Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam mesra buat semua.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kerana kita semua dapat membuat persembahan dengan jayanya dengan lancar. Enjoy the show..
Sebagai ketua kumpulan koir, izinkan saya berkongsi sedikit perjalanan kita semua. Dari saat pemilihan ahli, pemilihan lagu, pemilihan kostum, pastinya prinsip saya adalah suka mendapat kata sepakat dari semua. Di kala, sedang memikirkan siapa yang ingin jadi pengurus pasukan koir ini, saya buntu kerana saya dipinta untuk melaksanakan tugas ini. Maka, saya ambil keputusan saya pegang 2 topi iaitu ketua dan merangkap pengurus. Walhal saya sedar, ada beberapa portfolio lain di tangan. Tak mengapa, saya harungi setakat mana yang mampu. Kendatipun begitu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan ahli-ahli yang sporting, membantu dan masuk air demi memudahkan urusan saya. kita semua datang dengan latar belakang berbeza — ada yang memang minat menyanyi, ada juga yang pada awalnya segan-segan tapi akhirnya bersetuju untuk turut serta. Apa yang penting, semua sanggup melangkah keluar daripada keselesaan masing-masing untuk menjayakan pasukan ini.
Kita akui, bukan mudah menyatukan jadual semua orang. Dengan tugasan kerja harian, tanggungjawab keluarga dan kekangan masa yang sering menjadi cabaran, ada kalanya latihan kita terpaksa dibuat pada waktu yang agak mencabar. Namun, apa yang membanggakan ialah semangat dan komitmen semua ahli yang tetap hadir, walaupun penat dan sibuk.
Hari ini, kita tidak hanya meraikan kejayaan kita sebagai satu kumpulan koir tetapi juga meraikan semangat kebersamaan, persahabatan dan kesungguhan yang terjalin sepanjang perjalanan ini. Bagi saya, itulah kemenangan yang sebenar.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan, jurulatih, serta semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan. Semoga dengan semangat ini, kita dapat terus bergembira, terus berpasukan, dan mungkin siapa tahu — melangkah lebih jauh dengan harmoni suara kita.
Sekian, terima kasih.
nota hati seorang lelaki kota frinjan yang suka berfikir tanpa kotak dan mementingkan kesempurnaan
16.10.25
Ucapan Ketua Kumpulan Koir
Saifuddin bin Marsuk
Mobile : +60192140806
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment