17.10.13

Draf surat kepada jiran belakang

.




Tuan,

MERAYU SUPAYA SAMPAH DI LORONG BELAKANG RUMAH DIBERSIHKAN DENGAN KADAR SEBERAPA SEGERA.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitia dimaklumkan bahawa segala sampah-sarap dan bahan buangan yang diletakkan di lorong belakang rumah tidak akan dan memang pantang pihak Majlis Perbandaran atau yang sekutu dengannya mengutip lalu membersihkannya sambil tersenyum. Semoga tuan mengambil maklum tentang perkara ini.

3. Selaku jiran yang berkongsi lorong belakang. Longgokan sampah-sarap yang dilonggokan dalam tiga beg plastik hitam serta tikar lama turut memberi kesan kepada saya. Sudah lama saya perhatikan longgokan sampah berkenaan di situ tanpa apa-apa tindakan susulan daripada pihak tuan. Sebelum ini, almari terpakai, rak pinggan, mesin basuh dan barang-barang terpakai dilonggokkan di situ namun telah diambil tindakan oleh pihak tuan. Kini, sampah berkenaan sudah lama terbiar di situ dan dalam perkiraan saya hampir dua hari raya. Hari Raya Aidilfitiri dan Hari Raya Aidiladha. Tidakkah tuan sedar bahawa longgokan sampah berkenaan dijadikan bahan mainan kucing domestik dan anjing-anjing liar yang menghidu sampah berkenaan. Tidakkah pihak tuan menghidunya? Adakah pihak tuan menunggu beruang kutub untuk menghabiskan longgokan sampah berkenaan? Tidakkah pihak tuan juga sedar kita hidup berjiran?

4. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, tikar yang dicampakkan di tempat tersebut bakal menjadi tikar pandan terbang yang kadangkala terbang ke sana sini di rumah jiran yang lain. Pagi tadi, saya lihat tikar tersebut terdampar di tengah lorong balakang bagai nak menjamu dan menghidang tetamu yang datang. Eh, mata saya sakit, hidung saya rasa mcam ada resdung dengan kehadiran longgokan sampah berkenaan. Kalaulah tuan tidak mempunyai masa sekalipun, arahkanlah anak-anak atau isteri-isteri tuan untuk berbuat sesuatu. Tolonglah jangan mementingkan diri sendiri saja. Cantikkan rumah sendiri saja tanpa menghiraukan kepedulian jiran sekeliling. Tolonglah, utamakan tugas dari kepentingan peribadi.

5. Saya mencadangkan kepada pihak tuan, silalah berbuat sesuatu sebelum saya menelefon Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong melalui panggilan luar negara. Dengan kadar sebera sagera saya minta jasa baik tuan untuk membersihkan longgokan sampah berkenaan sebelum kejadian lebih parah dan berdarah berlaku. Ini tanah air kita. Saya kira, kos pemindahan longgokan sampah berkenaan pun bukannya menelan belanja yang besar sangat. Apalah nak dikira kebersihan berbanding dengan wang ringgit. Kalau itupun tuan tak dapat nak buat. Jom ikut saya kita pergi bersihkan jiwa terlebih dahulu.

6. Semoga hajat dan teguran yang ingin saya sampaikan ini tuan dapat memahaminya lalu apabila tuan menerima saja maklumat ini. Dipohon tuan proses lantas laksanakan dengan betul. Dapat tak dapat? Okey, banyak lagi surat saya nak draf kepada jiran-jiran yang belum memahami konsep kejiranan hijau di kawasan rumah ini khususnya. Saya dahulu dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Yang Benar,


AHTOK ASTAKONA
Jiran Prihatin

::: Surat ini tidak perlu ditandatangani kerana dihasilkan melalui cetakan komputer berteknologi tinggi. :::

4.10.13

Dua hari tannpamu (Bhg I)

What's app
["Ayah, esok ibu ada lawatan tapak dan mesyuarat di luar"]
["OK."] Aku jawab ringkas melalui iphone 4s yang skrin belakangnya telah retak seribu.

Aku terus bingkas berdiri. Menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Seawal jam 4 pagi ketika makhluk-makhluk dan mergastua lain masih lena diulit intan. Awek aku yang cun dan kulitnya mulus bergegas mengejutkan aku untuk menyatakan bahawa dia mahu dan patut bertolak. Selesai bersalaman dan mengucap salam. Kami tidak bercumbuan. Hanya cium tangan dan mengucup dahi. Kereta dihidupkan enjinnya. Lampu hadapan dinyalakan. Beberapa minit kemudian. Kereta meluncur membelah embun pagi dan bayu dingin. Jiran-jiran masih belum bangkit lagi. Anak-anak masih tidur nyenyak. Anak kami ada empat orang setakat ini. Inilah hasil perkongsian hidup kami selama tinggal serumah dan sebilik. Aku terus menutup pintu pagar dan dan pintu lelungsur kaca menguncinya dari dalam. Menyambung menggalas tugas. Sebagai seorang papa & mama dalam dua hari ini.

Pagi itu, aku cuba melelapkan mata namun tidak berjaya. Akhirnya, aku bingkas bangun semula. Apa yang mahu dibuat agaknya. Menguruskan kepeluan anak-anak untuk ke taska dan sekolah masing-masing awal paginya, bagus juga. Baju telahpun disiapkan oleh ibunya malam tadi. maka, tidaklah aku sibuk sangat pagi nanti. Cuma nak uruskan penghantaran mereka saja di awal pagi. Entah apa akan jadi aku serah pada ketentuan masa.

9.9.13

Bidas

Dalam satu mesyuarat.

"Saya rasa data yang dibentangkan tak betul. Dalam laporan satu lagi data tak sama." kata dia.

"Dulu saya jaga benda ni, saya tahu. Kenapa data tak sama?" sambung dia lagi.

"Kena betulkan.."

Kenapa dalam mesyuarat ini kau baharu mahu usul. Dalam perbincangan kau tidak berbunyi.
Kau nak jadi champion? Suka hati lah.

Aku malas nak bidas apa-apa.


.

23.7.13

Pasal sudu

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat. Minggu lepas, kami membawa kawan-kawan ke satu restoran baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya,

"Kenapa dengan sudu tuh?"

"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak imej perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimatkan 15 jam seorang setiap syif".

Dah nak jadi cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun menggantikannya dengan sudu di poketnya.

"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang". Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoran ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi beredar, aku tanya,

"Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"

"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya.

"Tak semua orang perasan benang ni."

"Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus..

Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik ke dalam seluar?"

"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Kah kah kah
#Suntingan cerita dari laman sesawang

12.7.13

Peti



"Inilah peti ais kita yang baharu. Cantik kan?"

"Wow! Besor peti kito! Kata Fifa melonjak kegirangan."

Fifa adalah anak kami yang ke-tiga.

"Syyyy.." Sahut ibunya.

Malam itu, kami masih belum tidur. Menunggu tempoh bertenang dua jam. Barulah barang boleh di muat naik.



.

15.6.13

Kebiadaban di Tanah Palestina






Lihatlah armada -armada yang pegang senjata
Tanpa malu ia berondong semuanya
Dengan keganasannya ia musnahkan saudara kita
Dengan kekejamannya ia acuhkan sanubari yang terlelap di hujung jalan

Lalu mereka yang tertidur untuk selamanya
Menjajakan mimpinya di syurga
Bersama kekalahan akibat perang
Bersama nafsu penguasa yang garang

Lihatlah jemari-jemari yang mengepalai di barisan paling depan
Berseru dalam sepi
Mengadu pada Ilahi
Merebut janji Tuhan yang ia yakini
Lalu mereka berdiri dan menyerukan kata jihad
Teriak tangis terdengar dari simpang jalan

Jerit bayi yang ditinggal ibunya
Jerit sang janda kerna kehilangan suaminya
Sahabat-sahabat yang berjuang dengan air mata
Dalam keheningan malam Palestina
Dalam tabir kepalsuan pemberontak
Yang tak lagi berotak

Tanah Palestina adalah syurga
Yang tertutup oleh dosa-dosa
Sementara burung nazar siap mencabik
Jasad bayi dengan usus yang terorak-arik
Di manakah keadilan menjadi pertanyaan
Di setiap insan-insan yang beriman
Sementara kita hanya bernyanyi dalam sepi
Seraya memangku do'a untuk mereka yang mati
Kulihat darah menjadi lukisan di dinding
Kucium bau hamis di setiap pojok jalan
Kulihat lagi lengan-lengan yang terurai
Dan tak lagi mengepalai di barisan paling depan

Gaza pun berdarah
Dengan jeritan bayi sebagai penghiasnya
Dan lamunan esok
Yang tak lagi indah
Mereka yang terkapar di jalan Tuhan
Tak pernah berakhir dengan senyuman
Karena tetap menghantarkan kekhuatiran
Yang tetap hadir menghantui di setiap lamunan
Kekhuatiran akan tanah yang terebut
Kekhuatiran akan jiwa yang terrenggut
Luka dan noda
Dosa dan do'a yang tetap terpancar untuk mereka
Sebutir peluru yang tertembus di dada
Saksi kebiadaban dan kekejaman
Puing bangunan yang mereka hancurkan
Adalah mimpi buruk di malam ini

Palestina....
Syurga yang ternoda
Syurga yang berselimut dosa
Syurga yang tertutup kebencian manusia
Akankah semua ini hanya sebatas cerita
Yang tertuang dalam buku sejarah
Sementara kita hanya sibuk membacanya, mendengarnya dan meresapinya
Tanpa kata, tanpa nada keberanian untuk melawan