25.9.18

BUKTIKAN BAKTI TANJUNG PUTERI MEGA GATHERING 1.0 | 2018


Program ini sedang giat dirancang. Kini sedang sibuk diuruskan oleh KUMPULAN THINK TANK yang terdiri daripada beberapa individu secara sukarela tanpa paksaan di dalam media sosial rahsia.

Program ini diberi nama "BUKTIKAN BAKTI TANJUNG PUTERI MEGA GATHERING 1.0 | 2018" [BBMG 1.0 | 2018] yang julung-julung kali diadadakan menggabungkan bekas para pelajar, bekas pendidik, bekas kakitangan sokongan dan sebagainya atas kapasiti yang pernah menjejakkan khidmat bakti dan menimba dan mencurah ilmu di SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI (SKTP), JOHOR BAHRU. Sila hebohkan dan hebahkan!

Tidak kiralah, anda hanya berada di SKTP hanya satu tahun atau beberapa bulan. Maka, kenangan itu harus disematkan dalam lembaran kali ini. Ia dirancang bukan untuk suka-suka namun mempunyai matlamat yang tersendiri untuk mencapai objektif seperti berikut :

1. Untuk mengumpulkan mengeratkan hubungan ukhuwah bekas pelajar dan pengajar sebagai pemangkin kecemerlangan anak-anak ALUMNI.

2. Untuk membina kesatuan sebagai satu mekanisme sokongan dalam membimbing pendidikan  dan pemilihan kerjaya anak-anak di samping memastikan kebajikan ahli ALUMNI diberi perhatian

3. Untuk merancang dan melaksanan dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan sekaligus melancarkan program tersebut.

4. Untuk berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.



Jadi, untuk tujuan itu kami memerlukan insan yang SUKARELA yang komited untuk melaksanakan tugas-tugas pelaksanaan sebelum, semasa dan selepas program dari kalangan tuan-puan yang mahir dan dapat menyumbangkan idea dan tenaga kepakaran dalam perkara atau bidang berikut (tanpa kos dan sumbangan anda) :

a) Pengacaraaan
b) Percetakan
c) Pereka grafik
d) Jurufoto
e) Penaja doorgift, hadiah dsb
f) Keurusetiaan pendaftaran
g) Database Alumni SKTP
h) Pereka baju Korporat
i) Dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Perkara a) hingga i) hendaklah dikemukakan persetujuan SEBELUM atau PADA 8 OKTOBER 2018. Lagi awal lagi bagus. Pujian untuk anda.
____
TERKINI!!!
To Be Announce (TBA) & Comfirm :
Tarikh : 8 Dis 2018 (Sabtu)
Tempat : Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru, Johor
Bayaran Dewasa : RM80.00
Bayaran kids (6-12) : RM44.00Tarikh akhir bayaran : 27.10.2018
Hadiah cabutan bertuah : TBA
Doorgift : TBA
Goodies Kids : TBA
Tema : Back to School




--
Tarikh kemaskini : 1.10.2018

No comments: