Pagi itu. Ada elemen kejutan. Katanya. Kau bukan tak tahu. Kalau kejutan begini. Aku memang fobia. Lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai dan pentas yang tinggi. Tiba-tiba aku kena naik pentas. Ambil kertas kuning. Sampai atas pentas. Aku terfikir. Mana nak lalu ni. Lalu aku ambil keputusan lalu kat depan pegawai bomba untuk berjabat tangan. Beliau terpaksa berundur memberi laluan kepada aku. Terfikir aku nak keluar balik. Tapi aku teruskan berjabat tangan pula dengan TKP JPBDSM. Beliau juga terpaksa memberi laluan. Kemudian barulah aku dapat berjabat tangan dengan YBhg. Datuk KSU. Banyak betul rintangan aku lalui celah 'coffee table' yang ada di depan tu. Mahu saja aku alihkan meja tu. Hampir-hampir. Aku tak biasa melintas depan meja. Sudahnya, pegawai-pegawai yang aku salam terpaksa berundur ke belakang dalam laluan yang sempit demi memberi laluan kepada aku. Baru aku rasa satu penghormatan untuk aku. Kah kah kah... Macamana aku boleh lalu celahan meja tu? Penerima sebelumnya lalu mana? Entah. Aku pun tak pasti kenapa boleh jadi begitu. Aku jawab, aku suka lain daripada yang lain. Harap 'punchline' aku menjadi. Itu satu hal.
Hal yang lain pula, sampai di bawah. Disebabkan aku dapat ranking ketiga. Dengan hanya menjawab beberapas set soalan online yang dikemukakan. Aku dikecam 'kaw-kaw'. Mereka suruh aku makan di meja VIP. Bolehlah pohon kenaikan gaji, diberi penghormatan untuk diberi kautamaan dalam hal macam-macam kemudahan. Bolehlah disampaikan di tempat bertugas nanti oleh YAB MB. Bolehlah berbangga dengan kepingan kertas kuning itu. Kah kah kah.. Aku hanya mampu senyum. Tanpa membalas sebarang kata. Harap ia menjadi 'silent killer' kepada yang tidak berpuas hati dengan itu semua.
.
No comments:
Post a Comment