🟢 Slaid 1–2: Pembukaan & Pengenalan (1 minit)
(Nada yakin, senyum, beri kontak mata)
SLAID 1
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang berusaha dif-dif kehormat, Yang arif panel juri serta hadirin tuan-puan yang dihormati sekalian,
Izinkan saya membentangkan satu inovasi geospatial nasional. Inovasi Digital Perancangan Kampung.
SLAID 2
Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia, atau S-CHARMs, hasil pembangunan PLANMalaysia.
S-CHARMs adalah platform maklumat perancangan desa bersepadu berasaskan teknologi GIS dan digital cloud, yang menyatukan data kampung seluruh negara ke dalam satu sistem pintar web based, mudah akses dan mesra pengguna. Ia boleh diakses pada pautan scharms.planmalaysia.gov.my
Dengan tagline — "Ingat Kampung, Ingat S-CHARMs."
🟢 Slaid 3–4: Latar Belakang & Isu (1 minit)
(Nada serius, jelaskan masalah sebenar)
SLAID 3
S-CHARMs mempunyai 8 modul utama dan 1 aplikasi mudah alih,
Ingin menarik perhatian modul-modul berikut
- Modul Pemetaan Interaktif;
- Modul Pemantauan DPF Desa Negara 2030;
- Modul Perkongsian Data; dan
- Modul Sumber Orang Ramai.
SLAID 4
Mari kita tinjau grafik paparan pengguna kandungan sistem S-CHARMs sedia ada.
Sebelum S-CHARMs, data kampung berselerak —
ada di pelbagai agensi seperti KKDW, JUPEM, JAKOA, FELDA, Pejabat Daerah, Pejabat Majlis, JKT dan sebagainya.
Untuk mendapatkan satu maklumat sempadan kampung, pegawai terpaksa ke banyak tempat, menunggu lama, dan berdepan data tidak seragam.
Akibatnya, keputusan perancangan tidak berasaskan bukti terkini.
Maka, kami di PLANMalaysia bangkit dengan satu matlamat —
mendigitalkan perancangan desa supaya maklumat boleh diakses dalam masa beberapa minit, bukan lagi berbulan.
🟢 Slaid 5–7: Komponen & Keunikan (1 minit)
SLAID 5
Dengan sistem ini, profil dan sempadan kampung boleh diperoleh dalam masa kurang 5 minit.
Inilah bukti transformasi digital sebenar dalam perancangan geospatial desa.
SLAID 6
Dapat menganalisa tahap kecukukupan dan kemudahsampaian kemudahan yang ideal di kampung.
SLAID 7
Sudah barang tentu S-Charms telah didaftarkan harta intelek dan perakuan daripada badan bertauliah.
SLAID 8
Idea S-CHARMs memusatkan maklumat kampung. Berpaksikan kepada 4 kerangka utama
1. Inovasi Digital Unik, Asli dan Usaha Pendigitilan
2. Meyelesaikan isu kritikal terhadap data yang tepat dan mudah akses
3. Perkongsian maklumat spatial dan menjadi platform kepada mana-mana agensi yang berkaitan di Kawasan desa
4. Teknologi GIS dalam bentuk web based dan aplikasi mudah alih untuk capaian data kampung yang interaktif dan mesra pengguna
🟢 Slaid 9–11: Berimpak Tinggi (2 minit)
(Nada bangga, tonjolkan hasil & fakta besar)
SLAID 9
Tuan-tuan dan puan-puan,
S-CHARMs membuktikan keberhasilan sebenar inovasi digital. Apa yang bagus sangat S-CHARMs ini
📍 Hasil utama keberhasilan: IMPAK TINGGI
- Memenuhi keperluan sosial rakyat
SLAID 10
- Data desa tersedia dalam masa kurang 24 jam.
SLAID 11
Lebih penting, sistem ini digunakan oleh pelbagai agensi utama —
NADMA bagi operasi bencana, MyGeoName 2.0 bagi penyeragaman nama kampung, dan Program Santuni Madani di bawah Jabatan Perdana Menteri.
S-CHARMs bukan sekadar projek IT — ia ialah penyelesaian nasional yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan pembuat dasar.
🟢 Slaid 12–16: Nilai untuk Wang (Value for Money) (1.5 minit)
SLAID 12
S-CHARMs dibangunkan dengan prinsip Kelestarian Value for Money.
Penjimatan kos 97% — daripada RM620,000 kepada RM17,400.
SLAID 13
· Masa kerja dipendekkan 48 bulan kepada hanya 6 bulan.
SLAID 14
· Tenaga kerja dikurangkan 10 orang kepada 3 orang sahaja.
SLAID 15
Semua laporan kini dalam talian — 100% paperless.
Tiada lagi pembaziran kertas, tiada cetakan laporan berulang.
SLAID 16
Potensi nilai data yang dijana mencecah RM123 juta, dengan pembekalan data bernilai lebih RM4.5 juta kepada agensi dan pihak swasta.
Ini menunjukkan data spatial bukan sekadar aset teknikal, tetapi juga nilai ekonomi negara.
Selain menjimatkan, sistem ini meningkatkan produktiviti pegawai kerajaan, yang kini boleh fokus kepada analisis dasar dan pembangunan, bukan kerja rutin lapangan asyik mengutip data.
🟢 Slaid 17–26: Kemampanan & Kolaborasi (2 minit)
(Nada bertenaga, tonjolkan kerjasama & pengiktirafan antarabangsa)
SLAID 17
Kekuatan S-CHARMs ialah pada kolaborasi dan keterbukaan data. Sudah pastinya, S-CHARMs mempunyai pelan penambahbaikan untuk mengintegrasikan SPKPN (2 modul; A; Maklumat Asas dan D: Demografi)
SLAID 18 & SLAID 19
Pelan penambahbaikan S-CHARMs sebagaimana yang ditandakan kuning.
SLAID 20
S-CHARMs kini melangkaui sempadan negara
Pada Ogos 2024, Timor Leste menjemput PLANMalaysia sebagai penasihat teknikal,
SLAID 21
dan pada 9 Disember 2024, Kerajaan Fiji juga memohon replikasi sistem yang sama.
Inilah bukti bahawa inovasi tempatan Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa.
SLAID 22
Lebih 10 agensi utama bekerjasama dalam pembangunan sistem ini termasuk KKDW, JUPEM, DOSM, SKMM dan JAKOA. Yang terkini akan dilebarluaskan kepada Bank Negara
—
SLAID 23
Di dalam negara, data S-CHARMs digunakan menjadi pencetus kepada Pusat Smart Desa Selangor, bagi memperluas capaian internet dan literasi digital di kampung.
SLAID 24
Seterusnya, pencetus kepada Projek Kampung Digital Melaka,
SLAID 25
Inventori kemudahan masyarakat dan infra perkampungan Orang Asli, penyeragaman NAS dll.
SLAID 26
1. Memberi Khidmat Nasihat (Teknikal) Agensi Luar Negara (replikasi sistem sama di negara luar)
2. Simposium Perancangan dan Pembangunan Luar Bandar
🟢 Slaid 27–30: Pendigitalan (1.5 minit)
(Nada yakin, tekankan elemen transformasi digital kerajaan)
SLAID 27
S-CHARMs adalah teras kepada pendigitalan sektor awam berpaksikan rakyat. Sudah pastinya selaras dengan SDG 9 dan SDG 11
SLAID 28
Ia selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021–2025, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Pelan Strategik Pendigitilan (PSP) PLANMalaysia
SLAID 29
Melalui Modul Sumber Orang Ramai, penduduk kini boleh memuat naik maklumat kampung mereka sendiri —
mempercepatkan pengemaskinian data secara telus, inklusif dan masa nyata (real-time).
SLAID 30
Data disimpan dalam pangkalan berpusat berasaskan cloud, menjamin akses pantas, ketelusan, dan keselamatan maklumat.
Pendigitalan ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah menjadikan rakyat rakan strategik dalam perancangan desa digital negara.
🟢 Slaid 31–32: Penutup & Way Forward (1 minit)
(Nada inspiratif & bersemangat menutup)
SLAID 31
Hadirin yang dihormati,
S-CHARMs ialah simbol transformasi —
daripada manual kepada digital,
daripada berselerak kepada bersepadu,
dan daripada data pasif kepada keputusan pintar (smart decision making).
Dengan pelan penambahbaikan 2026–2030 seperti yang dinyatakan sebelum ini. S-CHARMs akan terus menjadi platform spatial pintar desa yang inklusif, berimpak tinggi dan mampan.
Di dalam dokumen RMke-13 disebut Maklumat desa yang bersepadu akan dibangunkan melalui integrasi pangkalan data kementerian dan agensi sejajar dengan pendekatan keseluruhan kerajaan. Bagi tujuan ini, Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia akan digunakan secara menyeluruh sebagai pangkalan data spatial bersepadu bagi perancangan pembangunan desa. Inisiatif ini akan dapat memastikan pengurusan dan perancangan pembangunan desa yang lebih cekap dan tersusun.
SLAID 32
Akhir kata,
"Ingat Kampung, Ingat S-CHARMs."
Ayuh bersama PLANMalaysia, kita mendigitalkan perancangan desa demi Malaysia Madani – Desa Maju, Negara Sejahtera.
Sekian, terima kasih. 🌍
No comments:
Post a Comment