4.3.09

Mu rhoyak ada hanjing

Sedang aku. Sedap-sedap memandu. Dengan kelajuan 60 km/j. Di atas sebatang jalan. Lurus. Jalan berturap. Dua lorong. Dalam kelam malam. Menuju ke satu destinasi. Dalam kedinginan malam begitu. Tambah penghawa dingin kereta import. Pergh, silap-silap boleh hanyut. Dibuai mimpi. Wo! Malam yang dingin. Rupanya menjadi hangat. Dengan tidak disangka-sangka. Ada seekor anjing sengal melintas. Dan anjing itu tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Terus melintas ikut suka hati. Oleh sebab, aku pemandu yang baik. Aku tidak melanggar anjing itu. Lagipun anjing itu tak sekolah. Lalu, aku memperlahankan kenderaan. Tak semena-semena. Punggung kereta import yang aku pandu. Dicium dengan ganas oleh Nissan Frontier. Skkkreeeeet.. Kaboom! Damn!! Lagilah sengal pemandu Frontier ni.

Kemudian. Hanya beberapa saat. Proton Iswara pula merobek punggung Frontier. Tapi, tapi, tapi Iswara itu sangat malang. Aku syak jantina Iswara itu perempuan. Hancur. Remuk. Bonet depan terpelosok ke dalam. Cermin depan retak seribu. Aku cuma sekadar tinjau dari kejauhan. Orang kampung sekitar keluar. Memerhatikan kejadian yang berlaku. Umpama menonton pencak. Kesesakan lalulintas mula memuncak. Mujur tiada nyawa melayang. Alhamdulillah. Hanya serpihan-serpihan bekas pelanggaran bertaburan di jalan.

Aku buat-buat kewl. Kawal emosi. Kawal perasaan. Kawal kejantanan. Kemudian parkir kereta ke tepi jalan. Matikan enjin. Aku keluar dari perut kereta. Berdiri terpacak di tepi jalan. Jantung berdegup kencang. Hati berdebar-debar. Aku terus membuat panggilan kecemasan. Pemandu Frontier keluar.

"Guane bey? Ngantuk ke?"
"Eh, dok arr.. Anjing dok melintah."
"Adooiii.."
"Camne nak settle?"
"Kita cerita balai..."
"Wokeh"

Orang kampung semakin ramai. Dan suasana semakin sibuk. Mengalahkan pasar malam. Pemandu yang lalu-lalang di situ. Ada yang memperlahankan kenderaan. Ada yang berhenti untuk meninjau. Kalau-kalau ada nombor yang boleh dicatat. Ada juga yang macam polis. Ada juga yang melontarkan suara, kalau abey siye pamandu belakey. Mengaku saloh je.. Kemudian, sedang aku termanggu kepanikan. Masih memikirkan kemalangan yang sedikit kekartunan. Bey, takpo bey. Guane apapun. Kita bley kleng insureng kete hok belakey. Kete belakey tetak saloh.

[DIAM]

Kete abey dokleh jaley. Towing deh.. Sat gi, towing sampa. Amik gamba sumer. Repok polih. Arggh bey, tokseh bimbey. Kleng insureng.

Orang-orang yang datang kemudian. Tak paham kejadian yang berlaku. Kerana situasi dah berubah. Iswara masih duduk di belakang sekali. Kereta aku di tengah. Manakala, Frontier dah ke tepi. Tuju depan. Mereka melihat-lihat kereta aku tak remuk di bahagian depan. Tapi Frontier remuk di belakang. Manakala Iswara remuk teruk, belakang kereta aku tak seremuk mana. Kuak kete demo. Aku malas mahu menjelaskan kedudukan sebenar. Fikirlah sendiri. Demo demo. Demo la ni.. dalam hati aku. Kerana kereta remuk boleh diketuk semula. Hati remuk tak lena tidur dibuatnya. Lain kali, jangan main belakang. Luka nanti. Aduyai...


.

2 comments:

AiE bAhRi said...

Ko accident ke bang?

huhuhu..guano bawa keto nih?hanjing tu pon satu..sapo suruh dok skoloh..sesuka hati jah melintah kat tngoh2 jale..

**erkk..nape aku salahkan si hanjing ni???

Anonymous said...

wakpo mu tak gocoh de demo hak dok kecek banyak tuh...demo tu ulat-ulat belako...nasib mu deh, nak ngelak hanying jupak ulat...