12.6.19

Bedah buku "The Role of Town Planner"



Pagi raya. Bangkit lewat. Gara-gara membaca buku "The Role of Town Planner", itu pun tak khatam. Kelam kabut aku mahu bersiap solat sunat Aidilfitri. Isteri aku macam selalu. Bersiap menyediakan juadah. Selesai mandi kedengaran isteri aku memesan,
"Jubah dah siap gosok, ada gantung kat gerobok tu ya bang..."

[KOMA]

Aku ambil. Aku sarungkan jubah. Tak punya banyak masa. aku malu dengan diri aku. Namanya je perancang bandar dan desa tapi gagal merancang untuk diri sendiri. "tak makan dulu ke? " isteriku bertanya dari sudut dapur. Macam biasa aku hidupkan enjin motosikal. Bergegas terus menuju ke masjid. Nanti masjid penuh solat di luar. Hati kecilku berkata. Sampai masjid aku bangga. Setiap saf orang memandang dan mengerling aku. Semacam teruja. Aku mengukir senyum. Aku bangga dengan jubah baharu. Ada yang sempat bersalaman. Ada yang mengerut muka.

[KOMA]

Aku dirikan solat. Masa aku rukuk rakaat pertama. Terbeliak biji mata aku. Tengok jubah aku ada manik-manik bersulam-sulam hiasan labuci. "Ya Allah, aku terpakai jubah isteri aku"
Pap!  Aku tepuk dahi.

Macam rasa mahu pengsan.
"Macam mana aku boleh sarung jubah dia... " bisik hati kecilku.

[KOMA PANJANG]

Seusai solat. Aku dah tak karuan. Laju melulu keluar masjid. Pulang ke rumah. Kelihatan isteri aku dari jauh sudah menunggu di depan daun pintu. Barangkali dia mahu mengadu yang jubah baharunya hilang. Sambil kulihat di tangannya ada memegang buku "The Role of Town Plannner". Kemudian, dia tenung aku terus gelak berdekah-dekah. Malunye aku bukan kepalang. Pastinya makmum di masjid kehairanan tadi.

[NOKTAH]
.

No comments: