18.11.08

ROMLAH : Delayed Stories (part I)

“HELLO bos!”

“Hah! Apa cerita? Report to me

“Dia ada bawak satu lelaki tua bos, wa pun tak pasti sape....”

“Adoi yaiiii...”

“Lu pergi investigate arrr. Apa guna wa bayar lu....”

“Wokey bos, Kat mana nak jumpa bos?!”

“Ek eleh! Nanti gua call back. Yang penting lu kasi culik itu perempuan sama itu lelaki.....”

“Bayaran bos?”

“Eleh, nanti arr kita bincang. Lumayan gua kasi wo!”

“Wokeh. Esok malam saya kasi tau ini tempat hah. Blok K-8. Gua panggil geng gua boleh cover line baik punya...”

“Okey. Roger!”

Jeritan dan pekikan suara Judge dan Intan memecah suasana keheningan di kala itu. Jeritan diselangi suara rengekan, carutan dan tangisan berselang-seli. Tak habis-habis bertengkar. Pasal tahi pun mahu bertengkar. Sikit punya hal. Sehinggalah mereka akhirnya senyap. Umpama malaikat lalu.

Malam itu, Romlah pasti dinodai secara rela. Manakan tidak, tiada sebarang tentangan darinya. Pada malam itu, lelaki separuh umur bersamanya. Baginya, Romlah itu adalah haknya secara mutlak. Lagipun dia dah membuat ikatan janji dengan Romlah. Nak berpuas-puasan diratahnya Romlah! Setelah kerja itu selesai mereka berdua pun beredar keluar rumah. Sebab, bukan di sini mereka mahu melayarkan bahtera. Sudah tentulah di tempat yang berhawa dingin. Bertilam yang empuk. Supaya tak sakit pinggang.

Dalam kepekatan malam mereka menuruni tangga. Kebetulan Kana dan Sham hendak menaiki tangga yang sama. Mereka berselisih. Tiada sebarang kata diucap. Diam membisu. Cuma kedengaran tapak kasut tumit tinggi Romlah yang membingitkan. Kana dan Sham hanya mampu menoleh dan terhidu bau perfume yang dipakai Romlah. Sewangi harum kasturi. Perasa blueberry.

Romlah perasan yang dia diperhatikan. Sebelum menjejak ke anak tangga akhir untuk membuat pusingan. Romlah sempat menunjukkan jari hantu kanan kepada Kana dan Sham. Dengan iringan gerakan mulutnya tanpa suara berkata sesuatu. Sambil membasahkan bibirnya yang mungil dengan lidahnya. Dan Romlah terus memalingkan mukanya. Terus berpimpinan tangan hingga ke tingkat bawah. Bersama lelaki separuh umur itu.

“Eh, tu Sugar Daddy dia ke Sham?” tanya Kana.

“Manalah aku tau.. Iye kot...?”

“Muka macam Penunu Bunsen ada hajat nak jadi Sugar Daddy. Ahaks...”

“Habis. Muka kau tu layak ke jadi Sugar Daddy ke?... Haha..”

“Hey hey.. Tengok alat arrrr...”

“Alat mendenya pulak...?”

“Alat kelamin arrr. Ha ha ha ha...”

Mereka berdua ketawa terbahak-bahak sambil menaiki tangga. Setiba mereka di grille untuk membuka mangga, Kana memandang jauh ke sebelah kanan. Koridor yang suram. Menakutkan...

“Sham, kasi cepat arrr, gua takut beb..!”

“Lu nak takut apa? Mana ada apa-apa. Perasaan lu je tu Kana...Bebayang sendiri pun mau takut ka?”

“Habis lu rasa apa sekarang ni..?”

“Gua rasa stim beb..! Hahaha” jawab Sham.


.

2 comments:

tasekM said...

Romlah aku baru sampai semalam.

dugongsenyum said...

kau tulis lain aaa, ("KATE: Ingin Belajar Terbang") misalnya.