8.6.19

Semprit


.

Dikesempatan Syawal ini saya menziarahi pakcik saya. Abdullah bin Hj. Mimfari. Beliau sudah sarat gering. Badannya kelihatan susut. Terlantar di pembaringan. Kebelakangan ini sudah lama tidak bekerja membersihkan perparitan di sekitar petempatannya. Sesekali menjadi tukang kebun.
Namun beliau masih lagi mengingati nama saya dan kerjaya saya sebagai perancang bandar. Pernah satu ketika dia memesan pada saya bila bertugas elok-alok. Jangan curi tulang.
Beliaulah yang mengajar saya mengaji dan mengenal huruf hijaiyyah.

Beliau juga pernah merotan saya.  Sekarang boleh saja kalau saya nak buat pembalasan atas apa yang beliau lakukan kepada saya. Tapi saya bukan simpan dendam kesumat. Saya juga bukan jenis manusia begitu.

Pendam yang lama terbuku telah saya luahkan kepada beliau. "Hari ini saya bercuti pakcik. Saya tak curi tulang." Terima kasih Pak Dollah! Saya bersyukur beliau antara yang  menjadikan saya 'orang'. Saya berdoa agar beliau diberi kesembuhan seperti sediakala. Dikesempatan Syawal ini saya menziarahi pakcik saya.

No comments: