.
Saudara,
MEMOHON PENJELASAN DAN PENCERAHAN BERHUBUNG DENGAN SEMBURAN HITAM DI HADAPAN RUMAH SAYA.
Dengan salam takzim dan rasa rendah diri saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pertamanya, tujuan surat ini saya kirim bukan untuk membuat tuduhan melulu dan membabi buta tak tentu pasal. Saya bukan jenis begitu. Saya jenis begini. Okey, kalau tak faham. Abaikan. Saya sekadar ingin mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut ia adalah angkara siapa. Bekas semburan hitam yang betul-betul berada di hadapan pintu pagar atas jalan raya berukuran empat kaki kali enam kaki itu seolah ibarat satu tanda angkara durjana dan sakit pula mata memandangnya. Walaupun jalan itu bukan bapak saya yang punya.
3. Untuk makluman saudara, perkara ini berlaku apabila ketiadaan saya di rumah kerana meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung dengan begitu seronok. Sekembalinya saya di kampung saya terpandang akan kesan semburan itu membuatkan saya dan keluarga panik seolah ada sesuatu tanda yang tidak elok. Minta dijauhkan. Saya pasti, bukan jiran sebelah kiri dan jiran sebarisnya melakukan perkara ini kerana mereka semua bercuti di kampung. Jiran di hadapan pula kosong dah beberapa bulan, sebelah kirinya pula pilot yang selalu ke luar negara. Sebelah pilot pula jiran India yang pembersih orangnya dan berkilat lantai 'car poarch'nya. Hey, saya kenal jiran saya. Jiran sebelah depan kiri pula, sibuk urusan dunia hal kerjanya. Saya pasti di kala itu, yang tinggal, adalah saudara. Sekali lagi, saya ingatkan. Bukan menuduh. Ingin penjelasan daripada saudara kerana sejak kejadian itu berlaku saya tidak nampak batang hidung saudara. Tolonglah, jangan buat jiwa saya kacau.
4. Selain itu, saya juga ingin maklumkan kepada saudara bahawa ada berlakunya paip singki atau paip yang menuju ke belakang rumah saudara. Tapi, saya pasti itu papi dari singki ke saluran belakang kerana ia mengeluarkan aroma yang sangat enak. Sekali lagi saya minta untuk saudara memperbaiki perkara tersebut selain daripada memperbaiki sikap. Ini semua soal sikap. Tolong menepati masa. Tolong, tolonglah...
5. Sebenarnya, ada banyak point lagi saya nak tulis. Tapi setakat ini dulu untuk kali ini. Kita berjumpa di lain masa. Pecah kaca pecah gelas. Dah baca jangan malas. Sesungguhnya malas itu tangga kemunduran.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
AHTOK
:::
1 comment:
jiran kiri dan hadapan tak de draf suratnya
Post a Comment