nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
8.1.13
Kompeten
Kejam celik (ulang 8 kali) dah masuk tahun 2013. Sedar tak sedar. Umur pun dah semakin meningkat. Amalan kita? Tepuk dada tanya Iman. Baik, pada hari ini saya tak mahu tulis panjang. Hanya ingin berkongsi kata-kata berikut :
'Ianya bukan kurang kompeten yang membinasakan organisasi. Tetapi mereka yang berjaya dan selesa dengan pencapaiannya yang selalu menghalang keadaan' - Charles Emil Sorensen.
Oh lupa pula saya.
The best preparation for tomorrow is doing your best today...
.
25.10.12
Ular dan gergaji
Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tidak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tak pasti gergaji cap apa. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya pula.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain. Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
Maka benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)
.
.
19.10.12
Tuntutan kentut
Kronologi Kes Tuntutan Saya
29.03.2012 Taklimat berkenaan Pakej Celcom di bilik sejuk beku tingkat 127 yang ditawarkan oleh C**om dibuat kepada lapisan pegawai melalui wakilnya iaitu Farah Wahida Ahmad Zulkfle (bukan nama sebenar), Account Manager C**om Axiata Berhad
05.04.2012 Memberi maklumbalas kepada En. Abdul Kibas (Ketua Bahagian Penternakan) mengenai pakej yang boleh diambil oleh pegawai
Saya telah memilih pakej C**om Biz Pi98 dengan kontrak 24 bulan. Phone model iPhone 4s – 32GB dengan harga USD 11,778.00
24.04.2012 Bayaran dibuat oleh saya kepada C**om melalui Maybank2u online sebanyak USD 11,778.00
25.04.2012 Resit dikeluarkan oleh C**om kepada saya yang diserahkan dengan tangan oleh Cik Farah Wahida Ahmad Zulkfle
17.05.2012 Emel dihantar kepada saya dan pegawai terlibat di atas kelewatan pihak C**om menyerahkan device kepada semua. mereka komunikasi pakai emel je maklumlah jauh..
22.05.2012 Berjumpa dengan En. Abdul Kibas untuk mengambil iPhone 4s yang telah dibayar.
23.05.2012 Menggunakan iPhone 4s
29.05.2012 En. Abdul Kibas berjumpa dengan saya menyatakan bahawa iPhone yang diberi adalah bukan model yang saya beli. iPhone diserahkan kepada saya adalah iPhone 4s – 16GB manakala saya beli adalah untuk iPhone 4s – 32GB
Saya menyemak perkara ini dan model yang diberi adalah iPhone 4s – 16GB.
30.05.2012 Saya telah emel permasalahan saya kepada Cik Farah Wahida Ahmad Zulkfle berkenaan dengan penggantian iPhone 4s – 32GB yang sepatutnya saya terima.
Daripada emel berkenaan menyatakan bahawa C**om telah menyerahkannya device berkenaan kepada En. Abdul Kibas melalui wakil yang dilantik oleh C**om iaitu SAMART i-MOBILE (MALAYSIA) SDN. BHD. (644138-V) kerana Delivery Order telah ditandatangani. Dalam masa yang sama En. Abdul Kibas menafikan bahawa dia tidak menerima device berkenaan. Farah Wahida telah forwardkan emel berkenaan kepada En. Raduwan Abd Maulud (ini nama sebenar) melalui emelnya dwan@c**om.com.my
31.05.2012 Emel saya diforwardkan oleh Cik Farah Wahida kepada En. Raduwan Abd Maulud yang berbunyi :
Salam Boss,
Can we do anything to help my client?
Kesian gak kat dia.
Regards,
Farah Wahida Ahmad Zulkfle
06.06.2012 Saya telah memulangkan iPhone yang saya terima beserta memo kepada En. Abdul Kibas kerana device itu bukan milik saya.
Saya telah menghubungi Cik Farah Wahida tentang perkara ini.
08.06.2012 Saya telah SMS kepada Cik Farah berkenaan dengan kontrak saya dengan C**om adakah berjalan atau bagaimana sedangkan iPhone berkenaan saya tidak menerimanya
Dia memberitahu bahawa kontrak tetap berjalan. Untuk iPhone saya dia menunggu kata putus dari En. Raduwan Abd Maulud
Cik Farah mahu tolong kes ini.
15.06.2012 iPhone yang telah dikembalikan telah diserahkan kepada pegawai berkenaan. Kes iPhone saya masih menunggu approval dari En. Raduwan Abd Maulud. Jika ada apa-apa akan diberitahu kelak.
Saya minta beliau cuba selesaikan akhir bulan Jun 2012
Dia akan cuba katanya.
24 & 25.07.2012 Menelefon telefon bimbit (019-3782275) Cik Farah tetapi tidak berangkat
07.08.2012 Menelefon telefon bimbit Farah sekali lagi tidak berangkat
Menelefon di pejabatnya juga tidak berangkat. Disambungkan kepada En. Raduan. En. Raduan memaklumkan masih belum mempunyai apa-apa maklumbalas daripada syarikat yang membuat penghantaran iPhone untuk C**om. Beliau telah terima emel daripada En. Abdul Kibas. Kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kesilapan.
Saya memfailkan tuntutan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Shah Alam
Saya menuntut iPhone 4s – 32GB dan kos kerugian yang dialami saya.
Yang Benar,
……………………………
AHTOK ASTAKONA
Vokalis Kumpulan
Tulang Anjing Hitam Pekat

18.10.12
Surat kepada penerima device
Ahtok Astakona
Atas Bumi
Negeri Selangor 18 hb. Jun 2012
En. Nurul Azhar Bin Husin
Penolong Pengarah
Bahagian PKPK
Jabatan Paling Best di Dunia
Negeri Selangor
Tuan,
PEMULANGAN DEVICE iPHONE 4S 16GB HITAM SERIAL NUMBER :C31H7T45DTC0
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Di atas yang dimasksudkan adalah perkara surat ini (Ini senghaja ditambah.
2. Bersama-bersama ini dipulangkan kembali Device iPhone 4S 16GB Hitam Serial Number :C31H7T45DTC0 setelah dimaklumkan dan disedari bahawa device tersebut adalah bukan kepunyaan saya. Kebetulan pula bila saya terambil device ini ia menjejaskan penerimaan pegawai lain yang emosi dengan saya. Siap marah-marah saya menggunakan analogi jika membeli kereta 1.8cc kenapa mengambil 1.6cc. Saya malas la nak bertekak dengan dia. Lagipun tiada mendatangkan sebarang faedah. Device yang seharusnya saya terima adalah iPhone 4S 32 GB – Putih yang ditawarkan oleh pihak Celcom dengan harga RM 1,778.00 dengan pakej Celcom Biz Pi98 kontrak selama 24 bulan.
3. Untuk makluman tuan, perbezaan spesifikasi ini disedari dianggarkan dalam tempoh melebihi lima hari dari tarikh penerimaan device berkenaan. Setelah mengetahuinya, saya terus menyimpannya semula di dalam kotak sepertimana keadaan sedia kala. Semasa saya simpan dalam kotak tersebut saya pastikan tiada sesiapa yang melihatnya kerana dikhuatiri ia akan berlakunya unsur-unsur sabotaj atau espionaj dari pihak-pihak yang tidak kita ketahui. Dan dua hari selepas itu terus memulangkannya kepada tuan untuk dipanjangkan kepada pihak Celcom.
3. Sehubungan itu, saya memberi jaminan di sini bahawa device ini dipulangkan kembali sebagaimana dalam keadaan sediakala sepertimana asal yang dibekalkan kepada saya. Sungguh! Saya tak tipu. Malahan, saya siap tambah lagi software di dalamnya, screen protector dan casing yang comel. Tapi kesemua aksesori itu saya tak bagila.
Sekian, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Terima Kasih.
( AHTOK ASTAKONA )
Insan Biasa
Atas Bumi
Negeri Selangor 18 hb. Jun 2012
En. Nurul Azhar Bin Husin
Penolong Pengarah
Bahagian PKPK
Jabatan Paling Best di Dunia
Negeri Selangor
Tuan,
PEMULANGAN DEVICE iPHONE 4S 16GB HITAM SERIAL NUMBER :
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Di atas yang dimasksudkan adalah perkara surat ini (Ini senghaja ditambah.
2. Bersama-bersama ini dipulangkan kembali Device iPhone 4S 16GB Hitam Serial Number :
3. Untuk makluman tuan, perbezaan spesifikasi ini disedari dianggarkan dalam tempoh melebihi lima hari dari tarikh penerimaan device berkenaan. Setelah mengetahuinya, saya terus menyimpannya semula di dalam kotak sepertimana keadaan sedia kala. Semasa saya simpan dalam kotak tersebut saya pastikan tiada sesiapa yang melihatnya kerana dikhuatiri ia akan berlakunya unsur-unsur sabotaj atau espionaj dari pihak-pihak yang tidak kita ketahui. Dan dua hari selepas itu terus memulangkannya kepada tuan untuk dipanjangkan kepada pihak Celcom.
3. Sehubungan itu, saya memberi jaminan di sini bahawa device ini dipulangkan kembali sebagaimana dalam keadaan sediakala sepertimana asal yang dibekalkan kepada saya. Sungguh! Saya tak tipu. Malahan, saya siap tambah lagi software di dalamnya, screen protector dan casing yang comel. Tapi kesemua aksesori itu saya tak bagila.
Sekian, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Terima Kasih.
( AHTOK ASTAKONA )
Insan Biasa
27.7.12
Biarkan Aku
Biarkan asa menghapus lukaku
Biarkan angin menyejukkan jiwaku
Biarkan Hujan menyirami kalbuku
Dan biarkan airmata menjadi penanda lukaku
Aku ingin dunia mendengar jeritan hatiku
Aku ingin langit menyelimuti kebekuanku
Aku ingin teriknya matahari membakar tubuhku
Dan aku ingin waktu menghapus dirimu dipikiranku
Keikhlasan, Satu kata yang paling indah untuk didengar
Satu kata yang mulia dihidup ini
Tapi juga satu kata yang sangat sulit dilakukan
Ya ALLAH.. Biarkan keikhlasan menjadi benteng hatiku
Biarkan keikhlasan menjadi jalan terindah hidupku
Hingga., Hembusan nafas terakhir ku
17.5.12
Kancil, monyet dan kura-kura
Dah lama tak susun fail dalam komputer. Satu hari, saya sedang melihat-lihat untuk fail yang perlu di susun dan yang perlu dibuang. Saya terjumpa fail ini di komputer saya. Dan saya pasti ini hasil nukilan anak saya yang sulung Afiqah (8). Barangkali, ini masa saya membawanya ke pejabat pada hujung minggu untuk menyiapkan kerja-kerja hal dunia.
Pada suatu hari ada seekor sang kancil dan monyet pada hari kesokanye dia pun memanjat pokok satu persatu tiba-tiba dia ternampak buah dia pun berkata eh ni buah sapa ni oh ni buah sang kancil sang kancil dan kura-kura rajin manakala pula monyet malas dia pun berkata monyet pun berkata kepada sang kancil sang kancil tolong aku sang kancil monyet pun berkata sang kancil tolong aku sang kancil aku tak makan 4 hari esh esh tak makan 4hari sang kancil pun berkata nah kau makan lah apa yang ko nak.
Hanya orang yang panjang nafasnya boleh meneruskan pembacaan nukilan dia. Semoga dia terus bergiat untuk menulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)