Hari ni gua bagi rehat awek gua.
Pagi-pagi tak buta gua dah bergegas beli nasi lemak buah bidara lauk kerang. Makan sekeluarga. Nak cipta kemesraan.
Tengahari gua cadang nak ajak makan selera pantai timur di gerai tanpa penyaman udara. Masa taip ni pun gua dah terliur.
Malam pula gua nak belanja satey. Tiada makan malam bertatahkan cahaya lilin. Hanya disimbahi sinaran lampu kalimantang bersama anak-anak.
Gua bagi awek gua gantung kuali dan periuk sempena meraikan sambutan ulang tahun hari perkahwinan kami yang ke enam belas. Lama lagi nak capai sambutan Jubli Perak. Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia pun dah nak dekat. Jangan buat-buat tak tahu!
Secara matematiknya dah enam belas kali dapur tak berasap. Tidak termasuk hari lahir, hari tanpa kenderaan dan seangkatan dengannya. Lebih. Itu gua tak kisah pun! Gua pun tak terbayar keikhlasannya memasak.
Bersempena itu, elemen kejutan gua cuba nak buat. Datang dari belakang tutup mata dia. Gua harap dia tak siku gua sebab terkejut. Gua harapkan juga awek gua telah disuntik perasaan romantis saat itu. Gua hampir-hampir tertaip persaraan dek gara-gara membaca laporan fontnya kecil ala-ala nota kaki. Ditambah pula tulisan hitam di dalam kotak merah menyala atau warna yang menenggelamkan font itu. Mata gua berpinar. Sesekali berkaca.
Mohon jangan maklumkan kepada awek gua tentang elemen kejutan dan mengenai laporan itu. Ini rahsia.
Lalu gua bagi sejambak bunga bersulamkan coklat selepas gua meleraikan tutupan matanya. Kenapa coklat? Gua nak bagi awek gua kekal aktif dan cergas. Gua sambung fantasi.
Awek gua pusing merenung mata gua. Lama. Tak berkedip. Kelopak mata bawah gua macam menggigil kecil. Lalu awek gua pegang tangan gua berkata, "tolong basuhkan pinggan."
Gua harap malam ni dapat upah. Dalam teori ekonomi, faktor pengeluaran buruh adalah upah.
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi...
Akhir sekali gua nak pastikan semua di atas berlaku. Persiapan ini gua dah rancang setahun lamanya. Takkan sejauh ini nak dibiarkan macam tu je.
Hari ni gua bagi rehat awek gua.
Pagi-pagi tak buta gua dah bergegas beli nasi lemak buah bidara lauk kerang. Makan sekeluarga. Nak cipta kemesraan. Susah kebahagiaan nak dapat di Go Shop!
Tango Kilo!
.
No comments:
Post a Comment