PERKARA | SASARAN | Di sini saya ingin berkongsi target saya dengan kalian semua. Oh, lupa saya mahu memulakan intro. Ya, saya sekadar berkongsi. Saya bukanlah ingin menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga. Atau mempunyai niat yang lain. Saya juga bukan dilahirkan dalam keadaan yang senang. Bukan dari kalangan orang kaya-raya. Untuk info, saya orang susah! Hidup sederhana saja. Saya juga bukannya memiliki IQ dan EQ yang tinggi. Saya bukanlah terlalu pandai sangat dalam segala hal. Saya juga bukannya mahu melawan takdir. Tapi, saya tidak hanya sekadar menunggu takdir hidup saya. Apa yang tertulis di Loh Mahfuz juga saya tidak tahu. Sebab itu saya selalu berdoa, meminta kepadaNya.
Jadi, ia bukan sekadar tulisan-tulisan dan lukisan-lukisan yang dicoretkan dalam helaian-helaian kertas, lalu dikompilasikan menjadi "buku eksklusif gagasan hidup saya". Makanya, dengan cara ini ia boleh dikongsi dan apa yang tersimpan di hati kecil sanubari saya dapat dilepaskan beriringan bersama sang bayu. Bukan saya angan-angan kosong. Saya punya imaginasi yang punya noktah. Ingat! Seorang yang berangan-angan tanpa titik hanyalah mengikut khayalan mindanya sedangkan orang yang berimaginasi telah mereka satu skrip untuk ke satu matlamat.
Baiklah, saya tak pecah-pecahkan target saya ini kepada agama, politik, sosial dan ekonomi. Ia terangkum dan saling berintegrasi di antara satu dengan yang lain. Dan saya juga tidak menyusunnya mengikut keutamaan dalam hidup saya. Tapi, di dalam BUKU EKSKLUSIF GAGASAN HIDUP SAYA yang saya rangka draf pertama pada tahun 1995, ia di susun berdasarkan lojik, realisitik dan pencapaian tahunan. Kemudian saya semak semula pada tahun 2001. Sama ada realisitik atau yang mustahil untuk dicapai. Saya sudahpun berikan keutamaan padanya. Dan saya sasarkan mengikut tahun sehingga ke tahun 2050 (setakat ini). Tahun 2050 umur saya 27 tahun terbalik. Hehehe..!! Semoga saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Bahkan sehinggalah perancangan ini dapat diWASIATkan kepada generasi saya nanti lagi bagus. Ada 25 target kesemuanya (wow! Banyaknya. Saya pasti boleh!). Ia menjadi keinginan, hasrat, kehendak (hajat), sasaran, kemahuan, azam, target untuk mencapai cita-cita / gagasan saya.
TINDAKAN |
# Melaksanakan apa yang diPerintah serta menjauhkan apa yang diLarang ALLAH; Membaca al-Quran setiap hari | seumur hidup | |
# Menjadi jutawan beriman | 2015 | Menambah pendapatan Melakukan perniagaan Menjadi perunding pro
|
# Memilik MPV sendiri | 2010 | |
# Mempunyai seorang isteri comel | Dah dapat | |
# Mempunyai 5-6 orang anak (Kini, baru 2 orang) | Sebelum umur isteri menjelang 40 tahun. Saya dah bincang dengan dia. Haha! | Memberi pendidikan awal Makan pemakanan seimbang Menjaga kesihatan
|
# Memiliki pekerjaan yang stabil dengan pendapatan bulanan melebihi RM5k | 2010 | Usaha gigih tak kenal erti jemu Jangan ikut nafsu syaitan Jangan dengar cakap jin kafir
|
# Memiliki kelulusan tinggi dan budi pekerti yang juga tinggi | Dah dapat sampai Sarjana. Nak try sampai phD | |
# Menerbitkan 1 buku setahun
| bermula 2009
| |
# Membeli 1-2 buku sebulan | seumur hidup | |
# Memiliki rumah sendiri | 2010 (teres 1 tingkat) 2020 (banglo) | |
# Memiliki perniagaan sendiri | 2015 | Jurugambar pro Tukang jahit pro Perunding pro Usahawan pro
|
# Memberi pendidikan terbaik pada anak-anak | seumur hidup | |
# Mencarum untuk pendidikan dan masa depan keluarga | seumur hidup | |
# Melaksanakan perancangan kewangan sistematik | seumur hidup | |
# Menempa nama untuk kebaikan mengharumkan nama negara | 2015 | |
# Mempunyai rehat yang cukup | Seumur hidup | |
# Membekalkan minda dengan suppliment yang hebat | Seumur hidup | Melakukan senaman 3 kali seminggu Tidak merokok! Makanan seimbang B-Complexs, Zat besi, Ginkgo, Herba
|
# Berekreasi / Bercuti / Melancong / Menghilangkan ketegangan setiap hujung minggu | Seumur hidup | |
# Menyiapkan apa jua tugas harian dengan penuh komited | Seumur hidup | |
Mencari seberapa ramai kawan dan tiada musuh langsung! | Seumur hidup | |
# Memiliki komputer riba sendiri | 2009 | |
# Memiliki motosikal sendiri | 2011 | |
# Menjadi seperti pepohon rendang, ahli keluarga dan ibu-bapa dapat tumpang berteduh. (abstrak target ni) | 2012 | |
# Mengerjakan ibadat haji bersama isteri (akaun tabung haji pun takde lagi..) | 2018 | |
# Dapat kumpul / menang duit sejuta | Bila-bila | |
8 comments:
mmm... banyak tu.. bergegaslah capai gagasan.. takut gagasan gugur dari genggaman..
kagum!!
rupanya anda seorang yang ada misi.Saya doakan yg terbaik utk anda.
Cayalah....
moga berjaya... doa, usaha, ikhtiar, tawakal... insyaAllah.
prolog yang bagus... aku kne set balik la...nk tgk mne yg dah berjaya mne yg xtercapai lg... dab mane yg perlu diperbaiki lg
Cantik! Nanti akak copy and paste agenda hidup lu ni(dengan sedikit modifikasi),print dan tampal ke dinding(dan ke dalam otak juga)
Boleh kan?
semoga yg baik-baik itu akan jadi miliki kita... insya-Allah...
InsyaAllah. :) bagus. anda mempunyai matlamat dan caturan hidup yg sistematik :)
alhamdulillah... heda doakn yg terbaik utk abg & keluarga.... Allah sahaja yg tau mana yg terbaik utk diri kite...
Post a Comment