27.10.09

Sekejap masa berlalu

Afiqah umurnya dah lima tahun. Sekejap masa berlalu. Satu hari, Afiqah pulang ke rumah. Di rumah, Afiqah lebih suka bermain daripada belajar. Sebab di sekolah dia dah pulun belajar barangkali.

Kemudian. Malam itu Afiqah berkata. Ibu, kita kena sayang anjing kan?

Anjing tak boleh pegang. Kita orang Islam pegang haram. Tapi, menolong anjing tak salah.

Cikgu Puspha kata leh pegang dan sayang dan cium dia.

Mampos!! Aku kata dalam hati.

Inilah bahananya kalau nilai-nilai murni di ajar oleh guru kafhafeyero.

Afiqah umurnya dah lima tahun. Sekejap masa berlalu. Pertengahan tahun, keputusan peperiksaannya memberangsangkan. [BM=72%; PI=79%; BI=58%; Math=80%; Moral =90%; Sains = 95%. Ranking 3/12]

Semoga dia cemerlang untuk akhir tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan buat Afiqah. Sepatutnya, dia ambil minggu lepas tapi ditunda kerana urusan keluarga yang sibuk akan hal-hal duniawi.

.

14.10.09

Mengejarmu

.



jika aku dapat melastik pelangi di langit
maka akan ku lastik batu terukir namamu
bukanku bermaksud membuang namamu jauh-jauh
tapi aku ingin pula mengejarmu ke langit

agar semua 1Malaysia tahu
walaupun aku terlontar jauh
terasa kau semakin berada di sisi
betapa beruntungnya aku memilikimu
yang mengenal erti ranjau liku hidup

hatiku gundah tidak tertahan
akan kuusahakan agar tidak berlanjutan
hatiku tak kesampaian melihatmu
mengejar hari yang terburu-buru

aku pilu
aku syahdu
sendu tak termampu


[Mache ster L.A]


.

12.10.09

Rindu sudah berbuah

.



Sekadar gambar hiasan.




Sayang.., aku merinduimu
Kapan boleh aku menidurimu
Seperti masa kisah yang lalu
Mimpi berduaan dalam kelambu

Ketahuilah rindu ini semakin menebal
Rindu yang tak tertahan-tahan
Cubaku usir dari ingatan
Rinduku semakin jauh wey!
Semakin jauh semakin merindu

Tidakkah kau merasakan
Saat sedang aku merasakan
Betapa seksa bagai terpenjara
Oh, kuingin dibelai penuh mesra
Penyuntik semangat pengubat jiwa

Oh sayang.., aku pulang
Dan perasaan sayang ini sebenarnya cinta
Ku rasa cinta bertautan
Cinta semakin mekar membunga
Ya, aku dan kau bercinta lagi dan lagi

[s]Biar berjuta pelbagai halangan
Namun cintaku tetap padamu[/s]

Draf Puisi
Lirikan Matamu bagai Panah Arjuna


[Mache Star, L.A]








.

5.10.09

Raya @ Machester

Buat masa sekarang, saya sibuk menghadiri jamuan Hari Raya di sana-sini. Dah lah lokasinya jauh-jauh belaka.

Nanti saya kemaskini hidangan-hidangan yang ada. Bagi kalian kecur dan terliur.

[Kemaskini via iPhone]
Minta maaf, saya tak sempat mahu menangkap gambar. Sedap menikmati beberapa juadah seperti nasi mintak, nasi dagang, ketupat, satey, roti jala, air cendol dan air oren.




.

22.9.09

Istana Hungga Machester (Part VII)

Musyawarah Peringkat Dewa diteruskan lagi dengan sedikit lancar. Sedikit terganggu. Seterusnya perkara-perkara berbangkit dibincangkan di mana terdapat pemohon yang membina reban terkilan akibat anjakan keperluan di bahagian depan dan tepi sepertimana yang diminta oleh perwakilan dari Parsi. Anjakan ini melibatakan anjakan dua puluh depa dari rezab jalan berliku. Pemohon merayu untuk dipertimbangkan kepada sepuluh depa.

”Untuk hal ini saya serahkan kepada Dato’ Gunasama.” Dato’ Bentara Luar.

”Tuan pengerusi, bahawasanya pemohon ingin dipertimbangkan agar kelulusan lukisan pelan rebannya boleh dikurangkan anjakan daripada dua puluh kepada sepuluh. Jadi, musyawarah perlu membincangkan perkara ini.” Tegas Dato’ Gunasama.

”Kita, perwakilan dari Parsi akan tetap dengan syarat yang diberikan kerana kita berpegang kepada dasar dan konsisten dengan keputusan. Dikhuatiri nanti, sekiranya kita tidak konsisten, esok lusa akan datang, pemilik-pemilik reban ayam yang lain juga turut merayu dengan menggunakan saluran yang sama.”

Dato Bentara Luar meencelah. “Sahaya rasa, ada betulnya hujah Perwakilan Parsi. Lagi pula, sebagai badan yang mempunyai kuasa eksekutif di bumi. Apalah kiranya kita menolak dan kekal dengan keputusan yang lama.”

”Hoh! Ana rasa, tak wajar kita tolak. Sekurang-kurangnya bila dah dibawa ke sini ia perlu dipertimbangkan. Barulah betul. Jika tidak, bakpe kita bawa masuk musyawarah?”

”Kita perlu bawa masuk. Inilah saluran yang sesuai untuk diperbincangkan. Kalau kita tak bawa masuk. Tiada seorang individu yang berkaliber dan berani untuk buat keputusan.”

”Kita, perwakilan dari Parsi akan tetap dengan syarat yang diberikan kerana kita berpegang kepada dasar dan konsisten dengan keputusan. Dikhuatiri nanti, sekiranya kita tidak konsisten, esok lusa akan datang, pemilik-pemilik raban ayam yang lain juga turut merayu dengan menggunakan saluran yang sama.”Perwakilan Parsi ulang suara. Konsisten dengan skripnya.

”Kalu tokseh dengar cakap saya. Tokseh wat la musyawarah.”

”Bukan gitu Tn Hj. Mafia."... Dato, Bentara Luar cuba menenangkan keadaan. "Musyawarah itu perlu sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran ayat seratus lima puluh sembilan “Dan bermusyawarahlah denga mereka, dan apabila kamu telah berazam (dengan sesuatgu keputusan) maka hendaklah kamu betawakkal kepada Allah. Juga dalam surah As syura ayat yang ke tiga puluh lapan berbunyi : “Mereka yang mematuhi seruan Tuhan mereka dan menegakkan solat, sedang urusan mereka diputuskan dengan mesyuarah antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Terkulat-kulat Ketua Mafia mendengar hujah tersebut.


.

18.9.09

Istana Hungga Machester (Part VI)

”Ah! Tiada tapi-tapi lagi. Kaum Che memang begitu. Ana rasa sejak Ana dok di Machester ni dah banyak tanah-tanah Tai Khoo Cheng menjadi miliknya. Apa kes dengan milikan reban Bumiputera bagai penempatan ayam serama dan ayam kampung?”

”Macamana kita” Keputusan?” Datuk Dato’ bandar menjadi semakin bingung. Seolah-olah mahu lepas tangan. Tak mahu campur tangan dalam konspirasi Ketua Mafia.

”Sahaya rasa, fail ni dah dua-tiga kali ditangguh. Khuatir pula klien menanyakan kita apa sebab fail ini ditangguh berkali-berkali. Apa barang alasan kita nak beri. Barang lepas kita dah beri alasan tiada permintaan ke atas daging ayam. Klien sudah membuktikan masih wujudnya permintaan daging ayam. Kali ini, apa pula alasan kita?” Dato’ Bentara Luar terus menyambung dengan menggunakan dalil sebagaimana disebut oleh Firman Allah Subhanahu Wataala ayat lapan surah al-Maidah ”Janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum menghalang kamu berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia hampir kepada taqwa.”

Terkejut beruk Ketua Mafia mendengar. Sekalipun ia sering berkopiah dan menggunakan tasbih digital dan membawa al-Quran digital setiap hari namun ia tiada berupaya mengeluarkan dalil seperti itu.

Datuk Dato’ Bandar pun bertitah. "Molek benar dalil itu."


.