Dato’ Bentara Luar mendapat ide untuk berhujah.

”Kalu lagu tu, Musyawarah Peringkat Dewa perlu diadakan dua puluh kali dalam sepurnama. Maka, cepatlah kelulusan diberi. Jadi, sekiranya Datuk Dato’ Bandar punya keuzuran atau muntah dengan sengaja atau keluar mani dengan sengaja. Kuasa boleh diperturunkan kepada Dato’ Bandar yang duduk di sebelah saya berkopiah putih polos ni. Maka selesai masalah.” Cadang Datuk kepada Dato’ Bandar.

”Kalau gitu, sahaya akan drafkan tarikh musyawarah untuk dua belas purnama agar ia menjadi panduan kepada semua dan juga pada klien-klien kita. Tapi, ingat! tarikh musyawarah perlu dipatuhi. Sebab Datuk Dato’ Bandar yang dulu tidak pernah menurunkan kuasa ini kepada timbalannnya. Dia memang tamak haloba mahu mempengerusikan musyawarah. Disebabkan ketamakannya, mengikut amalan ajaran kitabnya. Musyawarah hanya berjalan seratus dua puluh kali atau kurang dalam seabad.”

Semua perwakilan diam saja. Ada juga perwakilan yang berborak sesama mereka membincangkan hal-hal ejakulasi dan masturbasi. Tidak kurang pula, ada yang mengata belakang mengenai Dato’ Bentara Luar.

Dato’ Bentara Luar menyambung. ”Maka dengan sendirinya cadangan lukisan pelan reban sebijik-sebijik dibawa kepada kelulusan pentadbiran dan di bawa ke Mesyuarat Mangku Bumi terbatal dengan sendirinya. Hah ha ha ha..,” sambil ketawa besar.

Termagu-magu Ketua Mafia. Semua perwakilan melongo.

”Jelas semuanya? Provok dan psiko Datuk Dato’ Bandar.

”Baik, agenda seterusnya adalah membentangkan lukisan pelan reban mega.


.

10.9.09

Skrip Frinjan : Dua

Semoga segala nasihat dan pandangan daripada Yang Amat Berbahagia Dato’ dapat dijadikan panduan dan pegangan dalam menunaikan tanggungjawab kita untuk mencapai ke destinasi syurga. Barang dingat, semua umat Islam akan masuk Syurga kelak. Tak payah nak bergaduh-gaduh siapa yang masuk syurga. InsyaAllah..

DUDUK

Sebagai tanda penghargaan, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Georgio Armani Hussin mewakili Ketua Penolong Tulis-Menulis Bahagian Kerajaan Berdaulat, Pejabat Tulis-Menulis Kerajaan Langit untuk menyampaikan cenderahati yang cun-melecun kepada Yang Amat Berbahagia Dato’

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Terima kasih di atas penyampaian cenderahati sebentar tadi. Cenderahati itu sebagaimana yang Dato’ minta tempohari. Bukan kami memandai-mandai. Harap Dato' tidak mengalami kemurungan.

Yang Amat Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Dengan berakhirnya Majlis penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Upacara Pecah Tanah dan Pecah Dara bagi seluruh Pihak Tak Berkuasa di Bumi pada pagi yang hening bening ini.

Sebelum Majlis bersurai adalah dimaklumkan satu sesi bergambar bogel tanpa seurat benang akan diadakan bersama ratu-ratu cantik seluruh planet di hadapan perkarangan Taman Astakona nun di kayangan sana. Para hadirin dijemput minum-minum yang tidak memabukkan yang telah disediakan. Kerana minuman itu ditempah khas dari Zimbabwe. Tuan-tuan dan puan-puan diminta kembali ke dewan ini untuk sesi Muzakarah, Lu Nak Pacak Lu Kena Mintak Tabib Datuk Anak Cucu Tumpang Lalu oleh Pengarah Paling Bagus Di Dunia pada jam (1/2 jam rehat)

Dengan ini majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t

JAMUAN MAKAN

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput mengambil tempat masing-masing. Kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillahirahmanirrahim

Yang Berusaha En. Georgio Armani Hussin wakil Ketua Penolong Tulis-Menulis Bahagian Kerajaan Berdaulat Pejabat Tulis-Menulis Kerajaan Langit.

Yang Amat Berusaha Tuan Hj. Tuan Hj. Ghaffar Melankolia al-Attas Pengarah Jabatan Paling Bagus Di Dunia
Yang Berusaha Setiausaha-setiausaha Majlis,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Assalamualaikum w.b.t & salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, bertemu kita kembali untuk meneruskan sesi Muzakarah, Lu Nak Pacak Lu Kena Mintak Tabib Datuk Anak Cucu Tumpang Lalu oleh Yang Amat Berusaha Pengarah Jabatan paling Bagus D’ Dunia

Saya bacakan sedikit biodata beliau sebelum beliau memulakan sesi muzakarah ini.
Tuan Hj. Ghaffar Melankolia al-Attas merupakan pakar dalam bidang sumpit-menyumpit tenuk dan tapir. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah madrasah Lubok Cina kemudian melanjutkan ke sekolah Ma’had Tahfiz di Poland. Beliau mula bekerja pada tahun Naga di Negara Cis Berdebah. Kemudian, beliau dinaikkan pangkat menjadi Dato’ Bendahara di Istana Halilintar Gugu Kito di Negara Bercabang Tiga. Sebelah Batang Tiga.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Hj. Ghaffar untuk menyampaikan taklimat dengan segala hormatnya dipersilakan.

SESI TAKLIMAT

Terima kasih di atas sesi Muzakarah itu tadi.
Majlis diteruskan lagi iaitu sesi Muqabalah bersama wakil Penghulu Kampung Kepala Hotak (nama). Majlis menjemput Encik Ahmadinejad al-Qazaf untuk mempengerusikan sesi dialog ini. Tuan dengan segala hormatnya dipersilakan.

SESI DIALOG

Terima kasih diucapkan En. Ahmadinejad al-Qazaf, Tuan Hj. Ghaffar Mlankolia al-Attas, Wakil Penghulu Kampung Kepala Hotak kerana sudi turut serta dalam majlis ini.

Tuan-tuan dijemput untuk menjamu selera makanan yang enak-enak dan kembali ke sesi masuk bengkel kereta seterusnya pada pukul (pada pukul 2.30 pagi-pagi buta harus terpacak). Pada sesi tersebut tuan-tuan dan puan-puan diminta berada di tempat yang telah ditetapkan mengikut kumpulan pemberontak masing-masing.

Dengan ini majlis ditangguhkan dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t


.

7.9.09

Istana Hungga Machester (Part III)

Kali ini, musyawarah di Balairong Tarbiah Istana Hungga Machester lebih Islamik. Ia dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah. Ibu segala surah dalam kitab al-Quran. Antara lain maksud yang terkandung di dalamnya dari ayat enam hingga tujuh yang berbunyi, 'Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat ke atas mereka itu, bukan jalan orang yang Engkau murkai atas mereka itu dan bukan jalan orang-orang yang sesat.'
Macam selalu-selalu Datuk Dato’ Bandar memulakan bicarawara.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam satu Malaysia. Terima kasih kepada yang hadir. Sepatutya musyawarah berlaku semalam. Ditunda pada hari ini. Kita pergi kepada agenda seterusnya. Mengesah minit Musyawarah Jawatankuasa Peringkat Dewa kali ke enam puluh yang telah bersidang pada sepurnama lepas.”

Diam seketika Balairong Tarbiah Istana Hungga Machester.

“Baik. Ada sape nak cadang mengesah.?”

”Ana cadey.” Ketua Mafia bersuara.

”Saya bangkan! Errr.. Sokon!” Timbalan Ketua Mafia sambil mengangkat tangan.

”Okey terima kasih. Kita gi hal-hal lain..” Dato’ Bandar cuba memintas bicara untuk menyatakan hasratnya.

”Musyawarah lepas, kita peroleh undi percaya bahawa kelulusan lukisan pelan reban-reban sebijik-sebijik perlu dibawa kepada Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi. Patik ingin musyawarah mempertimbangkan semula agar keputusan itu diubah supaya ia hanya melibatkan kelulusan pentadbiran.” Sebutir-butir kata dilontar.

Sementelahan Dato’ Bandar berucap. Datuk Dato’ bandar menjadi pendengar yang setia.

Dato’ Bentara Luar pula membaca doa dengan mulut terkumat-kamit yang berbunyi begini : “Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta hujan dengan zat-Nya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui.”

Sejurus selesai Dato’ Bentara Luar melafazkannya. Ia menghembuskannya.

Ketua Mafia bersuara, ”Oh, mana boleh lagu tu. Ana ghoyak doh key. Jawatankuasa Mangku Bumi ini dari Kerajaan Langit. Kito semua perlu patuh. Patuh tanda setia. Bukey soal gapo-gapo”

”Gapo dia fungsi Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi?" Datuk Dato’ Bandar bersuara garau.



.

3.9.09

Skrip Frinjan : Satu

(((((( Mengumumkan ketibaan ))))))))))))

Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj. Kundang Halia bin Jerangau, Timbalan Tulis-Menulis Kerajaan Langit Bahagian Anti Pembangunan merangkap Pengarah Unit Pola Perancang Ekologi dan Ekonomikal

DIF MENGAMBIL TEMPAT

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj. Kundang Halia bin Jerangau, Timbalan Setiausaha Kerajaan Langit bahagian Anti Pembangunan merangkap Pengarah Unit Pola Perancang Ekologi dan Ekonomikal

Yang Berusaha En. Georgio Armani Hussin wakil Ketua Penolong Tulis Menulis Bahagian Kerajaan Berdaulat, Pejabat Tulis-Menulis Kerajaan Langit;

Yang Amat Berusaha Tuan Hj. Ghaffar Melankolia al-Attas Pengarah Jabatan Paling Bagus Di Dunia;

Yang Berusaha Wakil-wakil Penghulu yang ganas dan Penghuluwati yang seksi;

Waki-wakill NGO dan rakyat jelata sekalian;

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Assalamualaikum w.b.t & salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah. S.W.T kerana kita dianugerahkan dengan hati yang masih tidak lalai untuk terus beribadat dan beramal soleh kepadaNya. Dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dalam Majlis Pecah Tanah sekaligus Perasmian Majlis Pecah Buah Dara yang julung-julung kali diadakan di planet kita ini iaitu Bumi.

Bagi memberkati Majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Hj. Bilalatunnaimun Kalibun bin Jim, tukang sapu di Emporium Billion untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

BACAAN DOA

Amin. Ya Rabbal Alamin. Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.

Yang Amat Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Majlis Pecah Tanah manjadi satu tren sejak kebelakangan ini dan semakin menjadi-jadi terutamanya ketika musim cuti sekolah, ia telah bermula sejak zaman Cannibal di Mindanao, Filipina lama dulu. Beralih ke Revolusi Perindustrian pun rancak berlaku. Setelah lebih bertahun-tahun pelaksanaannya ia telah menyumbang dengan jayanya ke arah memecahkan bentuk muka bumi di planet kita berbanding planet yang lain. Walau bagaimanapun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dibuat. Ruang yang saya maksudkan adalah tujuh lapisan udara yang melindungi bumi. Justeru, tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengenalpasti langkah-langkah ke depan dan ke belakang serta cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan ini serta menyeragamkan pelaksanaannya di seluruh planet-planet yang ada.

Di samping itu, melalui sesi masuk bengkel nanti juga diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang erat di kalangan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya. Melalui percambahan buah pemikiran dan pendapat di dalam sesi masuk bengkel nanti adalah diharapkan dapat mengeluarkan buah pala, buah dadu, buah tangan dan buah keras. Jangan sesekali tayang buah dada. Haram hukumnya. Ia menjadi cadangan terbaik dalam menangani pelbagai isu dan masalah yang berkaitan kelulusan cadangan pemajuan di Pihak Tak Berkuasa di Bumi Kerjaan Langit dapat dirumuskan. Merdeka!


Yang Amat Berbahagia Dato’, Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Amat Berbahagia Dato’ Hj. Kundang Halia bin Jerangau, Timbalan Setiausaha Kerajaan Langit Bahagian Anti Pembangunan merangkap Pengarah Unit Pola Perancang Ekologi dan Ekonomikal untuk menyampaikan amanat beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Pecah Buah Dara bagi seluruh Pihak Tak Berkuasa di Bumi Kerjaan Langit. Majlis dengan segala dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.


.

1.9.09

Istana Hungga Machester (Part II)

“Arggh.., kalau gitu! Serupa juga kita bawak ke Musyawarah Tertinggi Peringkat Dewa. Kerana ia juga dipengerusikan oleh Datuk kepada Dato’ Bandar dan sebahagian ahlinya ada di sini. Tujuan kita mahu elak karenah musyawarah yang bertalu-talu yang amalan itu yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Malah sahaya sendiri khuatir ia menjadi semakin lambat dan lembap kerana satu kerja pula untuk menentukan tarikh musyawarah yang satu lagi. Bukan satu perkara mudah nak menetap tarikh. Tak semudah menetap tarikh bulan puasa.”

Belum sempat Dato’ Bentara Luar menyambung. Ketua Mafia memotong. ”Bukey gapo-gapo. Lo ni, penubuhey Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi sudah dimuktamadkey di bawah Kerajaan Langit. Kito kena ikut Kerajaan Langit untuk menterjemahkey dasar ini. Dok gitu? Jadi, gapo fungsi Jawatakuasa Kecil ini kalu takdok kije lagu tu.” Hujah Ketua Mafia semakin yakin.

Datuk Dato’ Bandar pun bertitah. Adapun kini kita telah ada Musyawarah Peringkat Dewa yang perlu bersidang dua puluh kali dalam sepurnama. Maka, ia akan menjadi lebih cepat lagi efektif. Cumanya, untuk mempercepatkan norma masa, kelulusan pentadbiran sangat diperlukan. Manakala, fungsi Jawankuasa Kecil Mangku Bumi masih kabur. Tapi, boleh juga ia bertindak sebagai kuasa melulus. Datuk Dato’ Bandar meneruskan hujah. Baik, kalau begitu, untuk sementara kita menerima pakai cadangan ini.”

”Maksud Datuk Dato’ Bandar?” Tanya Dato’ Bentara Luar

”Maksudnya kelulusan reban sebijik perlu dibawa ke Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi la.””Sahaya kurang bersetuju Datuk Dato’ Bandar. Ia tiada bezanya kalau masuk juga Jawatankuasa Kecil Mangku Bumi. Jadi, musyawarah kali ini hamba bersetuju dengan syarat.”

”Tak apa. Buat masa ni, kita pegang pada ketetapan bahawa ia perlu dibawa ke Jawankuasa Kecil Mangku Bumi. Oleh sebab masa dah suntuk, musyawarah ditangguhkan. Kita jumpa akan datang. Tunggu...”


.